"Kau ni memang tak faham bahasa ke?""Tak saya memang tak faham bahasa, saya faham bahasa cinta awak je" balas Qayrina. Dia tersenyum gedik sambil memintal rambut di hadapan Raiyan.
Hatinya telah dicuri oleh Raiyan sejak hari dimana Raiyan menolong ketika dia dirompak. Sejak itu dia sering mengikut Raiyan kemana sahaja Raiyan pergi.
Gila? Yes, Qayrina Haura memang gilakan Raiyan Evans.
Raiyan berdecit halus apabila Qayrina dengan beraninya datang ke tempat kerjanya. Raiyan bekerja sebagai sale advisor di syarikat pengeluaran kereta, Honda. Sudahlah di sini ramai yang sedang memerhati.
Raiyan menarik tangan Qayrina dan membawa gadis masuk kedalam bilik kerjanya. Dia menolak lembut Qayrina ke dinding.
Dia menahan tangan di samping kiri dan kanan Qayrina yang sedang tersenyum manis.
"Kau tak penat ke? Berapa kali aku nak kena cakap yang aku TAK.SUKA.KAU" satu persatu Raiyan menyebut.
Qayrina menggeleng laju sambil tersenyum manis. Dia memegang tali leher Raiyan dan membetul sedikit.
"Rina tak akan pernah penat untuk kejar cinta Raiyan" bisik Qayrina.
"Hands off Qayrina Haura" bisik keras Raiyan.
Qarina menurunkan tangannya lalu berpeluk tubuh di hadapan Raiyan. Dia memalingkan wajah ke tempat lain. Malas betul layan lelaki beku macam ni.
"Susah sangat ke Raiyan nak bagi Rina peluang untuk masuk kedalam hati Raiyan?" soal Qayrina.
Raiyan mengecilkan mata memandang sisi wajah Qayrina. Cantik juga kau ni rupanya.
"Susah sebab aku dah penat nak percaya perempuan" balas Raiyan. Hatinya sudah penat untuk menerima cinta lagi apabila cintanya dipermainkan.
Qayrina mengeluh lalu memandang kembali wajah tampan Raiyan.
"Tak semua perempuan sama lah Raiyan. Mana tahu Rina jauh lebih baik daripada bekas kekasih Raiyan tu?" soal Qayrina yang masih belum berpuas hati.
Raiyan menjuling mata keatas. Dia menjarakkan diri mereka lalu melangkah me arah meja kerja dan melabuhkan punggung di kerusi empuknya.
"Kalau kau tahu siapa aku sebenarnya, aku jamin dekat dengan aku pun kau taknak" kata Raiyan sambil tersenyum sinis.
Qayrina masih berpeluk tubuh memandang Raiyan dengan pandangan tidak puas hati.
"Then tell me, siapa Raiyan yang sebenar?" soal Qayrina lagi.
"I'm TWL's killer" dengan selamba Raiyan menjawab sambil menyemak fail pelanggannya.
Terkebil kebil mata Qayrina yang cuba menangkap maksud daripada kata-kata Raiyan tadi. Killer?
Dengan laju Qayrina berlari ke arah meja Raiyan dan terus melabuhkan punggung di kerusi hadapan Raiyan. Dia memandang Raiyan dengan perasaan teruja.
"Kenapa lagi kau ni?" soal Raiyan pasrah dan kehairanan. Budak ni tak takut ke aku ni pembunuh.
"Saya suka, saya suka" balas Qayrina dengan senyuman yang manis.
Tercengang seketika Raiyan dibuatnya. Perempuan ni ada putus wayar dekat mana-mana ke.
"Gila" balas Raiyan sambil menggeleng kepala. Dia menyambung kerjanya tanpa menghiraukan Qayrina yang bercakap tidak henti.
♾️🦋♾️
YOU ARE READING
1 | Aayden's Amore [ C ]
Romance[ KARYA PERTAMA 💄] Aayden Nadhif x Camelia Razqya Mengisahkan tentang seorang anak kecil yang kehilangan ibu dan ayahnya ketika berusia 8 tahun akibat nahas kemalangan. Kehidupannya yang sebelumnya ceria dan periang berubah menjadi seorang yang pe...