Setelah menyelesaikan tugasnya, Jasmine berjalan laju ingin keluar dari hospital itu.
Arzen dan seorang lelaki tadi mengambil keputusan untuk menghantarnya ke sebuah hospital.
"Awak." Seorang lelaki menyerunya dari arah belakang. Jasmine berpaling. Rupanya lelaki yang baik hati itu.
Kaki berhenti dari melangkah. Badan dipaling ke belakang untuk menghadap lelaki itu.
"Jasmine." Ucap Jasmine saat lelaki itu berhenti tepat di hadapannya.
"Terima kasih sebab bantu saya. Saya terhutang budi dengan awak." Sambung Jasmine perlahan. Anak mata bergerak ke kanan dan kiri. Malu untuk bertentang mata bersama lelaki di hadapannya ini.
"Bukan masalah besar," Balas Arzen perlahan.
"Sama-sama." Sambungnya lagi.
Jasmine melemparkan senyuman nipis. Beg sandang miliknya dipeluk erat. Tangan meraba-raba lengannya. Tiba-tiba dia tersentak.
"Jaket ni?" Soal Jasmine. Tak perasaan pula dari tadi dia memakai jaket itu. Dek kerana terlalu selesa.
"Tak apa, pakailah." Arzen memberi kebenaran.
'Nak ambil sekali pun boleh.'
"Kalau macam tu saya balik dulu lah. Saya nak rehat." Jasmine ingin berlalu pergi dari tempat itu secepatnya. Nak rehat tu alasan kedua. Alasan pertama pula kerana dia tak selesa asyik dipandang oleh jejaka ini.
"Ubat semua dah ambil? Awak okey ke? Doktor dah check awak?" Soalan bertalu diberi pada gadis itu.
Matanya pula diliarkan ke sekeliling untuk melihat keadaan di sekitar hospital itu. Tahu gadis di hadapannya tidak senang duduk dengan kehadiran dirinya. Lebih tepat lagi dengan pandangannya.
"Dah." Balas Jasmine sepatah. Plastik ubat diangkat ke udara. Arzen memandang plastik yang berisi ubat.
"Terima kasih untuk ini juga." Sekali lagi dia Jasmine mengucapkan perkataan terima kasih. Teringat pula kejadian tadi, di mana dia bergaduh kecil dengan lelaki itu di hadapan kaunter.
"Tak apa, saya bayarkan." Ucap Arzen lembut.
"Tak apa lah. Saya tak nak terhutang budi lebih banyak dengan awak. Awak tolong hantarkan saya dekat sini pun, saya terhutang budi banyak dah." Tolak Jasmine. Tak ingin menerima sebarang bantuan dari lelaki itu lagi.
Segan menyelubungi dirinya.
"Saya tak tolong awak untuk awak mention hutang budi ni semua. Saya tolong awak sebab awak perlukan pertolongan. Sebagai manusia biasa, saya harus menbantu orang lain yang berada di dalam kesusahan." Balas Arzen panjang lebar. Tetapi semakin lembut suaranya memberi penerangan.
Jasmine terdiam. Bila masa pula dia kesusahan? Tak guna pula kalau dia nak membantah banyak kali.
Alkisahnya dibiarkan sahaja lelaki itu mengurus semuanya.
"Awak dah nak balik ke?" Soal Arzen perlahan tanpa memandang ke arah Jasmine. Jasmine diam tidak menjawab pertanyaan itu. Arzen mengangkat wajahnya.
"Awak?" Arzen melambaikan tangannya di hadapan wajah Jasmine yang sedang termenung. Seram dirasakan Arzen saat gadis itu diam sambil merenung wajah Arzen sedalam-dalamnya.
Jasmine tersentak saat mendengar suara seseorang.
"Y-ya... sa-saya...?" Sahut Jasmine tergagap-gagap.
YOU ARE READING
30 Dates with you [ on going ]
RomantikON HOLD - promise it will complete by end of this year. Thank you for reading. 🤲🏻✨ Slow burn romance + Mystery Tulisan pertama yang... EXTREMELY CLICHE AND CRINGE Jasmine. Seorang gadis yang rapuh dan tidak percayakan kewujudan cinta kerana traum...