𝓣𝓪𝓴𝓵𝓾𝓴𝓲 𝓒𝓲𝓷𝓽𝓪𝓴𝓾 || 02

38 16 0
                                    

Sampai sahaja dirumah, tombol pintu dipulas oleh Qaisara

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sampai sahaja dirumah, tombol pintu dipulas oleh Qaisara. Dengan langkah yang perlahan, hati yang berat ditambah jiwa yang penat, Qaisara berjalan menuju ke bilik dan melabuhkan diri diatas katilnya.

"Ya Allah, Engkau pasti ada alasan kenapa hamba mesti lalui ini," ralik merenung, pintu biliknya tiba-tiba diketuk.

"Sara, kau kat dalam kan? Aku izin masuk tau?" suara sahabat baiknya, siapa lagi kalau bukan Nadierah.

"Ya, masuklah..." Jawab Qaisara dari dalam.

Tanpa banyak kata dan tingkah, Nur Nadierah terus masuk kedalam bilik Qaisara. Pintu ditutup, Nadierah melihat sahabatnya seperti tidak baik-baik sahaja.

Bukan dia tak perasan masa Qaisara balik tadi, dia tahu Qaisara dah balik dan dia pun lihat raut wajah Qaisara yang seperti sedang memikul masalah. Apalagi, terus dia pergi kat Qaisara, ingin juga dia tahu masalah Qaisara kalau sahabatnya itu sudi ingin berkongsi.

"Aku panggil kau tadi, nak ajak tengok movie sekali tapi kau jalan buat tak tahu je. Kau sedar tak aku ada kat sofa?" Tanya Nur Nadierah untuk mulakan percakapan.

"Maaf Die, aku tak perasan kau panggil aku. Kau nak tengok moviekan? Jom." Ajak Qaisara dan terus bangun dari duduknya tapi tangannya ditarik semula oleh Nadierah agar duduk kembali.

"Duduk, tak payah lah. Dah habis pun Sara." Qaisara menganggukkan kepala lalu duduk melabuhkan diri kembali.

Benar, sangkaan Nur Nadierah benar. Qaisara mesti ada masalah sekarang ni, dia memang kenal sangat dengan Qaisara bila dia bahagia bila dia sedih.

"Kau, jumpa abah kau tadi okay? Kalau kau tak kisah aku pun nak tahu abah kau bincang apa dengan kau?"

Dari tadi Qaisara menunduk sahaja, dengar sahaja soalan itu keluar dari bibir Nadierah, kepalanya terus mendongak memandang wajah Nur Nadierah yang sedang menatap wajahnya.

Senyuman manis Nadierah diberikan kepada Qaisara.

"Abah, bincang pasal aku. Abah, nak aku kahwin Die," Qaisara kembali menunduk, dia kembali lemah apabila mengingatkan siapa lelaki yang akan menjadi suaminya itu. Dia tak nak Nur Nadierah tengok wajah hodoh dia tahan nangis sekarang.

"Berita gembira tu Sara, kau pun belum berpunya sekarang. Kenapa nak sedih? It's time for you to be happy, with someone who is destined for you." Pelik, apa yang Qaisara nak sedih.

Bukan ke Qaisara pernah cakap apapun pilihan keluarga pasti yang terbaik, ini bermakna abahnya telah menemukan yang terbaik.

Qaisara memejam erat sekejap matanya, "Aku tak kisah Die kalau abah aku nak satukan aku dengan siapa sebab aku tahu, abah takkan salah pilih pasangan untuk anak-anaknya," kata Qaisara.

"Okay, jadi? Tolong straight to the point dengan aku Sara, aku confuse ni." Tambah pelik Nadierah dengan Qaisara, apa sebenarnya yang Qaisara nak bagitahu dia ni.

𝐓𝐀𝐊𝐋𝐔𝐊𝐈 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀𝐊𝐔 Where stories live. Discover now