Di universiti, suasana sangat berbeza. Aku berjalan sendirian di koridor, memegang beberapa buku tebal di tangan. Setiap kali aku melangkah masuk ke kelas, aku sedar betapa asingnya aku di kalangan rakan sekelas. Kebanyakan dari mereka bergaul dalam kumpulan, berbual dan ketawa, sementara aku lebih selesa sendirian.
Selepas kelas, aku melangkah ke perpustakaan. Hanya di situ aku boleh rasakan ketenangan. Hilang dalam dunia buku tanpa perlu berinteraksi dengan sesiapa. Aku duduk di meja paling terpencil dan mula membaca buku.
Ketika sedang seronok membaca, aku terdengar beberapa pelajar berbual dengan riuh rendah. Aku memandang ke arah mereka seketika, sebelum kembali menumpukan perhatian pada buku di hadapanku. Ada kalanya, aku terfikir bagaimana rasanya mempunyai kawan yang boleh berbual dan berkongsi cerita.
Namun, aku cepat-cepat menepis fikiran itu. "Aku tak perlukan orang lain untuk berjaya," bisikku pada diri sendiri. "Aku boleh capai semua yang aku impikan tanpa orang lain. Lagipun, kalau ada orang lain selain umi abah dalam hidup aku, menyusahkan hidup aku je..."
Ketika waktu makan tengahari tiba, aku berjalan ke kafe universiti dan memesan makanan. Aku memilih meja paling hujung, jauh dari keramaian. Duduk sendirian sambil menikmati makan tengahari, aku memerhati sekeliling. Melihat pelajar lain, aku merasa sedikit janggal tetapi lebih selesa begini.
Selepas makan, aku kembali ke kelas untuk sesi petang. Seperti biasa, aku duduk di barisan paling belakang, cuba untuk tidak menarik perhatian. Selepas kelas tamat, aku mengemas barang-barangku dan keluar sebelum orang lain sempat menegur.
Aku lebih suka keadaan seperti ini. Tidak memerlukan aku berpura-pura atau menjadi orang lain untuk diterima orang sekeliling.
Malam itu, setelah menyelesaikan segala tugasan, aku duduk di meja belajar dan memandang keluar tingkap. Bintang-bintang berkelip di langit malam. Aku tersenyum kecil.
"I'll prove that I don't need anyone to succeed except my parents." bisikku pada diri sendiri.
Tiba-tiba, telefon bimbitku berdering. Nama yang tertera di skrin membuat hatiku berdegup kencang. Hykarl. Bekas kekasihku.
Aku menghela nafas panjang sebelum menjawab panggilan itu. "Kenapa kau call?"
"Lama tak dengar khabar. I cuma nak tahu you macam mana sekarang," suaranya membuatku tidak tenang.
Aku menggenggam telefon dengan lebih kuat. "Huh? Semak."
"I rindu you. Tak boleh ke kita mulakan semuanya sekali lagi?" Hykarl bertanya dengan nada memujuk.
Aku tergelak sinis. "Rindu aku? Kau ingat aku bodoh ke? Lelaki macam kau ni pandai buat hidup orang lain musnah je. Benak. Aku dah move on dan aku tak perlukan kau dalam hidup aku lagi. Bukan setakat kau je, mana-mana lelaki pun sama je!"
"Tapi, takkan you tak nak cuba lagi?" tindakannya semakin mendesak.
Aku menarik nafas dalam-dalam, menahan rasa marah yang mula membuak. "Dengar sini, Hykarl. Aku tak perlukan sesiapa, apatah lagi lelaki yang cuma pandai buat janji kosong dan bawa masalah dalam hidup aku. Hidup aku jauh lebih baik tanpa kehadiran lelaki. Lagi-lagi lelaki macam kau. So, tolong jangan ganggu aku lagi."
"Angel, janganlah macam ni. I betul-betul nak perbaiki hubungan kita," rayu Hykarl.
Aku tertawa sinis, hati penuh dengan kebencian. "Really? Lelaki macam kau tak pernah berubah. Tahu musnahkan hidup orang lain je. Kau tak layak untuk ada dalam hidup aku. Jangan ganggu aku lagi. Wait.. What ?! Angel ? What a holy name? But unfortunately spoken by foolish man."
Aku terus memutuskan panggilan, meletakkan telefon di atas meja. "I'll show the world that I don't need anyone, especially MEN, to achieve greatness," bisikku lagi pada diri sendiri.
....
"I'll get you no matter what obstacles stand in my way. If I can't have you, death awaits you, angel..." dia tersenyum sinis.