"Adra, kau okay? Kau nampak pucat sangat." Sariyani menegur tatkala dia melihat Adra sudah beberapa kali berlari keluar masuk tandas untuk muntah sejak awal sesi pembelajaran tadi pagi.Sekarang baru masuk waktu rehat.
Sungguh, perut rasa tak selesa. Nak fokus cikgu subjek Kimia bercakap kat depan tadi pun tak boleh. Satu pun tak masuk dalam kepala.
"Aku okay. Biasalah senggugut sebelum haid kan. Aku dah ambil painkiller tadi." Balas Adra tersenyum tipis sambil memegang perut yang masih sakit. Sariyani angguk.
Sesekali bibir dipagut menahan sakit yang sesekali datang. Dahi pula sesekali berkerut-kerut.
Boleh dikatakan setiap bulan juga Adra akan mengalami senggugut sebelum haid. Tapi kali ini, agak pelik sedikit. Dia berasa mual dan muntah. Disertai dengan pening.
"Kau ada minyak kapak tak?" Tanya Adra.
"Nah. Nasib baik aku ada bawa." Minyak kapak yang dikeluarkan dari poket beg galas milik Sariyani dihulur.
"Thanks." Senyum Adra. Wajahnya nampak pucat.
"Kau betul tak nak balik Aspuri untuk berehat? Aku boleh teman kau balik." Pelawa Sariyani. "Serius, kau nampak tak okay harini." Tokok dia.
Adra geleng kepala. "Tak pe. Sekejap lagi aku okay lah lepas bau minyak kapak ni. Kau pergilah makan. Nanti habis waktu rehat kang kebulur."
"Okay. Kau nak makan apa-apa? Aku tolong belikan."
"No, thanks. Aku cuma nak tidur sekejap."
——
1BULAN BERLALU...
"Kau betul ke tak nak outing? Ada nak pesan apa-apa tak? Aku boleh tolong belikan." Sariyani membetulkan tudung di kepalanya. Dirinya dia lihat pada pantulan biasan di cermin almari baju.
Adra ralit mengulangkaji Addmath sambil duduk di meja belajarnya. Pensel picit ditangan aktif bergerak cuba menyelesaikan satu soalan.
"Macam tak ada." Ringkas dia.
"Pad ke?"
"Pad masih ada. Belum terusik."
Sariyani berkerut pelik. "Seriuslah? Bukan bulan lepas kau period ke? Kau kena senggugut teruk untuk beberapa hari, bukan? Siap mual, muntah-muntah, pening?" Soalnya.
"Entah." Adra mencebik tak tahu seraya menjungkit bahu.
"Kau tak period ke waktu tu?"
Adra menggeleng. "Tak. Tak jadi period." Jawapan Adra buatkan dahi Sariyani bertambah kerut.
"Hormon aku tengah tak stabil kot. Stress study agaknya. Period pun takut-takut nak turun." Selamba jawapan Adra sambil membuka satu biji gula-gula dan makan.
"Huh, maybe. Ada betul juga. Aku pun kadang period tak teratur. Kadang-kadang terawal. Kadang-kadang terlewat. Kadang-kadang tak datang langsung. Hehe." Sariyani setuju dengan jawapan Adra tadi. Dia tersengih.
"Okaylah, weh. Aku gerak dulu. Kalau ada nak pesan apa-apa kau mesej aku." Beg selimpang kecil di atas katil langsung Sariyani capai.
"Bereh." Pendek Adra melakar senyum kepada rakan sebiliknya.
"Oh! Sari. Aku ada nak pesan."
"Hah, apa dia?"
"Jeruk."
"Jeruk?"
"Jeruk mangga. Teringin nak makan." Adra sengih.
"Teringin? Peh, dah gaya macam orang pregnant mengidam! Kau pregnant ea?" Tebak Sariyani sambil tergelak besar.
Adra gigit bibir. Mahu saja Adra baling buku Addmath biar lekat kat kerongkong Sariyani. Baru padan muka! Dasar mulut tak ada insuran.
"Aku pregnant apa? Pakwe pun tak de. Kahwin pun tidak! Duit belanja sekolah pun mak bagi lagilah! Ish kau ni. Aku serius ni! Belikan tau. Kau carilah kat mana-mana janji kau bawa balik jeruk mangga. Kat kedai buah mesti ada." Adra sengih lagi. Terliur.

ANDA SEDANG MEMBACA
My Beautiful Moon [OG]
عاطفيةLuth Erden x Dr. Adra Roselle 🕊️🥀 "Encik Luth. Saya tak suka awak panggil saya signorina, Roselle atau Bidadari atau what so ever. Tolonglah. Hormat saya." "But Roselle is your name, Roselle." "Saya tak suka." "Tapi saya suka." "Encik Luth Erden...