Bunga, boleh tak hari ni saya masuk lewat sikit." Tanya Eider melalui telefon pintanya. Sebaik saja Bunga mengangkat panggilan nya.
"Kenapa awak ada masalah ke." Jawab Bunga.
"Eh tak ada la.. cuma saya ada kerja sikit." Tutur Eider sambli membetulkan rambut serta tali leher nya di depan cermin.
Dan ya memang dia ada kerja di luar cafe tanpa diketahui oleh Bunga dan yang lain. Dia kan menyamar jadi pekerja di cafe itu. Jadi memang mereka tidak tahu menahu lah siapa Eider Wakeel yang sebenarnya.
"Ouhh, boleh aje awak pun bukan selalu masuk lewat kan."
"Hm betul tu, okey la kalau macam tu saya letak dulu ek." Sebaik saja mendapat jawapan dari Bunga terus panggilan itu ditutup oleh Eider.
"Fuhh selamat.. nasib baik Bunga tak tanya macam macam tadi." Dengan lega nya Eider bernafas. Tak lama itu Eider melangkah keluar dari bilik nya. Dan menurut ke bawah untuk bersarapan bersama keluarga nya.
Semalam Puan Husna dan Tuan Raider datang ke rumah Eider untuk duduk bermalam dekat sini sebab dah lama tak jumpa dengan Eider. Nak tunggu Eider datang ke rumah mereka lambat lagi. Always busy!
"Eider, meh sini makan dulu jangan skip sarap ek nanti kena gastrik lagi." Ajak Puan Husna. Ibu kepada Eider.
Sebelum ni memang Eider pernah kena gastrik sebab selalu skip waktu makan pagi sebelum pergi ke tempat kerja dan dia akan makan bila waktu tengahari saja, selepas dari terkena gastrik tu Eider mula makan pada waktu pagi dan tak pernah skip.
Eider angguk dan senyum ke arah ibunya lalu mengambli tempat duduk disebelah kenan. Manakala si ibunya pula duduk disebelah kiri. Di tengah mesti lah si ayahnya sambli membaca surat khabar lama.
"Eider, ayah nak tanya ni, boleh." Ujar Tuan Raider. Lalu meletak surat khabar itu di tepi meja.
"Ayah nak tanya apa?" Balas Eider lalu menguap nasi goreng ke dalam mulutnya.
"Eider buat apa setiap kali sebelum pukul 1." Belum sempat Tuan Raider menghabiskan ayatnya dengan secara tiba-tiba suara batuk dari Eider menghentikan bicaranya.
"Uhuk uhuk, sorry ayah.. teruskan teruskan apa yang ayah nak tanya tadi." Sambli tepuk-tepuk perlahan dadanya.
"Eider mesti akan hilang setiap kali ayah masuk, bila ayah tanya dengan pekerja kamu..diorang cakap tak tahu sebab Eider tak bagitahu kat diorang."
"..Eider pergi mana sebenarnya coba bagitahu dengan ayah." Tutur Tuan Raider panjang sambli matanya menatap anak mata lelakinya.
Eider mengetap bibirnya. Rasa bersalah menyelubungi dalam diri Eider. Nak bagitahu ke kalau tak bagitahu nanti kang merajuk pula orang tua nya nanti. Eider menarik nafas lalu hembus dengan perlahan.
"Eider sebenarnya ada buat kerja part time dekat sebuah cafe yang ada dekat kawasan office Eider tu.. ayah tahu kan cafe yang baru buka 3 bulan lepas tu." Ujar Eider seraya matanya memandang kedua orang tuanya yang turut pandang ke arah dia.
Tuan Raider mengangguk tahu. Dia pun ada juga lalu dekat kawasan cafe tu. Tapi tak pernah masuk sebab dia rasa bukan tempat dia yang sudah
tua ini. Tempat untuk anak muda boleh lah."Tapi kenapa kamu kerja kat situ.. kamu kan dah ada syarikat sendiri." Soal dari ibunya pula. Bukannya tak boleh tapi buat penat saja kalau buat dua kerja dalam masa satu hari. Lain lah kalau Eider memang tidak berkerja langsung.
"Ya ibu, Eider tahu tapi Eider buat ni sebab ada alasan Eider sendiri." Jawab Eider dengan perlahan dan lemah lambut.
"Alasan apa tu? Tak nak bagitahu dekat ibu dengan ayah ke."
Si ayah hanya melihat wajar anak lelakinya yang sudah garu kepala dengan riak wajar macam nak erk bagitahu.
"Eider..cepat la bagitahu..." Dengan suara meleret Puan Husna menyuruh Eider lekas memberi tahu apa alasan anak nya berkerja di cafe tersebut.
"Okey Eider bagitahu."
"Ha cepat lah!" Pekik Puan Husna dengan riak wajar garang nya.
Terhinggut bahu Tuan Raider dengan Eider apabila mendengar suara pekikkan Puan Husna. Si ayah menyepak perlahan kaki Eider dengan sekali isyarat mata tanda menyuruh Eider lekas memberi tahu ke mereka berdua.
Eider mengangguk.
"Sebab Eider dah jumpa orang yang Eider cari selama ni and ibu ngan ayah pun kenal dengan dia." Tutur Eider tenang. Dia melihat kedua orang tuanya yang sedang berfikir itu.
Seakan nak bertanya tapi cuba untuk mengingat kembali.Ting. Bagaikan ada lampu mentol di atas kepala mereka berdua.
"Apa nama dia erk..tak silap ibu nama dia Bu..Bunga...Ba..trisha kan?" Ujar Ibunya seraya melihat ke arah Eider.
Eider mengangguk sekali dan tersenyum.
"Ha kalau macam tu bawa la Bunga jumpa dengan ibu ngan ayah bolehlah ibu kenal kenal dulu.. kan sayang." Puan Husna menyambung kata katanya. Dengan penuh makna ya.
"Hm bagus juga idea awak tu, rasanya dah lama tak jumpa dengan Bunga tu sejak dia duduk pindah kat luar negara kan." Tuan Raider menutur dengan sengihan.
Eider mengangguk betul.
Kedua orang tua Eider memang tahu tentang Bunga. Sebab Eider selalu menceritakan tentang Bunga kepada ibu dan ayahnya setiap kali dia balik dari sekolah. Cuma Bunga aje yang tak tahu sebab tak pernah berjumpa dengan family Eider.
Tapi Eider pernah bertemu dengan ibu dan ayah Bunga.
Dan ya. kedua orang tuanya juga tahu tentang Eider dibuli di sekolah dan hampir mengakhiri hidup nya sendiri, mereka berdua sangat sedih sebab tidak tahu akan tentang hal itu, mereka ingatkan Eider baik-baik saja di sekolah sebab bila Eider balik dia akan menceritakan aktiviti nya di sekolah, tapi rupa-rupanya Eider tidak menceritakan tentang dia dibuli di sekolah.
Namun dengan bantuan Bunga akhirnya mereka sekeluarga dapat keadilan atas kes ini. Pada mulanya mereka berdua ingin kes ini bawa ke mahkamah tapi Eider menolak sebab tak nak membesarkan masalah ini, cukup dengan membuang mereka dari sekolah itupun sudah cukup buat Eider.
Dan mula daripada itu Eider menjadi seorang perlajar yang normal dan tidak lagi dibuli dan ramai ingin berkawan dengan Eider namun Eider menolak dari berkawan dengan perlajar-perlajar itu sebab dia tahu yang mereka nak berkawan atas sebab kepintaran diri Eider dan bukan nak sangat berkawan dengan dia.
Masa Eider dibuli tak ada satu pun yang datang menolong ataupun menbantu malahnya hanya melihat dan ketawa saja.
Eider menghela nafas berat.
••༺☆༻••
YOU ARE READING
WE MEET AGAIN [OG]
Romance✦ 𝐖𝐄 𝐌𝐄𝐄𝐓 𝐀𝐆𝐀𝐈𝐍 ✦ ╰┈➤ slow update 𝓔𝓲𝓭𝓮𝓻 𝓦𝓪𝓴𝓮𝓮𝓵 ⋆ 𝓑𝓾𝓷𝓰𝓪 𝓑𝓪𝓽𝓻𝓲𝓼𝓱𝓪 Walaupun dirinya dulu pernah dibuli dan dipukul dengan teruk oleh rakan sekelasnya hanya disebabkan dia seorang yang pandai dari segi pembelajaran...