Haris + Auliya 🕊️

2.6K 113 0
                                    


Flashback!

Haris menyandarkan punggung di bonet hadapan keretanya sambil bermain telefon. Dia sedang menunggu seseorang di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Sri Aman.

Dia melirikan mata ke arah jam tangannya. Dah pukul 2 petang ni. Mana pulak budak kecil ni pergi tak keluar lagi.

Haris mengalihkan pandangan memandang pagar sekolah apabila terlihat ramai pelajar sekolah itu berjalan keluar.

Nadhira melambai Camelia apabila mereka berpisah di pertengahan jalan.

"Esok jangan lupa pakai baju sukan tau" jerit kecil Nadhira kepada Camelia.

Camelia mengangguk lalu melambai sekilas lalu terus berjalan meninggalkan Nadhira.

Haris memandang sekilas ke arah Camelia. Hatinya berkata untuk memandang Camelia buat kali kedua namun kelibat Camelia sudah hilang dari pandangannya.

Nadhira berdiri di hadapan Haris dengan senyuman yang manis. Murah betul dengan senyuman adik si Aayden ni.

"Aayden cakap Auliya keluar pukul 1.30 petang, tapi sekarang dah pukul 2 petang" kata Haris.

Nadhira tersengih sambil menggaru kepalanya. Hehehe dia terlupa nak bagitahu hari ini ada perjumpaan rumah sukan.

"Hehe Auliya lupa nak bagitahu hari ini ada perjumpaan rumah sukan. Sorry buat abang Haris tunggu lama" balas Nadhira.

Haris mengangguk lalu membuka pintu kepada Nadhira.

"Jom cepat, abang kena masuk kerja kejap lagi" jemput Haris.

Nadhira mengangguk lalu dengan laju dia masuk kedalam kereta. Haris menutup pintu setelah Nadhira masuk.

Haris masuk ke bahagian pemandu dan terus meninggalkan kawasan sekolah itu. Keadaan didalam kereta sunyi sepi.

"Kenapa abang Haris yang jemput Auliya hari ni?" tanya Nadhira.

"Aayden ada meeting dekat Putrajaya dan Aaydan pulak ada dekat luar kawasan. Hantar motor dekat pelanggan dia" balas Haris.

Nadhira mengangguk lalu kembali mendiamkan diri.

Haris menjeling Nadhira dengan hujung mata. Dia sebenarnya menyimpan perasaan kepada adik rakannya ini. Tetapi dia selalu menidakkan perasaannya hanya kerana Nadhira masih muda.

Jarak umur mereka agak jauh, Nadhira baru sahaja 17 tahun manakala dia sudah pun 29 tahun.

Bagi Haris agak mustahil untuk Nadhira menerimanya. Jadi Haris mengambil keputusan untuk mendiamkan diri sahaja soal perasaannya.

End of Flashback!

♾️🦋♾️

Haris memetik jari di hadapan Nadhira yang sedang termenung sambil tersenyum. Dah kenapa tunangnya ni. Berangan siapa tu haaa.

Tersentak Nadhira dibuatnya. Nadhira mengusap dada seakan-akan terkejut. Haris hanya menggeleng kepalanya.

"Auliya fikir apa sampai termenung macam tu? Fikir siapa hm?" soal Haris yang sedang mengelap sudu garfu untuk Nadhira.

1 | Aayden's Amore [ C ]Where stories live. Discover now