Miss Reness datang seorang je ke.. selalunya datang sekali dengan bodyguard?" Sampuk Qhalis sambil mata meliau mencari sosok bodyguard Miss Reness.
"Bodyguard i datang sekali dengan i.. tapi tadi dia cakap nak tunggu kat luar..so i seorang jela kat sini." Jawab Miss Reness seakan tidak mahu menjawab pertanyaan Qhalis.
"Eleh.. tah-tah kau yang suruh bodyguard kau tunggu kat luar kan..macam aku tak tahu perangi kau ni macam mana minah gedik!" Kata Qhalis depan-depan dekat Miss Reness.
Miss Reness senyum menyeringai.
"Excuse me tolong jaga sikit mulut kau tu boleh tak, tu bodyguard aku bukan bodyguard kau pun kan.. suka hati dia la nak duduk mana pun." Pekik Miss Reness. Dengan mata menjegilkan tajam ke Qhalis.
Miss Reness memang tidak suka langsung dengan perangi si Qhalis ni yang suka buat dia sakit hati dengan percakapan lelaki itu. Dia ingatkan Qhalis tidak duduk sekali dengan mereka rupanya dah duduk sebelah Eider dengan sengihan mengejek.
Dan betul tekaan Qhalis memang Miss Reness yang suruh bodyguard dia duduk dekat luar sebab nak spend time dengan Eider namun ada pula mamat annoying ini.
Qhalis hanya berlagak biasa dengan merenungan tajam Miss Reness.
"Miss Reness.. please perlahankan sikit suara tu, tak malu ke orang tengok ni." Ujar Eider sambil memberi isyarat mata ke Miss Reness untuk melihat disekeliling nya.
Ada berapa pelanggang yang sudah berbisik sambil melihat ke arah Miss Reness dengan gelengan kepala. Dan Miss Reness semestinya sudah malu sih.
"You salahkan personal assistant you ni.. suka buat i sakit hati tau." Balas Miss Reness lalu menyandarkan badan ke kerusi. Sempat dia mengibas rambut panjang nya ke berlakang lalu tangan bersilang di dada.
Qhalis menjulingkan matanya. Menyampah betul dengan si minah gedik ni. Semua benda nak mengadu.
"I pun rasa yang you suruh bodyguard you duduk kat luar kan." Kata Eider. Kening sebelah kiri diangkat ke atas.
"You! you pun fikir i buat macam tu kat bodyguard i." Balas Miss Reness. Riak terkejut dipemerkan di wajar.
Eider mengangguk sekali.
"Tengok.. tuan aku pun fikir benda sama tau." Qhalis bicara dengan nada annoying. Saja dia je menyakitkan hati Miss Reness ni.
Miss Reness mengemam bibirnya. Mencuba untuk menahan marah.
"Tak apa la i minta diri dulu..pasal meeting hari ni kita tunda hari lain okey, bye Eider." Miss Reness menutur seraya bingkas bangun dari kerusi. Beg berjenama dior yang berada di kerusi sebelah diambil.
Setelah kelibat Miss Reness sudah menghilang dari pandangan mereka berdua. Dengan senang hatinya mereka membuat pesanan pada perlayan yang baru saja datang untuk menghantar makanan yang dipesan oleh Miss Reness tadi.
"Tuan, siapa girlfriend Tuan?" Tanya Qhalis. Kepala berpaling ke tepi.
"Diam, makan je spaghetti tu." Jawab Eider sambil jari telunjuk tunjuk ke arah spaghetti tersebut.
"Aik? asal saya pula yang kena makan."
"Aku tak makan spaghetti."
"Sejak bila Tuan tak makan spaghetti ni.. masa kat cafe Cik Bunga tuan makan aje."
"Sebab Bunga yang buatkan..yang ni pula sebab minah gedik tu yang order so aku tak nak."
"Alah macam tu pula dah." Terus geleng kepala Qhalis dibuatnya.
••༺☆༻••
Bunga, Hafy mana? tak datang kerja ke hari ni." Tanya Aurora. Apabila langsung tak nampak kelibat Hafy sejak awal pagi tadi.
YOU ARE READING
WE MEET AGAIN [OG]
Romansa✦ 𝐖𝐄 𝐌𝐄𝐄𝐓 𝐀𝐆𝐀𝐈𝐍 ✦ ╰┈➤ slow update 𝓔𝓲𝓭𝓮𝓻 𝓦𝓪𝓴𝓮𝓮𝓵 ⋆ 𝓑𝓾𝓷𝓰𝓪 𝓑𝓪𝓽𝓻𝓲𝓼𝓱𝓪 Walaupun dirinya dulu pernah dibuli dan dipukul dengan teruk oleh rakan sekelasnya hanya disebabkan dia seorang yang pandai dari segi pembelajaran...