Tubuh dipusingkan ke belakang dan berjalan mendekati ke arah Qhalis dengan riak wajar seakan marah yang dipemerkan oleh Eider ketika ini. Berdiri tepat di hadapan Qhalis sambil kening dinaikkan ke atas. Tanda kenapa?
"Kenapa dengan pakaian aku, tak kena ke? " Tanya lelaki itu dengan polos. Ingatkan nak marah ke apa rupanya bertanya kembali ke Qhalis.
Qhalis geleng kepalanya.
"So aku kena pakai yang macam mana?" Soal Eider. Lalu duduk menyandar di meja office nya dengan berpeluk tangan di dada.
Qhalis menepuk dahinya sendiri.
"Asal lambab sangat Tuan aku ni." Bisik Qhalis dalam hati.
Eider berdecit. Mengata aku la tu. Getus dalam Eider hati.
"Tuan kena la pakai baju biasa..baru nampak macam nak cari kerja, kalau Tuan pakai macam ni saya rasa Cik Bunga pun tak terima tau.. sebab tengok dari pakaian pun dia tahu yang Tuan ni dari keluarga yang kaya raya." Jawab Qhalis jelas.
Eider mengangguk. Lalu melihat pakaian yang dia kenakan hari ni dengan segaknya dia memakai kemeja putih disertakan neck tie dengan seluar slack yang berwarna hitam.
Ada betul juga kata si Qhalis ni. Memang sah Bunga takkan terima dia sebagai pekerja kalau dengan pakaian macam ni.
"Oh ya Qhalis, kau call Bunga cakap yang aku benarkan dia pakai tempat tu." Ujar Eider serius.
"Baik Tuan, saya kena call sekarang ke. " Polos Qhalis bertanya kembali ke Tuan Eider.
"Tak la esok lusa, sekarang la kau ni." Dengan suara kasar nya Eider membalas.
"Baik Tuan. " Lalu dengan lajunya Qhalis membuat panggilan.
Tup tup..
"Assalammualaikum cik Bunga." Ucap Qhalis sebaik sahaja Bunga mengangkat panggilan itu.
"Wa'alaikummussalam encik Qhalis, ada apa call saya." Jawab Bunga. Dan dia bertanya kembali kepada Qhalis.
"Saya call ni sebab Tuan saya dah benarkan Cik Bunga pakai tempat tu." Jawab Qhalis tenang.
"Haa! Betul ke ni encik." Dengan teruja Bunga berkata.
"Iyaa betul, tapi cik Bunga kena kemas sikit la tempat tu." Ujar Qhalis
"Oh ok yang kemas tu tak apa saya dengan kawan saya boleh kemas."
"Hm oklah kalau macam tu saya tutup dulu ya sebab saya ada kerja sikit ni."
"Ok terima kasih tau encik Qhalis." Ucap Bunga tersenyum. Walaupun Qhalis tidak mendapat melihat senyuman nya.
"Sama sama." Balas nya dengan suara garau. Sebelum panggilan di tutup oleh jejaka itu. Yang pasti bukan Qhalis yang jawab ucapan Bunga tadi.
Jejaka itu tersenyum gembira sambil melihat Qhalis yang sedang berdiri
di hadapan nya. Mereka berdua tadi buat pembesar suara. Segala berbualan di antara Qhalis dan Bunga sebentar tadi dapat didengari oleh Eider lalui dengan pembesar suara."Lama aku tak dengar suara kau Bunga.." Eider berkata dalam hati.
••༺☆༻••
Eh asal lain pula suara mamat ni." Konfius Bunga dibuatnya.
"Mungkin sakit tekak kot sebab tu suara dia lain tadi." Dengan husnuzon
Bunga berfikir."Kena bagitahu dekat Rora ni mesti dia yang paling happy ni." Ujar Bunga lalu mencari nama kawan nya yang dia dah save dengan nama.
My bbf aurora.
"Hello beb." Ucap Bunga dengan jeritan. Sebaik saja Aurora mengangkat panggilan nya.
Aurora menjauhkan telefon bimbit nya daripada telinga. Lalu mengosok lubang telinga dengan laju. Bingit tahu tak nasib baik tak pecah lubang telinga dia dengan jeritan Bunga.
"Boleh tak kau jangan jerit dekat telinga aku, bingit kau tahu tak!" Ujar Aurora dari corong telefon.
"Hehe sorry la Rora, aku excited sangat ni." Balas Bunga.
"Apa yang kau excited sangat ni, tak nak bagitahu aku ke." Tanya Aurora bibir muncung sedepa.
"Nak bagitahu la ni sebab tu aku call kau."
"Apa benda apa benda cepat la bagitahu aku.. tak sabar ni." Kata Rora yang tak sabar.
"Ok ok kau ingat tak orang yang nama
encik Qhalis.""Ingat lah baru semalam je kot kita terjumpa dengan encik Qhalis tu. "
"Ok tadi encik Qhalis ada call and dia kata Tuan dia tu dah benarkan aku untuk pakai tempat tu. " Ujar Bunga lalu melompat keriangan.
"Oh my god, betul ke ni Bunga." Balas Aurora.
"Iyaa."
"Bila kau nak start kemas tempat tu."
"Hmm.. maybe esok."
"Okey la kita jumpa besok, bye Bunga."
"Okiess bye Rora."
••༺☆༻••
YOU ARE READING
WE MEET AGAIN [OG]
Romantizm✦ 𝐖𝐄 𝐌𝐄𝐄𝐓 𝐀𝐆𝐀𝐈𝐍 ✦ ╰┈➤ slow update 𝓔𝓲𝓭𝓮𝓻 𝓦𝓪𝓴𝓮𝓮𝓵 ⋆ 𝓑𝓾𝓷𝓰𝓪 𝓑𝓪𝓽𝓻𝓲𝓼𝓱𝓪 Walaupun dirinya dulu pernah dibuli dan dipukul dengan teruk oleh rakan sekelasnya hanya disebabkan dia seorang yang pandai dari segi pembelajaran...