Arghhh!!! Stress nya.. Kalau fikir pasal kerja ni memang asyik tak habis habis. Terlampau fokus kerja sampai diri sendiri pun tak terurus. Waktu terhad tapi banyak betul benda nak kena uruskan baik dari urusan kerja lah.. nak konvokesyen lah..amek lesen lah.. Semak lah!! Rasa macam nak lari dari kerja hakiki tanpa fikir apa apa. Tapi nak lari ke mana??
Hari ni butik tak ramai pelanggan jadi bosan2 menunggu pelanggan tu aku pun belek2 telefon tengok tiktok kot2 ada idea percutian menarik yang boleh pegi untuk hilangkan stress. Scroll punya scroll banyak video jantan je yang lalu dekat fyp. Ah.. makin stress pulak tengok. Mungkin algorithmnya sebegitu sebab aku selalu like video2 yang sebegitu.. Terasa diri yang single ni lonely betul. Benci lah!!! Lupa terus dari niat asal aku untuk cari tempat percutian yang menarik.
Tengah khayal scroll2 tiba tiba ada orang menerpa dari belakang "hoi buat ape ek?" Sapa rakan sekerja aku dengan nada nak terkejutkan orang. "Bosan la takde orang hari ni.. main phone je la.." ujarku sambil terkesima. "Eleh tengok jantan kan? " balasnya sinis. Aku hanya tersipu malu sambil pura2 bz kan diri tengok fon walhal fikiran aku dah melayang tak tahu ke mana dek kerana malu."Mana ada..tak baik tau.. tengah tengok mana nak pegi bercuti la.. stress la asyik keje je.." balas ku sambil tersipu malu.
Dengan jelingan sinis dia membalas " Ye lah tu kau.. dah2 la tu tengok jantan tu.. bukan boleh dapat pun.."Eh dia ni.. buruk sangat ke muka aku ni. Tapi aku ok je sebab kami memang suka bergurau macam ni."Boleh je kalau nak bang cuma i je yang memilih..hihi" balasku dengan bangga. Walhal jauh di sudut hati memang aku sunyi. Adik beradik takde sebab aku anak tunggal.Tambah pulak arwah ayah baru je tinggalkan kami. Mama pulak bz dengan kerja. Tapi aku bersyukur walaupun aku tak ramai adik beradik aku dihadirkan dengan kawan2 yang boleh terima aku seadanya.
Dengan merekalah tempat untuk aku bergurau senda, mengadu domba. Boleh katakan semua benda aku boleh share dengan mereka tanpa ada sempadan. Well back to situation tadi tiba2 rakan sekerja ku memberi respon " Aik?? Bukan baru balik bercuti dari Thailand ke? Takkan tak puas lagi?" tanya beliau." Tak puas!! Misi mencari suami I masih gagal..hahaha " balas ku sambil ketawa. Sambil ketawa dia membalas " Hahaha tu lah kau.. hari tu mat salleh tua tu nak ajak kau kawen kau taknak" "Hey!! I ada taste ok.. dah lah dia tengah mabuk time tu. Mesti time tu dia pandang i macam Fazura.. kekeke" balasku. "Phui!! Fazura acik kau!! Dah takyah ilusi sangat.. jom lagi dua bulan kitorang plan nak ke Bali.. wanna join? Mungkin boleh jumpa bakal suami kat sana..sana banyak mat salleh elok2.. pilih je mana u nak.. u pun x pernah pergi kan?" ajaknya dengan penuh harapan untuk aku ikot..
BALI?? Omg!! Why not! " Shah nak ikot bang!!" Jerit aku dengan nada excited. Siapa sangka percutian aku kali ini akan merubah setiap perjalanan hidup aku selepas ini di mana bahagia yang aku cari selama ini yang aku rasa cuma wujud dalam dunia fantasi aku sendiri sedang menanti aku di sana.. to be continue..
YOU ARE READING
Muay Thai with Love
RomanceCinta datang tanpa disangka sangka. Kadang mencari tak kunjung tiba. Tak mencari dia datang tanpa diseru