CHAPTER 5

55 4 0
                                    

Langsung jejaka itu melepaskan tangannya dari pinggang ramping Bunga. lalu jejaka itu terus mengatur langkah pergi daripada situ.

"Terima kasih encik." Ucap Bunga sambil menundukkan sedikit badannya.

Tapi jejaka itu terus menghilang dari pandangan mata Bunga tanpa membalas ucapan Bunga tadi.

"Kau ni kan boleh tak hati hati sikit nasib baik ada mamat tu tadi." Ujar Aurora lalu menepuk perlahan bahu Bunga.

Tersengih Bunga dibuatnya.

"Mana la aku tahu nak jadi macam tu tadi." Balas Bunga seraya mengusap bahu nya walaupun pukulan tadi hanya perlahan.

"Dah la jom balik, aku dah penat dah ni." Dengan cepatnya Aurora berjalan ke arah kaunter untuk menbayar ke semua barang mereka beli tadi.

Kesemua barang sudah di bayar lalu mereka berdua pun balik ke rumah mereka masing-masing. Bunga menghantar Aurora terlebih dahulu ke rumah dan baru Bunga balik ke rumah nenek dan atok nya yang terletak tak jauh dari pasaraya itu.

Usai balik dari pasaraya tadi. Tiba-tiba Bunga teringat tentang jejaka tadi yang selamatkan dia waktu di pasar raya.

"Macam pernah nampak tapi kat mana erk?" Ujar Bunga sendiri. Sambil berbaring di atas tilam yang empuk itu. Bunga coba untuk lelapkan matanya tapi tidak boleh sebab masih memikirkan tentang jadian tadi.

Walaupun lelaki tadi memakai mask muka serta dengan topi warna hitam. Akan tetapi mata jejaka itu yang berwarna coklat terang yang mampu membuatkan Bunga terpaku melihatnya tadi dan membuatkan Bunga teringat tentang seorang lelaki yang sangat Bunga kenali.

"Kau buat sekarang ni ek, mesti kau dah ada family kan? aku harap sangat la yang kau tak lupakan aku."

Tanpa Bunga sedar yang sebenarnya dia sedang di perhatikan oleh seseorang sewaktu di pasar raya tadi. Di sebaik rak di sebelah itu terdapat ada seorang lelaki sedang memerhatikan Bunga dengan senyum tak terlekang dari bibirnya.

Tanpa Bunga sedar!

Pintu bilik yang di kunci akhirnya dibuka kembali oleh Eider untuk sekian lamanya bilik tidak dimasuki olehnya untuk berapa bulan sebelum ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pintu bilik yang di kunci akhirnya dibuka kembali oleh Eider untuk sekian lamanya bilik tidak dimasuki olehnya untuk berapa bulan sebelum ni. Bilik ni yang paling ujung dan bilik paling bawa sekali dari semua bilik yang ada di dalam rumah ini.

Tiada siapapun yang tahu tentang bilik ini dan tidak seorang pun masuk ke dalam bilik ini kecuali Eider dan Mak Wan.

Kak Som dengan Kak intan pun tidak tahu akan wujud bilik tersebut, sebab mereka berdua tak pernah masuk pun bilik itu.

Lalu dia masuk ke dalam bilik yang gelap itu. Butang suis di tekan. Automatik bilik yang gelap akhirnya menjadi cerah semula. Terdapat banyak sekali buku-buku yang terletak elok di atas rak buku dan kanvas putih yang bercorak lukisan lautan, pantai, pokok, tasik dan macam-macm lagi.

Satu bingkai dicapai oleh Eider yang berada di atas meja kecil itu. Gambar seorang gadis yang sedang pandang kearah kamera sambli tersenyum manis sehingga menampak kan lesung pipit nya.

"Bunga...awak masih sama seperti dulu.. cantik tapi tak pernah nak berjaga- jaga dengan orang sekeliling awak." Tercetus tawa kecli keluar dari mulut Eider. Kepala di gelengkan.

Bila mengingatkan tentang kejadian tadi. Selalunya orang akan gelabah dan lekas bangun dari terus bersentuhan dengan yang bukan mahram. Tapi lain pula dengan Bunga. boleh pula dia tenung mata Eider dengan syornya?

Bingkai gambar tadi yang dipegang oleh Eider diletakkan semula di atas meja tersebut. Eider melihat sekeliling bilik itu. Selang berapa minit kemudian terdengar suara Kak Som yang baru sahaja tiba dengan peralatan kemas.

"Eider nak Kak Som buat apa." Tanya Kak Som. Sambli matanya meliar
melihat sekeliling bilik putih itu.

Tak pernah masuk pula bilik ni. Getus Kak Som dalam hati.

"Eider nak Kak Som kemaskan dan bersihkan bilik ni tanpa ada sebarang habuk sekali pun.. boleh." jawab Eider.

"Boleh.. apa yang tak boleh pula, okey la Kak Som nak kemas ni.. dah keluar." Halau Kak Som dengan menolak tubuh tegap Eider untuk keluar dari bilik itu. Kak Som tak suka apabila dia tengah mengemas orang kacau. Bagai Kak Som tak tenang bila ada orang. Dia suka buat seorang-seorang.

Dengan pasrah nya Eider keluar dari situ. Sambli kedua tangan diangkat kan ke atas.

WE MEET AGAIN [OG] Where stories live. Discover now