🥀Bab 40🥀

7.5K 308 21
                                    

Dua hari setelah majlis hari lahir Zyan Rafael berlalu.Alya tidak melihat suaminya.Dia risau,manakan tidak risau kali terakhir dia melihat suaminya apabila suaminya masuk kebiliknya pada malam hari lahir suaminya.

Kini Alya duduk di sofa ruang tamu rumah suaminya sambil menggenggam erat telefonnya.Sudah banyak kali dia menghubungi suaminya tetapi tidak pernah di jawab.Dia berfikir juga mahu menghubungi ibu mertuanya tapi dia dia rasa segan.

Dalam dia termenung telefonnya berdering.

Zafran

Setelah melihat nama di skrin telefonnya dia terus menjawab.

"Assalamualaikum."Ucap Zafran Rafiqie di balik talian.

"Waalaikumsalam ya Zafran ada apa awak call saya ni?"

"Takde pape pun.Liya sihat?"

"Alhamdulillah saya sihat."

"Syukurlah kalau macam tu."

"Ya err Zafran boleh saya tanya?" Soal Alya

"Boleh,apa dia?"Soal Zafran Rafiqie pula di balik talian sambil bersandar di kerusi kerjanya.Sejak kebelakangan ini dia sudah rajin datang office dan buat kerja walaupun terpaksa balik lewat.

"Err abang awak ada di rumah mama ke?"

Zafran Rafiqie diam seketika sebelum menjawab.

"Liya suami awak dah dua hari pergi outstation.Takkan Liya tak tahu?"

"Tak saya tak tahu.Bila dia balik yee?"Balas Alya.

"Dia outstation satu minggu.Kenapa dia tak bagitahu Liya ke?"

"Tak saya ingatkan dia balik rumah mama.Tapi takpelah saya okey jee,saya cuma risau sebab dia takde dua hari dekat rumah ni.Terima kasih Zafran sebab bagitahu."

"Sama-sama,nak saya ambil awak balik rumah mama?awak takde kawan dekat rumah tu?"Ucap Zafran Rafiqie.

"Takpe saya okey jee duduk sini."Balas Alya.Dia sebenarnya mahu tapi dia masih ingat kata-kata suaminya yang tidak mengizinkannya keluar rumah walaupun pergi rumah ibu mertuanya.

"Tapi Liya saya risaulah."Ucap Zafran Rafiqie.

"Takpe Zafran saya okey."Balas Alya

"Hurm iyelah nanti saya datang dengan mama."

"Okey.Sampaikan salam saya dekat mama."

"Okey."

Tut tut .

"Setelah talian di matikan Alya menarik nafas lega.Rasa risaunya hilang setelah mengetahui kemana suaminya pergi.

"Tuan.Saya tahu tuan benci tengok saya,tapi kenapa tuan tak bagitahu saya yang tuan pergi kerja.Saya risaukan tuan." Ucap Alya pada dirinya sendiri.

Dia sudah biasa dengan layanan suaminya.Tapi walaupun begitu dia tidak pernah menyimpan rasa benci pada suaminya.Jika suaminya marah dia hanya diam.Kata-kata cacian dan makian dia hadap setiap hari.Tetapi apa yang dia mampu buat selain daripada mendiamkan diri.

"Uhuk uhuk uhuk."Alya menekan dadanya apabila terasa sesak setiap kali dia batuk.

Alya menarik nafasnya secara perlahan sehingga dadanya tidak lagi terasa sakit.Dia merebahkan dirinya di atas sofa sehingga tidak sedar dirinya sudah terlelap.Wajah pucatnya tidak mencacatkan kecantikkan aslinya.Tubuh kecilnya semakin hari semakin lemah.Sejak akhir-akhir ini dia cepat merasa lelah walaupun hanya membuat kerja ringan.Entah sampai bila dia boleh bertahan.






























Demi Bahagia MuWhere stories live. Discover now