Bab 41

19 2 0
                                    

Emir sudah dua hari tidak tidur, kepalanya sarat dengan Sofia. Dia tidak tahu di mana Sofia berada, dan anak-anak mereka mula menangis mencari ibu mereka. Keadaan rumah semakin tegang dengan setiap jam yang berlalu tanpa berita.

Hani baru sahaja pulang dari kerja dengan wajah yang cemas. Dia memegang sekeping sampul putih di tangannya dan melangkah masuk ke dalam ruang tamu di mana Mia, Wafa, Aidil, dan Emir sedang berkumpul.

"Guys..." Hani membuka kasutnya. Dia menghulurkan sampul putih itu kepada Emir. Emir mengambil sampul itu dengan tangan yang bergetar. Wafa, dan Aidil terus mendekati Emir, penuh dengan rasa ingin tahu dan cemas.

"Apa yang ada dalam sampul tu?" soal Mia.

Emir membuka sampul putih itu dan mengeluarkan pendrive. Dia segera menuju ke komputer dan memasukkan pendrive itu. Semua orang menahan nafas, menunggu apa yang akan muncul di skrin.

Sebuah video mula dimainkan. Dalam video itu, Sofia kelihatan dipukul tanpa belas kasihan oleh seorang lelaki yang tidak kelihatan wajahnya. Dia menangis kesakitan, wajahnya penuh dengan lebam dan luka. Di akhir video, muncul satu mesej yang membuatkan darah mereka berderau.

YOU ARE NEXT.

"Ya Allah, Sofi! Siapa yang buat macam ni pada dia?" Wafa menekup mulutnya.

"Kita mesti cari Sofi dengan segera. Kita tak boleh biarkan dia dalam keadaan macam ni." suara Aidil bergetar.

Emir merasa marah dan sedih pada masa yang sama. Dia mengepalkan tangan, menahan air mata yang mahu mengalir.

Setelah melihat video yang mengerikan itu, Emir dan Aidil memutuskan untuk mengambil tindakan segera. Mereka berdua menuju ke balai polis untuk menyerahkan pendrive tersebut sebagai bukti. Mereka tahu bahawa ini adalah langkah pertama untuk menyelamatkan Sofia dan memastikan keselamatan keluarga mereka.

Di balai polis, Emir dan Aidil bertemu dengan seorang pegawai polis bernama Inspektor Masree. Inspektor mengambilnya dan segera memasukkan pendrive itu ke dalam komputer. Wajahnya berubah serius apabila melihat kandungan video tersebut.

"Ini bukti yang sangat penting. Kami akan segera menjalankan siasatan. Terima kasih kerana membawa ini kepada kami." ucap Inspektor Masree

Ketika mereka berbincang dengan Inspektor Masree, telefon Aidil berbunyi.

"Hello, Mia? Ada apa?"

"Awak, ada kereta tak dikenali berhenti lama di depan rumah. Saya takut mereka ada niat tak baik."

Aidil menoleh ke arah Emir, wajahnya penuh dengan kebimbangan. "Emir, kita kena balik sekarang. Mia kata ada kereta tak dikenali berhenti lama di depan rumah."

Emir segera bersetuju. Mereka berdua bergegas meninggalkan balai polis bersama Inspekrot Masree dan kembali ke rumah dengan segera. Dalam perjalanan, Emir berasa semakin cemas mengenai keselamatan anak-anaknya.

"Aidil, aku rasa anak-anak aku tak selamat kat sana. Kita perlu lakukan sesuatu."

Sebaik tiba di rumah, mereka melihat kereta tersebut masih di sana, namun ia segera beredar apabila melihat kehadiran Emir dan Aidil. Emir segera masuk ke dalam rumah dan memeluk anak kembarnya dengan erat. Dia tahu bahawa dia perlu memastikan mereka selamat.

Emir menekan butang panggil. "Adik, boleh datang rumah Sofi tak?"

Elly tiba tidak lama kemudian. Dia melihat wajah cemas abangnya dan setelah diberitahu kejadian yang berlaku dia turut panik.

"Angah kalau mama dan papa tanya, apa aku nak cakap?"

"Bagitahu aje mereka hal sebenar, dik. Mereka perlu tahu apa yang sedang berlaku." jawab Emir.

Tak kan Pernah AdaWhere stories live. Discover now