AKU nekad mahu Abang Reez lihat sendiri betapa baiknya Zahir. Aku mahu Abang Reez sedar yang selama ini dia hanya overthinking fikir kononnya lelaki-lelaki berniat jahat ke atas aku. Aku mahu buka minda dia yang kolot itu.
Aku pula memang sudah disahkan hamil. Tak puas hati check sendiri guna pregnancy test, aku siap pergi berjumpa doktor di klinik.
Ada orang dalam perut aku. Doktor sendiri dah sahkan. Yeay!
Aku yakin dalam peperangan dengan Abang Reez ini aku yang menang. Jadinya pagi Isnin itu aku gigih paksa Abang Reez ikut aku ke kolej. Aku tarik tangan dia bila dia enggan turutkan permintaan aku. Dia enggan pedulikan aku. Aku heret dia masuk kereta. Aku drive sendiri ke kolej.
Tak sabar-sabar nak jumpa Zahir dan budak-budak clique aku tu.
Oh, ya. Zahir masih belum tahu perihal kehamilan ini. Sengaja aku rahsiakan, sengaja mahu buat surprise untuk dia.
"Heya, babes!" Aku angkat tangan tinggi dan melambai.
Budak-budak geng aku sedang berkumpul dan berbual di hadapan dewan kuliah ketika itu. Mata mereka beralih sedikit ke arah aku.
Aku senyum pada mereka dan melangkah menghampiri mereka. Tapi senyuman terbantut menjadi sesaat saja. Lirikan di bibir susut bila mereka serta merta beredar dari tempat berdiri dan masuk ke dalam dewan kuliah.
Langkah aku hampir terhenti. Aku tersalah pandangkah? Di mata aku, kerlingan mereka tadi sempat kelihatan seperti jelingan. Dan mereka juga tidak membalas sapaanku.
Abang Reez senyap berjalan di belakang aku. Aku toleh seketika pada dirinya.
Dia tidak membalas pandanganku. Kekal dalam mode Silent. Adakah dia mahu kata padan muka pada aku? Diakan memang setiap masa tak senang lihat hidup aku bahagia?
Aku kembali melangkah seperti biasa. Tutup sendiri maruah yang calar di hadapan lelaki itu.
Aku masuk dewan kuliah.
Gadis-gadis yang seramai tujuh orang itu kulihat sudah duduk di lokasi biasa pertapaan kami dalam dewan ini.
Aku pergi pada mereka. Senyum semula. Kutanggalkan beg silang dari tengkuk dan duduk di barisan paling hujung.
"Panaslah lecture hall ni." Mereka berbual sesama mereka.
"Aircond tak pasang ke?"
"Entah. Sekejap aku tengok."
Salah seorang daripada mereka bangun berdiri dan menjenguk suis pendingin hawa yang terletak di belakang dewan.
"Pasang aje, tapi 24 degree Celcius." Wawa kembali duduk. Keluarkan buku dari beg dan meletaknya di atas meja. Wawa selak-selak.
"Macam ada neraka dekat sini. Tu yang panas tu."
"Tu la tu. Siapalah manusia pembuat maksiat tegar tu agaknya."
Mereka kipas-kipas muka sendiri.
"Rasa macam nak halau aje dia dari sini. Agak-agak kalau nak masuk neraka, jangan libatkan orang lain. Masuk neraka sorang-sorang aje sudah." Kata mereka lagi.
Aku gelak-gelak dalam rasa tersindir. Aku positif menganggap kata-kata itu bukan untuk aku.
"Kau orang rasa panas? Aku rasa sejuk aje hall ni." Aku cuba sedarkan mereka yang aku di sini bukan halimunan.
Tapi selepas beberapa saat bertutur, tidak ternampak sesiapa antara mereka yang peduli gurauanku. Mereka tetap mengipas-ngipas diri mereka.
"Kau study tak semalam? Dengar cerita, hari ni Doktor Yanti nak buat Quiz." Mereka berbual lagi.

YOU ARE READING
STORIETTE: OVERPROTECTIVE HERO [:FAST UPDATE:]
RomanceKalau aku mati, adakah dia pun akan mati sekali? - QAISARA