CHAPTER 7

45 3 0
                                    

Cafe ni memang dah tak pakai ke?" Tanya Bunga saja. Sambil matanya melihat disekeliling luar cafe itu.

"Bukan pakai tapi langsung tak jual dekat siapa-siapa, sebab orang yang buat cafe ni tak bagi jual." Jawab Qhalis dengan jujur.

"Kenapa? ada sebab ke owner cafe ni tak bagi jual." Kata Bunga pelik. Dah buat sebuah cafe tu jual jela dekat orang lain yang nak meniaga.

"Dia cakap untuk orang dia sayang." Balas Qhalis dengan jujur.

Untung la Cik Bunga jadi orang yang paling Tuan Eider sayang. Bisik Qhalis dalam hati.

Bunga dan Aurora hanya meng"oh"kan saja.

"Kenapa cik, cik nak ke?" Qhalis menyambung kata katanya.

"Ha? Boleh ke, kalau boleh nanti encik tanya lah dengan owner cafe ni." Soal Bunga dengan laju.

"Boleh, nanti saya tanya kan.. tapi saya tak janji la dapat ke tak." Jawab Qhalis tersenyum. Senyuman yang tak dapat ditafsirkan oleh Bunga dan Aurora.

"Tak apa saya faham." Bunga mengangguk perlahan. Memang susah la untuk owner cafe ni nak bagi cafe tersebut kepada orang lain, nama pun untuk orang yang dia sayang.

Saya dah berjaya Tuan, untuk dapat kan buah hati Tuan. Qhalis berkata dalam hati.

"Kiranya cik setuju la ni, kalau setuju nanti saya bagitahu dekat Tuan saya." Ujar Qhalis.

"Oh ni tempat Tuan awak ke." Balas Bunga terkejut.

Qhalis mengangguk perlahan. Alamak terkantoi.

Bunga memandang Aurora yang berada di tepi nya.

"Terpulang kau, aku okey je." Ujar Aurora simple.

"Okey saya nak tempat ni, tapi sebelum tu saya kena berjumpa dengan Tuan awak dulu?" Tutur Bunga kepada Qhalis. Kening dinaikkan.

"Oh..yang tu saya kena tanya tuan saya..sama ada dia berjumpa atau tak? sebab Tuan saya ni dia tak suka orang tengok muka dia, Harap cik faham." Balas Qhalis.

"Ouhh, okey tak apa la kalau macam tu, ni nombor telefon saya.. kalau Tuan awak benarkan saya ambik tempat ni just call saya je." Kata Bunga seraya menghulurkan keretas kecli yang sudah tertera nombor telefon nya dan namanya kepada Qhalis.

Qhalis menyambut huluran itu sambil angguk.

"Terima kasih encik-" Tergantung ayat Bunga. Apabila dia sendiri tidak tahu siapakah nama lelaki ini?

"Qhalis. " Sepatah Qhalis membalas.

Bunga mengangguk.

"Terima Kasih lagi sekali encik Qhalis." Ucap Bunga sambil menundukkan sedikit tubuhnya.

"Sama sama.." Balas Qhalis. Sebelum dia berlalu meninggalkan Bunga dan Aurora di situ dengan perasan berdebar debar di jantung nya. Fuh jatuh iman aku ni. Disebabkan oleh wanita yang berada di sebelah Bunga. Iaitu Aurora Isebelle.

••༺☆༻••

Tuan, saya dah bagi dah apa yang Tuan suruh." Jerit Qhalis dengan teruja. Dia baru sahaja tiba ke rumah Tuan Eider. Langkah di ambli setapak demi setapak menuju ke arah ruangan bilik Tuan Eider. Tombol pintu dipulas oleh Qhalis dan masuk ke dalam bilik dengan senyuman di bibirnya.

Siapa yang teruja sekarang ni. Qhalis ke Eider?

"Kau ni Qhalis terkejut Mak Wan nanti kalau dengar kau jerit ni tau." Ujar Eider. Kaki berjalan ke arah sofa yang ada dalam bilik kerja nya. Didaratkan punggung di sofa empuk itu. Begitu juga dengan Qhalis.

"Saya happy sangat sebab tu saya jerit tadi." Balas Qhalis. Lalu tertawa kecil.

Eider berdehem kuat. Dengan automatik terhenti tertawa Qhalis itu.

"Saya dah bagi apa yang tuan suruh tadi dekat Cik Bunga." Tutur Qhalis dengan serius.

"Ok good job Qhalis." Puji Eider sambil mengangguk.

Qhalis hanya tersenyum.

"Sekarang ni kerja aku pula." Ujar lelaki itu lalu bangkit dari duduk nya lalu menuju ke arah cermin yang panjang yang berada di bilik tersebut.

"Tuan nak menyamar ke?" Teka Qhalis seraya kening dinaikkan ke atas.

Jari dipetik kuat oleh Eider. Tanda jawapan yang di beri oleh Qhalis adalah betul belaka.

"Yes bijak betul kau ni Qhalis, aku nak menyamar jadi pekerja dia nanti."

"Tapi kenapa? Tuan boleh je jumpa Cik Bunga secara depan-depan nanti.. tak perlu kot susahkan diri sendiri nak menyamar apa bagai ni." Omelan Qhalis panjang.

Eider mengosok lubang telinga nya. Aduh banyak cekedak pula si Qhalis ni. Getus Eider dalam hati.

"Saja aku je?.. nak menyamar ni and nak tengok sama ada dia ingat aku ke tak .."

"Boleh erk macam tu.. " Pelik Qhalis dibuatnya dengan Tuan Eider ni.

"Boleh aje, tapi sebelum tu kena tak pakaian aku ni." Di tunjuk melalui pantulan dari cermin.

"Langsung tak kena Tuan! " Dengan jujurnya Qhalis berkata.

"..tuan tak boleh pakai baju macam ni." Qhalis sambung kata katanya. Sambil jari telunjuknya dituding ke arah pakaian Tuan nya.

••༺☆༻••

vote and comment 🤍

WE MEET AGAIN [OG] Where stories live. Discover now