"Wei, bro. Sorry....lambat. Kau dah lama sampai ke?" ujar Aamir setelah dia dengan Farhan datang ke meja yang sudah ada Mukhriz.
"Aku baru sampai. Korang order lah dulu." kata Mukhriz kepada sahabatnya.
"Kenapa kau nak jumpa kami berdua ni. Mesti ada benda kau nak kongsi dengan kami berdua. Cepatlah beritahu." gesa Aamir setelah dia dengan Farhan selesai order makanan dan minuman.
"Papa aku suruh aku kahwin dengan anak kawan dia. Lepas tu, dia suruh aku putus dengan Zahra. Aku tak tahu lah...kenapa papa aku tak nak aku dengan Zahra ada hubungan." ujar Mukhriz lalu meraup wajahnya dengan kasar.
"Riz...aku rasa apa yang papa kau buat tu adalah baik untuk masa depan kau. Kalau aku cakap yang Zahra ni bukan perempuan baik...kau percaya tak?" balas Farhan.
"Riz...kalau aku dengan Han cakap tentang perangai Zahra mesti kau tak percaya punya. Dahlah pakaian tak cukup kain. Kalau dia jadi menantu ibu aku...aku rasa, dia dah lama direject oleh ibu aku." kata Aamir juga.
"Maksudnya...korang setuju lah dengan keputusan papa aku tu. Jadi aku perlu terima perempuan tu. Aku boleh terima dia sebagai isteri aku tapi aku tak akan jatuh cinta dengan dia." kata Mukhriz.
"Suka hati kau lah, bro. Kami berdua sebagai kawan kau...nak buat yang terbaik untuk kau. Kau dah jumpa ke dengan perempuan piihan papa kau tu? Macam mana rupa dia?" kata Farhan yang ingin tahu.
"Dah. Dia kerja tempat cafe milik papa aku. Dia freehair tapi dia tak berpakaian macam Zahra. Mama aku pun tak setuju dengan keputusan papa aku. Korang sendiri tahu yang mama aku sayang sangat dekat Zahra." ujar Mukhriz lagi.
"Okay lah tu pilihan papa kau. Kau boleh ubah dia slow-slow." balas Aamir.
YOU ARE READING
Isteri Hanya Atas Kertas [slow update]
RomancePertemuan Maisara dengan kawan baik arwah ayahnya lalu menjodohkan dia dengan anak sulung kepada Dato' Azman iaitu Mukhriz. "Tidur dekat sofa sana. Aku tak nak tilam aku kotor sebab kau. Lepas kita pindah duduk rumah aku nanti, kau boleh tidur atas...