"Daddy tak setuju!"Aaydan merenung tajam ke arah Tuan Nadzir dengan hati yang berombak marah. Niatnya datang berjumpa dengan daddy dan mummy hari ini untuk berbincang.
"Daddy bagi sebab kenapa daddy tak setuju Zara jadi isteri angah!" soal Aaydan dengan garang.
Puan Aydini hanya mendiamkan diri melihat suami dan anak keduanya bergaduh mulut. Sesungguhnya dia takut melihat perubahan sikap Aaydan sebegini.
Aaydan yang dia kenal seorang yang sangat periang dan sentiasa menghiburkan orang di sekeliling dengan lawaknya.
Tetapi hari ini, Aaydan di hadapannya seorang yang garang dan bengis. Apa yang terjadi sebenarnya sehingga Aaydan berubah sebegini rupa.
"Perempuan tu tak ada asal usul keluarga, kita sendiri tak tahu mak ayah dia orang baik atau tak. Dia tak setaraf dengan kita angah!" balas Tuan Nadzir.
Aaydan mengangguk dan menepuk tangan dihadapan Tuan Nadzir dengan senyuman yang sinis.
"For your information daddy, dia ada nama. Zara Marissa"
"Alasan daddy tak setuju hanya sebab Zara daripada rumah anak yatim dan tak ada asal usul keluarga? Tch alasan yang paling tak masuk akal angah pernah dengar" kata Aaydan.
"Daddy selalu lebihkan along berbanding angah. Angah ni siapa daddy? Anak pungut ke? Dari kecil apa je yang along buat semuanya betul. Tapi bila sampai dekat angah? Semuanya salah dekat mata daddy" luah Aaydan dengan mata yang berkaca.
"Hanya sebab angah tak nak ambil alih syarikat daddy, daddy seksa angah macam ni, tak apa, angah boleh buat keputusan hidup angah sendiri"
"No one can stop me including you!" kata Aaydan sambil menunding jari kepada Tuan Nadzir.
Aaydan mengambil helmet dan kunci motornya. Dia terus keluar dari rumah tanpa meminta diri seperti selalu. Hatinya sakit dan kecewa.
"AAYDAN NADHIM!! IM NOT DONE YET!"
"Sudah lah abang, biarlah angah buat keputusan dia sendiri. Jangan seksa dia macamni abang" pujuk Puan Aydini sambil menghemburkan tangisan.
Aaydan terus memecut laju meninggalkan perkarangan rumah Tuan Nadzir dengan perasaan marah. Sudah tidak peduli dengan amarah daddynya.
♾️🦋♾️
Zara membuka pintu apabila kedengaran loceng rumahnya ditekan.
Terpancul wajah Aaydan setelah dia membuka pintu tersebut. Aik, jarang Aaydan datang waktu macamni.
"Awal awak datang hari ini, selalunya awak datang malam" kata Zara sambil menyendengkan badannya di bingkai pintu.
Aaydan mengecilkan mata melihat wajah kesayangannya. Budak kecil ni tak nak buka pintu ke?
"Kau memang taknak jemput aku masuk ke?" soal Aaydan.
"Awak nak masuk ke? Bayar tol dulu, sepuluh ringgit" lawak Zara sambil membuka pintu pagar.
Aaydan menjeling dengan hujung mata lalu masuk ke dalam dengan selamba. Dia meletakkan helmet di atas meja dan melabuhkan punggung di atas sofa empuk.
Tersenyum dia apabila rongga hidungnya dipenuhi dengan bau Zara. Bau minyak wangi yang sering Zara pakai.
Zara membiar sahaja pintu terbuka. Dia melabuhkan punggung di sofa berhadapan dengan Aaydan.
YOU ARE READING
1 | Aayden's Amore [ C ]
Romansa[ KARYA PERTAMA 💄] Aayden Nadhif x Camelia Razqya Mengisahkan tentang seorang anak kecil yang kehilangan ibu dan ayahnya ketika berusia 8 tahun akibat nahas kemalangan. Kehidupannya yang sebelumnya ceria dan periang berubah menjadi seorang yang pe...