Aku tak boleh bagitahu nama aku dekat dia." Katanya dalam hati. Lelaki itu berpaling ke hadapan semula dan senyum.
"Nama saya Hafy..Hafy Wakeel." lelaki itu tersenyum kecli.
"Ouh, Hafy Wakeel kena dengan tuan badan nya." Balas Bunga sambli tersenyum manis di hadapan Hafy.
Hafy pun turut tersenyum.
"Cik pula nama apa?" Saja Hafy bertanya. Sedang kan dia sudah tahu.
"Nama Saya Bunga Batrisha, panggli Bunga je." Dengan melorak senyuman manis nya.
"Bunga, cantik." kata Hafy sambli matanya melihat wajar jelita Bunga yang tersenyum manis.
"Jangan la pandang saya macam tu malu saya tau." Bicara malu Bunga kepada Hafy. Jari di petik kuat oleh Bunga untuk sedarkan Hafy daripada terus mereung dirinya.
Bagaikan tersedar dari mimpi. Terus Hafy tersentak dan mata berkedip-kedip untuk berapa kali.
"Maaf Cik Bunga." Lalu mengaru kepala yang tidak gatal itu dengan sengihan malu.
"Panggli Bunga je, tak payah nak bercik cik dengan saya walaupun saya owner cafe ni ahaks." Ujar Bunga lalu tertawa.
"Baiklah Bunga." Balas Hafy.
Bunga mengangguk.
"Okey Hafy, awak kemas dekat belah sana.. saya dekat sini ." Kata Bunga kepada Hafy.
Hafy mengangguk dan turuti arahan Bunga.
"Awak tak cam saya ke Bunga?" Eider berkata dalam hati. Lalu dia mengambli kain kecli yang berada di meja dan mula mengelap meja tersebut dengan teliti.
••༺☆༻••
Selang berapa minit kemudian. Pintu masuk di kuak daripada luar tanda ada orang masuk ke cafe iaitu Aurora. Yang baru saja balik daripada membeli makanan di kedai.
"Awak siapa?" Tanya Aurora curiga. tiba-tiba ada lelaki dalam cafe ni pula.
"Saya Hafy, pekerja baru dekat sini and baru je tadi masuk." Jawab Hafy senada. Sambil memegang penyapu ditangan kekar nya.
"Ouhh, saya Aurora kawan Bunga." Sapa Aurora dengan senyuman.
Kau ni Aurora sama juga seperti dulu happy je. Bisik Eider dalam hati.
Aurora tahu lelaki yang berada depan mata dia ni jujur yang dia pekerja baru dekat sini. Sebab Aurora tahu yang Bunga takkan sekali bagi sesiapa masuk ke sini kecuali pekerja sahaja. Sudah diberi tahu oleh Bunga kepada dirinya terlebih dahulu.
Hafy mengangguk.
"Eh jom la makan sekali kebetulan saya ada beli lebih sikit ni." Ajak Aurora. Lalu Aurora menarik kerusi itu dan mendaratkan punggung di kerusi tersebut.
"Bunga, jom makan." Jerit Aurora kuat.
"Yaa sekejap Aurora, tak sabar sabar kau ni." Bunga lalu meninggalkan kerja dia di situ dan Bunga berjalan laju kearah Aurora dan Hafy. Dengan pantasnya Bunga duduk bersebelahan Aurora.
"Sorry Hafy..dia ni memang macam ni suka jerit-jerit." Ujar Bunga.
"Ehh aku pula..kalau Hafy nak tahu dia ni haa yang suka terjerit-jerit tau." Balas Aurora dengan muka tak puas hati.
"Tapi saya rasa dua-dua suka terjerit-jerit kan?" Kata Hafy selamba.
Terus Bunga dan Aurora melihat satu sama lain lalu memandang ke arah Hafy dengan riaksi muka terkejut.
"Wahh betul tekaan awak Hafy, memang kitorang ni suka jerit dari zaman sekolah lagi tau." Aurora menepuk tangan dengan kuat.
Tertawa besar Hafy dan Bunga sekali dengan Aurora.
"Dah la Rora jom makan." Bunga menepuk bahu Aurora.
"Rora? bukan Aurora ke?" Soal Hafy dengan kebingungan.
"Nama saya Aurora tapi si Bunga ni panggli saya Rora, katanya senang." Jawab Aurora.
"Aurora pun senang."
"Kan senang kann."
"Tak kisah la Rora ke Aurora ke janji aku panggli kau dengan nama bukan dengan nama bintang." Tutur Bunga yang sedari tadi diam.
Tertawa Hafy dan Bunga bila melihat wajar muncung Aurora.
"Nahh ni untuk kau..ni untuk aku, ni pula untuk Hafy." Ujar Aurora sambli hulur makanan itu.
Mana kala si Hafy pula hanya memandang nasi yang di beri oleh Rora sebentar tadi dengan riak seakan mahu makan atau tidak.
"Kenapa Hafy, awak tak suka ke?" Soal Aurora kerutan di dahinya.
"Bukan macam tu Aurora.. saya tak boleh makan udang." Jawab Hafy yang rasa bersalah pun ada. Orang dah belikan tapi dia pula tak boleh makan sebab ada udang.
"Lahh yeke, sorry Hafy.. saya tak tahu." Ujar Aurora dengan rasa bersalah.
Aurora tadi membeli dua bungkusan makanan untuk dirinya. Nasi goreng campur tapi dalam tu ada udang. Dan lagi satu untuk Bunga nasi papaya. Jadi total nya tiga bungkusan makanan.
"Tak apa.. lagi pun kita baru kenal kan so normal je kalau Aurora tak tahu." Kata Hafy.
Aurora mengangguk. Betul juga mereka baru saja kenal tak sampai 10 minit pun.
"Awak ambik la nasi papaya ni, awak bagi nasi tu kat saya." Ujar Bunga lalu memberi nasi itu kepada Hafy.
Tak apa ke Bunga." Tanya Hafy.
"Tak apa nasi juga kan." Jawab Bunga tersenyum.
Hafy pun turut tersenyum. Lama mata Hafy memandang anak mata Bunga. Begitu juga dengan Bunga.
"Ehem! lama betul ya korang tersenyum.. jatuh cinta ke." Usik Aurora dengan sengihan senget.
Bunga mengedipkan matanya sekali lalu berpaling ke arah Aurora yang sudah tersenyum macam karang busuk. Lalu dia menyenggol lengan Aurora untuk bagi amaran supaya berhenti mengusik.
Mana kala Hafy pula hanya mengusap batang lehernya serta bibir diketap rapat dengan perasaan malu.
••༺☆༻••
YOU ARE READING
WE MEET AGAIN [OG]
Romance✦ 𝐖𝐄 𝐌𝐄𝐄𝐓 𝐀𝐆𝐀𝐈𝐍 ✦ ╰┈➤ slow update 𝓔𝓲𝓭𝓮𝓻 𝓦𝓪𝓴𝓮𝓮𝓵 ⋆ 𝓑𝓾𝓷𝓰𝓪 𝓑𝓪𝓽𝓻𝓲𝓼𝓱𝓪 Walaupun dirinya dulu pernah dibuli dan dipukul dengan teruk oleh rakan sekelasnya hanya disebabkan dia seorang yang pandai dari segi pembelajaran...