BAB 16 🌹

445 26 0
                                    

"ISYA?!"

Perlahan-lahan Jasmine menoleh kearah mamanya. Tersengih seperti kerang busuk.

Sempat Puan Elya menjeling kearah anaknya lalu mengambil hpnya yang berada di tangan Jasmine.

Terbutang luas matanya melihat isi mesej yang di balas oleh Jasmine kepada Vano.

"What?! Kenapa Isya reply macam ni?" soal Punya Elya. Tangannya cepat2 memadam mesej itu memandangkan Vano masih diluar talian.

"Dah dia sebok nak datang sini, dah kenapa? Asyik2 rumah ni je dia tuju. Pergilah rumah jiran ke apa ke?" jawab Jasmine selamba.

Puan Elya hanya menggelengkan kepalanya sahaja. Anak siapa nih?!

"Dah! Jom teman mama masak!" ujar Puan Elya lalu melangkah pergi menuju kearah dapur.

Jasmine mengeluh berat sebelum dia bangun dari sofa dan mengikuti langkah Puan Elya.



"Maaf lah Aan, itu bukan akak yang reply. Tu haa, budak Isya tu yang reply..." Puan Elya menjeling kearah anaknya sekali lagi.

Vano tergelak perlahan sebelum dia betul2 menatap kearah Jasmine.

"Sebenarnya saya nampak aje mesej tu, cuma tak bukak. Takpe, lagipun saya tahu siapa yang reply..." ujar Vano yang masih melihat kearah Jasmine.

'Kau pandang2 aku ni kenapa? Nak kena halau ke?' getus hati Jasmine.

"Esok hari sabtu kan? Jadi, abang ada kerja di Johor. Tak tahu abang balik pukul berapa. Abang nak bawak akak sekali sebab client abang, di johor tu bini dia kawan baik dengan akak. Dia nak jumpa dengan akak kamu ni. Jadi, abang nak Aan tolong jagakan Isya boleh?" ujar Tuan Zaid lalu memandang kearah anaknya.

"Apa?! Oh no! Isya akan ikut papa okey?!" jawab Jasmine dengan nada tidak berpuas hati.

"Please, Isya. Takkan papa nak bawak Isya sekali? Papa naik moto ni..."

Terbeliak biji mata Jasmine apabila mendengar jawapan dari Tuan Zaid. 'Seriously papa?!'

"Papa?! Kenapa naik moto? Kenapa tak naik kereta?"

"Papa saja nak dating dengan mama. Dah lama tak ride, rindu rasanya pula. Lagipun, dah lama papa simpan moto papa dalam garaj tu. Tah2 dah berhabuk" jawab Tuan Zaid.

Tangan Jasmine naik memeluk tubuh tanda merajuk.

"Alaa Isya ni, bagi laa mama dengan papa berdua pula ye?" Puan Elya cuba untuk memujuk hati anaknya.

Jasmine menoleh kearah Vano yang masih menatap kearahnya. Vano mengangkat keningnya berkali-kali dengan senyumannya di bibir.

Jasmine membolakan matanya keatas.

"Hm" Jasmine hanya berdehem sahaja sebelum dia bangun dan naik ke bilik.

Puan Elya memandang kearah suaminya dan Vano. Tangan Tuan Zaid naik menggaru keningnya yang tidak gatal. Nak kena pujuk ke ni?


"Isya...sinilah salam mama dengan papa." panggil Puan Elya yang melihat anaknya yang masih berdiri di permukaan pintu sambil memeluk tubuh.

Jasmine mengeluh perlahan sebelum dia menapak keluar dari rumah dan menuju kearah mama dan papanya.

Jasmine menghampiri Tuan Zaid yang sedang memakai sarung tangan itu dengan hati yang berat. Berat untuk dilepaskan.

"Papa, jangan lama2 tau. Isya takut." ujar Jasmine. Sempat dia mengerling kearah Vano.

"Iye sayang, InsyaAllah kalau jalan ok kami sampai awal." jawab Tuan Zaid sambil mengelus lembut rambut panjang milik Jasmine.

Jasmine mengangguk sebelum dia menyalam tangan Tuan Zaid dan Puan Elya. Badan papa dan mamanya dipeluk.

Pilihan Terakhir [COMPLETE]Where stories live. Discover now