Semalaman Aifa tidur di lantai beralaskan permaidani. 'Nasib baiklah ada permaidani, kalau tak mahu sakit belakang dibuatnya.' kata hati Aifa. Memang dari semalam Kheairil menyuruh Aifa tidur di bawah. Kotor tilam katanya kalau Aifa tidur sekali diatas katil. "Ya Allah. kau kuatkanlah semangat aku untuk terus bersama suamiku ini." Rintih hati Aifa sambil menatap wajah suci bersih milik Kheairil.
_________________
Jam menunjukkan pukul 6.15 pagi. Aifa yang baru selesai membaca al-quran pergi ke arah suaminya yang masih tidur lena.
" Awak. Bangun jom kita solat subuh sama-sama nak? Saya nak awak jadi imam." Pinta Aifa sambil menarik selimut milik Kheairil.
Badan Kheairil masih tak berkutik.
"Awak bangun lah. Awak pegi mandi, saya tunggu awak kat sofa." Pinta Aifa lagi.
" Kau boleh diam tak? Aku nak tidur pun tak senang. Blah la!" Jerkah Kheairil.
Aifa terkejut dan terkedu. Tak pernah dia dimarahi oleh mana-mana lelaki sebelum ini. Ayah dan abang Iltizam pun tak pernah jerkah Aifa sebegitu rupa. Tapi Aifa masih belum putus asa.
" Awak jom lah. Ini kan permintaan saya yang pertama dari awak. Saya teringin sangat awak jadi imam saya." Rayu Aifa.
"Kau ni semak lah!" Jerit Kheairil sambil menolak Aifa jatuh ke bawah katil. Lengan Aifa terkena bucu meja solek. Aifa mengaduh sakit. Namun, Kheairil tetap tidak mengendahkan dia. Aifa yang kecewa dengan kelakuan suaminya itu berlalu pergi dengan perasaan yang hiba._________________
Selepas Aifa selesai menolong Mama memasak makan malam di dapur, Aifa menyinting lengan bajunya untuk membasuh pinggan. Aifa terlupa ada kesan lebam di lengannya dek kerana terkena bucu meja solek angkara Kheairil itu.
" Ehh. Kenapa lebam tu Fa? Ada orang pukul Fa ke?" Tanya Datin Marlia kehairanan.
" Errr... Ehh tak la ma. Tadi ni... Fa terlanggar... Bucu meja. Haa bucu meja. " Jawab Aifa teragak-agak.
"Ya Allah. menantu mama ni. Meh sini mama tolong letak ubat. Lebam tu."
"Eh. takpayah ma! Fa boleh buat sendiri. Hehehe." Tersengih-sengih Aifa melihat ibu mertuanya itu.
"Betul ni?" Tanya Datin Marlia.
"Ye ma."
"Kalau macam tu, pegi panggil Kheairil turun makan sama-sama." Suruh Datin Marlia.
" Okay. Aye aye captain!" seloroh Aifa.
Datin Marlia hanya tersenyum melihat gelagat menantu barunya itu.
'Fuhhhh! Selamat tak terbongkar.' Desis hati Aifa._________________
Belum sempat Aifa masuk ke dalam bilik, dia terdengar Kheairil bercakap dengan seseorang. Mesra lebih Kheairil berbual dengan orang yang di dalam telefon pintar Iphone6Plusnya itu.
" I'm okay sayang. Don't worry about me." Cakap Kheairil.
" Yes. I ingat. I love you more. Muahh. Sweet dreams. Tidur mimpi I tau!" Terbeliak biji mata Aifa mendengar perbualan suaminya itu. Tetapi Aifa buat seperti tiada apa-apa terjadi lalu masuk ke dalam.
" Awak. Mama panggil turun makan sekali." Aifa berkata.
"Hm. ok" Kheairil jawab selamba.
Aifa berjalan ke pintu untuk meninggalkan Kheairil. Tetapi, tangan Kheairil dah ada di atas bahu Aifa.
" Kan aku cakap kalau ada Mama kau kena mesra dengan aku." Bisik Kheairil.
Aifa hanya mendiamkan diri sepanjang turun ke bawah._________________
Di meja makan, hanya Datin Marlia dan Dato' Hisyam sahaja yang berbual. Anak dan menantu mereka hanya membatu tak tahu apa puncanya. Tiba-tiba Dato' Hisyam memecahkan sunyi diantara mereka berdua.
"Khe..Faa.. Papa nak timang cucu cepat sikit boleh tak? Nak jugak papa rasa ada cucu sebelum papa pejam mata. Nanti semua harta papa dan Melati Holding papa serahkan keatas Khe. Lagipun, Khe jelah anak tunggal yang papa ada. Sekarang baru papa merasa ada menantu. Nak jugak papa rasa ada cucu." Terang Dato'Hisyam dengan tenang dan suara yang mendatar.
Kedua-dua pasangan pengantin baru itu tersedak semahu-mahunya.
"Apa papa cakap ni. Khe masih perlukan papa. Papa jangan cakap lagi benda ni. Khe sayangkan papa. Khe sayangkan mama jugak. Please jangan buat Khe rasa bersalah dengan papa. I can't pa." Kedengaran suara Kheairil yang sayu.
'Ya Allah. Kenapa aku tersentuh dengan apa yang aku nampak sekarang. Manja jugak Abang Khe dengan mama papa. Maklumlah, anak tunggal.' bicara hatinya.
Suasana dimeja makan yang dipenuhi suara Datin Marlia dan Dato'Hisyam tadi bertukar menjadi suram. Mungkin masing-masing perlukan masa untuk berfikir._________________
"Kau dengar tak apa yang papa cakap tadi?" Tanya Kheairil.
" Saya dengar awak." Jawab Aifa dengan suara yang tersekat-sekat.
"Kau dengar sini perempuan! Aku takkan sesekali pun sentuh kau. Kau tak layak ada dengan aku. Kau jijik! Kau yang buat papa dengan mama minta permintaan yang macam ni. Aku benci kau! Kalau berlaku sesuatu kat papa mama siap kau!" Tengking Kheairil.
"Awak... Saya mintak maaf.. Saya taknak benda ni jadi.. Awak cakap lah apa yang awak nak cakap... Tapi saya isteri awak yang sah.." Kata Aifa sambil menangis teresak-esak.
"Kau tak payah tunjuk yang kau tu baiklah betina! Aku benci tengok muka kau!"
Kheairil marah dengan Aifa sampai macam ni mungkin sebab Kheairil takut kehilangan mama papanya. Ya, didalam dunia ni Kheairil hanya ada mama dan papa. Dia anak tunggal.
Aifa terketar-ketar dengan pantas berlari masuk ke bilik air. Memang selalu bilik air tu dah menjadi markas tangisannya.
Kheairil baring diatas katil sambil memicit kepala sendiri. Terasa berat sekali kepalanya. Mungkin terlalu fikirkan apa yang Dato'Hisyam cakapkan tadi.
Sudah dekat 2jam Aifa terperuk di dalam bilik air. Matanya bengkak dek kerana menangis berpanjangan. Dia keluar dan mendapatkan Kheairil.
Kheairil sedang nyenyak tidur. Aifa ingin tarik selimut Kheairil. Tapi dia merasa sesuatu yang tidak kena terjadi kepada Kheairil. Dia memegang dahi Kheairil. Panas! Segera Aifa mendapatkan cool fever yang bertulis 'adult' di atas kotaknya di tingkat bawah dan menempek di atas dahi Kheairil. Aifa mengelap badan dan tangan Kheairil menggunakan kain lembap.
Aifa mendapatkan tangan Kheairil dan bermonolog " Abang. Maafkan Aifa. Aifa tahu ni semua salah Aifa. Aifa taknak jadi isteri derhaka. Aifa dah mula rasa sayang dengan abang. Aifa taknak kehilangan abang." lalu dia mengucup tangan suaminya itu. Syahdu sekali kejadian itu._________________
Macam hari-hari biasa. Kheairil bersarapan di ruang meja makan. Sarapannya itu disiapkan oleh Aifa. Walaupun Kheairil benci terhadap Aifa. Tetapi dia tetap menjamah semua makanan yang dimasak oleh Aifa.
"Awak. Minum jus guava ni. saya buatkan special untuk awak."-Aifa.
"Takpayah. aku dah lambat ni. Aku nak gerak."-Kheairil
" Alaa awak. sekejap jer. Awak minum sikit." Pinta Aifa sambil menarik tangan Kheairil.
Secara tak langsung Kheairil terlanggar jus itu dan jus itu tertumpah di atas baju kemejanya.
"Hishhhhhh! Kau ni apehal perempuan? Selalu menyusahkan hidup aku? Cubalah sehari kau tak ganggu hidup aku? Tak boleh ke hah?" Tengking Kheairil.
Aifa diam seribu bahasa. Kheairil segera naik ke tingkat atas untuk menukar kemeja baharu. Aifa terus menangis._________________
YOU ARE READING
Pengorbanan
Romance"Tadi bukan main lagi cakap pasal Kirana Zirane bagai. Pastu, tetibe lak nak suruh aku datang dekat dia. Dia lupa ke apa yang dia baru maki hamun aku tadi. Aku nak mogok pun dah tak boleh. Jujur, aku tak paham lansung apa yang ada dalam kepala dia...