"Younghoon hyung! Tepi tepi!"
Younghoon baru sahaja melangkah keluar daripada bilik air sambil mengelap rambut. Gerak gerinya terhenti tatkala mendengar teriakkan kuat Sunwoo yang sedang berlari ke arahnya dengan wajah pucat lesi
"Kau kenapa ni? Macam nampak hantu je?"
"HYUNG TEPI!" Jerit Sunwoo lagi buatkan Younghoon mengerut dahi kerisauan
"Hey, hey. Tak payah jerit jeritlah. Kau kenapa sebenarnya?" Younghoon memegang bahu Sunwoo. Menghentikan langkah di hadapannya
"Cuba cerita kenapa? Berpeluh dengan muka pucat. Demam? Nampak han-"
"NAK BERAK!"
Lantas tubuh Younghoon ditolak tepi. Sunwoo melompat ke dalam bilik air dan pintu dihempas kuat. Younghoon yang masih membeku di tempatnya terdiam sejenak sehinggalah bunyi letupan kuat datang daripada tandas menarik lamunannya ke realiti
"Woi! Punyalah aku risaukan dia! Nak berak rupanya?! Bapak bersepai bunyi dia!" Bercekak Younghoon sambil membebel di hadapan pintu tanda
"Jangan lupa flush! Tak hamak aku nak tengok art berat kau! Lepastu sembur pewangi tandas! Jangan biar semerbak bau kau dekat dalam tu!"
"Hyung, shhhh!! Aku tengah fokus ni"
Younghoon tergeleng kepala. Mahu sahaja dia menerjah ke dalam dan pukul si bongsu itu
"Kau ni, perangai memang yang bukan bukan!"
▼▼▼
"Kau? Lactose intolerance? Kau tak tau lactose intolerance tu apa? Tau kan tak boleh makan berunsur dairy?"
Sunwoo merengus seraya menyerabutkan rambut. Mau bernanah telinga mendengar bebelan si hantu ini
"Ya aku tahulah! Tapi adik kau yang ajak aku makan macam macam. Takkanlah aku nak tolak?" Sunwoo mengeluh kecil
"Lagipun, dia tengah sedih sebab rindu kau. Kalau aku tolak, nanti dia makin sedih macam mana?"
Areum yang sedang bersila di atas almari berdecit menyampah seraya tangan berpeluk tubuh. Mata halusnya memandang tepat ke arah Sunwoo yang terduduk di atas katil. Wajah jejaka itu pucat. Habis segala isi perut dikeluarkan penangan makan makanan berunsur tenusu
"Rupa kau sekarang dah boleh join aku sekarang tau tak? Pucat lesi. Cengkung!" Kutuk Areum
Malas Sunwoo hendak bertengkar. Tahu akhirnya dia sendiri yang kalah dengan hantu yang satu ini
"Apa apapun, aku tahu Eunha tengah siasat siapa yang buli kau" Sunwoo bersuara
"Kau agak agak kan, Areum... Kalau dia tahu aku terlibat sama, dia akan benci aku ke?"
"Kau bukan penyebab aku mati"
"Maksud aku, aku pernah buli kau" Sebut Sunwoo sebelum mengangkat wajahnya memandang ke arah Areum. Jelas riak kesal di wajah
Areum terdiam sejenak
"Mungkin" Jawab Areum mudah buatkan Sunwoo mengeluh buat sekian kali. Risau dengan penerimaan Eunha. Walaupun bukan dia penyebabkan Areum membunuh diri, namun secara teknikalnya dia merupakan bekas ketua para penyebab itu. Dan berkemungkinan besar Eunha akan menunding jarimya pada Sunwoo juga
Areum menilik kepalanya sedikit. Membaca wajah gusar Sunwoo dalam diam. Areum dapat membaca keresahan, gelisah dan... takut?
"Kau... takut Eunha benci kau?" Soal Areum seraya menjungkitkan keningnya sekilas
Sunwoo mengetap gigi
"Tak adalah"
"Tipu"
"Tsk. Sikit..." Balasnya lantas menolehkan wajah ke arah lain
Tersungging sengihan sinis Areum. Bukan itu saja. Areum tahu ada bunga yang sedang berputik di dalam hati lelaki itu
"Kim Sunwoo..."
"Susah aku nak percaya kau ni. Tapi, aku betul betul letakkan kepercayaan untuk jaga Eunha dekat kau"
"Jadi, jangan hampakan aku. Kalau tidak-"
Kata katanya terpotong. Sunyi.
Sunwoo memandang ke arah Areum. Gadis itu sudah hilang daripada atas almari buat jantung Sunwoo berdetak laju
"Areum?" Sunwoo menoleh ke kiri dan kanan. Saat dia menoleh kearah kiri semula, wajah ngeri Areum dengan mata terbeliak dan mulut berdarah terpapar di hadapan mata
"AKU MAKAN KAU!" Serak suara Areum melaung
Sunwoo yang sedia kala pucat makin menjadi pucat. Jeritan bagaikan tak keluar daripada tekak. Akhirnya, tubuh Sunwoo layu di atas katil. Kepala berlapikkan bantal. Pengsan. Namum posisi tidur
Areum kembali ke rupa salah. Keliru
"Eh. Aku gurau je. Mana boleh aku makan kau. Kau tidur ke pengsan?" Tergaru kepala Areum dibuatnya. Wajah di dekatkan pada wajah Sunwoo
"Ke... kau dah mati? Hello? Sunwoo?" Panggilnya. Namun langsung tiada sahutan
"Ops?"
▲▲▲
YOU ARE READING
𝐕𝐞𝐧𝐠𝐞𝐚𝐧𝐜𝐞 ˢᵘⁿʷᵒᵒ
Fanfiction" A bully who easily scared VS a ghost who wants revenge "