GENAP seratus hari bergelar girlfriend.
Kalau aku tahu yang bergelar kekasih ni sebahagia ini, mesti dari awal lagi aku dah confess dekat Zahir. Soalnya Zahir saja yang berani beritahu aku pasal tembelang Abang Reez tak guna itu. Zahir saja yang berani mengaku sukakan aku. Lelaki-lelaki lain pengecut.
Menyesal betul aku, dah tahun akhir Degree ni baru tersuka dan confess dekat Zahir. Kenapalah tak dari kecil aku kenal dia. Mesti lagi bahagia hidup aku.
Sejak-sejak dah rasmi jadi pasangan terhangat ni, memang kami berdua sentiasa melekatlah. Ke mana pergi pun berdua. Satu kolej dah tahu hubungan kami. Hujung minggu, aku sampaikan pernah berkali-kali tak balik rumah. Luang masa dengan Zahir saja.
Dan Abang Reez pun sampai sekarang dah tak berani kacau aku. Aku tak pulang ke rumah pun Abang Reez dah tak bising-bising. Bahkan sekarang ni, nak berselisih dengan aku pun dia dah tak berani. Takutlah tu, takut aku betul-betul bunuh diri.
Bagus betul takdir hidup aku ni. Sekarang segalanya dah mula nampak berada di atas track yang betul.
An intensely happy ending to a tragic love story, I guess?
.
.
.
AKU melambai kereta Zahir yang semakin jauh dari kawasan rumah. Lambaian untuk kali terakhir. Tak sabar nak jumpa dekat kelas esok pagi. Esok Isnin.
Selesai hilang kereta Zahir daripada pandangan, aku mendapatkan pagar rumah.
Tapi!
Sebelum itu aku mendongak dulu. Dan kemudiannya bibir lancar senyum sinis.
Pada malam ini pun Abang Reez berada di balkoni biliknya.
Sejak-sejak aku dah tak bertegur sapa dengan dia, memang itulah lokasi dia setiap kali aku pulang dari bertemu Zahir. Dia membaca buku di meja kaca lutsinar itu.
Aku buka pagar kecil. Tanpa mempedulikan Abang Reez aku masuk rumah.
Dan!
Sekali lagi aku mahu menguji lelaki itu. Aku tidak segera tutup pintu. Aku keluar semula ke laman. Dongak ke balkoni bilik Abang Reez.
Heh! Sekali lagi aku sengih sinis.
Abang Reez sudah masuk ke biliknya. Pintu balkoni sudah ditutupnya, dan biliknya gelap.
Malam ini pun dia menunggu aku dengan cara yang sama itu juga. Aku dah balik, baru dia masuk bilik.
Dia risaukan aku? Tunggu aku balik rumah?
Haha! Okey, kelakar.
Kalau dia tak mulakan perangai keji dia dulu, mungkin sekarang ni pun aku masih menjadi Cinta yang manja dengan dia. Salah dia sendiri. Dia yang cari pasal. Sekarang jangan haraplah aku nak berlembut lagi.
Aku berjalan menuju ke bilik sambil tangan mengeluarkan telefon pintar.
Kubaca semua pesanan WhatsApp yang masuk, terutama peti masuk group Girls, kumpulan WhatsApp aku bersama-sama lapan kawan-kawan perempuanku itu.
Panjang juga nampaknya perbualan mereka. Aku dah terlepas perbualan, sibuk sangat dengan Zahir sepanjang weekend ini.
Tapi memang tiada apa yang penting pun dalam perbualan mereka itu. Hanya perbincangan tentang rancangan main bowling siang tadi saja.
Kalau tak ada aku pun rasanya rancangan tetap berjalan macam biasa juga.
Aku buka pula WhatsApp personal daripada Af.

YOU ARE READING
STORIETTE: OVERPROTECTIVE HERO [:FAST UPDATE:]
RomantikKalau aku mati, adakah dia pun akan mati sekali? - QAISARA