"OH, kau dekat sini erk? Sebab tu lah aku send message dekat kau, kau tak balas? Ey" marah Hans sambil memandang Qaisara yang masih dalam uniform sekolahnya."Oi, setan. Kau baru send mesej tu satu minit. Kau palau mesej aku berjam-jam tu boleh pula? Kau jangan sampai aku sepak kau sampai ke matahari. Sampai ke Black Hole lagi bagus" marah Qaisara pula sebelum menjelingkan matanya.
"Pakai handsock kau tu elok-elok. Tangan kau tu terdedah. Aurat. Aku sarankan kau janganlah pakai handsock yang pendek-pendek. Kau tak tahu fikiran orang lelaki macam mana bila diorang nampak aurat kau yang terdedah tu" pesan Hans sebelum melabuhkan punggungnya di atas kerusi batu yang terdapat di tepi Qaisara.
Qaisara sudah memerah mukanya. Dia mengangguk-angguk kepalanya sebelum memandang ke bawah. Malu juga apabila kaum Adam yang menegurnya tentang aurat.
"Sorrylah, bro. Aku nak cepat-cepat tadi" balas Qaisara pula.
"Kau janganlah menangis. Aku cuma bagi nasihat aje. Tak pasal-pasal pula aku kena marah dengan papa omputeh kau tu" gurau Hans sebelum tergelak kecil. Buku-buku latihan dan teks yang berterabur di atas meja itu dipandang lama oleh Hans.
"Apasal banyak sangat-"
"Study group" balas Qaisara terlebih dahulu.
Hans hanya mengangguk sebagai balasan. Dia memandang Qaisara yang sedang menghirup kuah tomyam. Nampak sedap!
"Aku nak siki-" Ayat Hans tergantung di situ apabila melihat kelibat tiga orang pelajar perempuan yang sedang melihatnya dengan perasaan yang teruja.
"Eh? Abang kau ke tu, Sara? Hensemnya" bisik salah seorang pelajar tersebut sebelum melabuhkan punggung di tepi Qaisara.
"Abang? Dia ni abang aku? Lambat lagi! Abang aku ada mata warna biru. Warna mata dia ni pun nampak macam boring" sindir Qaisara sambil menggelengkan kepalanya.
Selepas mendengar sindiran daripada Qaisara, Hans hanya tersengih senget. Tiga orang pelajar yang berada di situ memandang Qaisara dan Hans dengan kehairanan.
"Apa tengok-tengok? Korang nak ke? Pergi beli sendiri" ujar Qaisara sebelum menghirup kuah tomyam dan mihunnya itu dengan berselera.
Hans menjelingkan matanya sebelum mengalihkan pandangnya ke arah lain. Keempat-empat sahabat yang mula melakukan kerja sekolah mereka itu dipandang seketika. Haih... Rindu pula zaman sekolah.
Tanpa sedar, jam, telah menunjukkan pukul 4.15 petang. Hans dengan cepat bangun dari tempat duduknya. Kunci kereta dicapai sebelum dia memandang ke arah Qaisara yang sedang mengemas buku-buku latihannya.
Selepas mengemas buku-buku miliknya itu, Qaisara dengan cepat berlari-lari anak menuju ke arah kereta Hans yang terparking elok. Pintu kereta dibuka sebelum dia melangkah masuk ke dalam perut kereta.
"Kita nak pergi mana?" tanya Qaisara apabila kereta Hans membelok ke kanan. Bukan itu jalan hendak menuju ke rumahnya.
"Ambil adik aku dekat sekolah dia. Dia ada latihan badminton" balas Hans.
Qaisara dengan perlahan-lahan mengangguk kepalanya sebelum bersuara semula.
"Aku dengar, akak Lia dah nak balik Malaysia. Maybe dalam empat bulan lagi" kata Qaisara.
"So?"
"Apa yang so so pula? Bukan ke dia tu crush kau? Bukan ke kau rindu dia?" tanya Qaisara bertalu-talu.
"Crush? Itu dulu, Qaisara. Sekarang aku dah tak ada apa-apa perasaan terhadap dia. Aku anggap dia sebagai kawan baik dan keluarga aku macam mana dia anggap aku. Tidak semua yang kita mahukan atau impikan akan menjadi milik kita. Aku dah tawar hati" luah Hans.
"Lagipun, dia dah ada orang lain. Dia sukakan orang lain. Cemburu? Ya, memang aku cemburu. Ikutkan hati aku, aku nak sangat rampas dia dari jantan tu. Tapi, apa hak aku untuk berbuat demikian?"
"Kalau bukan kita pilihan hati orang tu, maka bukanlah kita yang dia mahukan. Apa gunanya bersama tapi tak ada rasa cinta dan kasih sayang? Sia-sia. Di penghujungnya, kita akan berpisah juga dengannya" ujar Hans panjang lebar sebelum tersenyum tawar ke arah Qaisara.
GAMBAR burung yang berterbangan melintasi pelangi yang berwarna-warni itu ditampal di dalam buku albumnya. Dahlia mengukir senyuman. Hm, cantiknya. Sama sepertinya. Dia membelek-belek buku album itu. Setiap gambar yang ditampal diperhatikan dengan terperinci olehnya.
Tangannya berhenti pada muka surat yang kelima. Gambarnya bersama dengan Rachael dipandang sekilas. Ada satu gambar yang lebih menarik perhatiannya.
Gambar apa?
Gambar Haider yang sedang melukis dengan tenangnya itu menarik perhatiannya. Sudah lama dia tidak melihat muka lelaki itu secara bersemuka. Cukuplah dia melihat mukanya di dalam gambar sahaja.
"Mana awak pergi?" tanya Dahlia walaupun dia sudah tahu bahawa tiada jawapan bagi pertanyaannya itu.
Perasaan yang pelik baginya mula bersarang di dalam hatinya. Rindu. Dia sungguh merindukan lelaki itu.
"Saya teringin nak cakap dengan awak. Teringin sangat nak luah semua masalah saya dekat awak. Awak pergi mana, Haider Akashah?" soal Dahlia sekali lagi.
"Do you want to know something? Saya benci sangat-sangat dengan seorang mamat ni. Dah lah lahanat! Jahanam! Sial!" sindir Dahlia sambil bercekak pinggang.
"Jaga kata-kata kau. Berdosa. Mencarut tu berdosa" pesan Haider.
"Saya tahu! Tapi... Saya benci mamat tu! Kalau awak jadi saya, confirm awak pun jadi macam ni!" balas Dahlia pula. Dia sungguh tidak puas hati.
"Mamat mana?" tanya Haider.
"My ex. Saya balik ke Malaysia hari tu gara-gara nak jumpa dia sebab dia cakap ada benda penting yang dia nak cakap. Tapi, bila saya jumpa dia, dia dah bina rumah tangga. Hancur hati saya, awak. Dia pernah berjanji yang dia akan kahwin dengan saya seorang je lepas saya graduate. But, that's all was a lie" luah Dahlia.
Haider mengeluh perlahan sebelum berpaling untuk memandang Dahlia. Mata gadis itu yang sudah berair dihiraukan.
"Kalau bukan kau jodoh dia, sampai ke sudah kau takkan bersama dengan dia. Jodoh setiap orang dah ditetapkan oleh Allah. Mungkin dia bukan yang terbaik untuk kau. Ingat, Allah akan gantikan dia dengan seseorang yang lebih baik untuk kau. Apa yang kita perlu buat hanyalah berdoa" ujar Haider panjang lebar.
"Kenapa pula kita kena berdoa sedangkan takdir kita dah ditentukan? Jodoh kita pun dah ditentukan. Kenapa perlu berdoa?" tanya Dahlia.
"Macam mana kalau takdir kau ialah dengan kau berdoa? Kalau kita mahukan sesuatu, berdoalah. Dengan berdoa, kita boleh mengadu, meminta dan memohon semuanya kepada Yang Maha Esa"
"Allah berfirman dalam surah Ghafir, ayat 60, : Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina"
Mendengar sahaja tafsiran daripada ayat surah tersebut, Dahlia hanya berdiam diri. Benar apa yang dikatakan oleh Haider.
YOU ARE READING
Haider Akashah: His Bidadari (Slow Update)
Romance-Spin-off Jangan Hampakan Cintaku TENGKU DAHLIA CARISSA, seorang gadis yang lebih mementingkan kebebasan. Walaupun dilahirkan di dalam keluarga berada, dia langsung tidak tertarik dengan harta dan kekayaan. Baginya, semua itu bukanlah penentu kebaha...