Tuan, saya baru saja dapat tahu yang dia sekarang ni tengah cari tempat yang sesuai untuk buka dia punya cafe tu." Ujar Qhalis yang berdiri di hadapan meja office Tuan nya. Sebaik saja dia masuk ke dalam bilik Tuan nya.
"Dia dah dapat ke belum?" Soal Eider. sambil tangannya membelek belek keretas kerja nya.
"Belum lagi Tuan." Jawab Qhalis seraya geleng kepala.
Lelaki itu hanya mengangguk.
Jeda untuk seketika.
"Qhalis." Panggil lelaki itu.
"Ya Tuan." Sahut Qhalis.
"Kau bagi tempat tu dekat dia?" Kata lelaki itu seraya memusingkan kerusi ke belakang dan matanya menghadap ke luar cermin.
"Baik Tuan." Balas Qhalis.
Qhalis terus beredar daripada situ sebaik saja dapat arahan dari Tuan Eider kepada dirinya. Tempat yang dimaksudkan oleh Tuan nya sebentar tadi adalah sebuah cafe. Yang telah lama dibina oleh Eider sendiri. Di sebuah tempat yang dimana dia dengan Bunga bertemu waktu pertama kali nya.
"Itu adalah tempat yang sama waktu pertama kali kita bertemu dan
kita akan bertemu kembali di tempat itu, just wait for me..my lovely." Diukir senyuman lebar dibibir nya.Tak lama itu. Eider bingkas bangun dari duduk nya. Kedua dua belah tangannya diseluk ke masuk dalam poket seluar. Dan berdiri tepat di hadapan tingkap itu. Melihat pemandangan yang begitu luas disebalik tingkap tersebut.
"Tunggu aku, Bunga."
••༺☆༻••
Assalamualaikum Cik, Cik buat apa dekat sini?" Tanya lelaki itu. Atau lebih tepat dikenali sebagai Qhalis.
"Wa'alaikummussalam, maaf encik saya dengan kawan saya duduk je dekat sini sebab penat berjalan tadi." Jawab Bunga seraya bangkit dari duduk nya. Begitu juga dengan Rora yang turut bangun.
"Ouhh, tak apa la kalau macam tu, tapi kalau Cik dengan kawan Cik nak duduk lama sikit dekat sini saya okey aje." Ujar Qhalis lalu melihat ke arah pintu masuk itu.
"Sebab cafe ni pun dah lama kat sini." Qhalis menyambung kata katanya. Memang ini niat Qhalis datang kemari. Disuruh oleh Tuan Eider sendiri. Dia hanya melakukan kerja dia sahaja.
Bunga dengan Aurora terus berpaling ke belakang. Terbeliak mata mereka dibuatnya apabila mendapat tahu yang bahwa selama ni diorang duduk dekat sebuah cafe. Sebuah cafe yang sudah lama di sini.
••༺☆༻••
YOU ARE READING
WE MEET AGAIN [OG]
Romance✦ 𝐖𝐄 𝐌𝐄𝐄𝐓 𝐀𝐆𝐀𝐈𝐍 ✦ ╰┈➤ slow update 𝓔𝓲𝓭𝓮𝓻 𝓦𝓪𝓴𝓮𝓮𝓵 ⋆ 𝓑𝓾𝓷𝓰𝓪 𝓑𝓪𝓽𝓻𝓲𝓼𝓱𝓪 Walaupun dirinya dulu pernah dibuli dan dipukul dengan teruk oleh rakan sekelasnya hanya disebabkan dia seorang yang pandai dari segi pembelajaran...