BAB 17

58 8 0
                                    

TOMBOL pintu dipulas sebelum ditolak ke dalam. " Assalamualaikum... "

" waalaikumsalam. Eh tak cakap pun nak balik? Kalau tak, boleh lah mama pergi ambil. " kata Tengku Syaza. Tangan tua itu disalamnya dengan lembut.

" Arfan dah besar lah mama...tak perlulah sampai nak pergi jemput bagai. Dicop anak sekolah pula nanti. " kata Jibrail menjatuhkan beg pakaiannya ke lantai. Dia melabuhkan punggung di atas sofa lalu bersandar pada kepala sofa.

Tengku Syaza tersenyum.

" abang!! " jerit seorang perempuan. Lantas Jibrail menoleh. Membulat matanya melihat gadis itu berlari ke arahnya dengan riang.

" eh bila balik? " soal Jibrail bingung. Gadis itu tersenyum manis. " abang ni! Minggu ini kan cuti sekolah. Tak akan adik abang yang comel ini tak boleh balik? Auliaa rindu abang tahu! " kata Aulia. Jibrail tersenyum. Kepala gadis itu dielus lembut.

Aulia menayangkan wajah cemberutnya. Jibrail menyengih. " abang pergi mana? Empat tahun Aulia tunggu abang balik. Mama kata abang kerja. Tapi kenapa lama sangat? " nada Aulia berubah sebak dan sedih.

Jibrail memandang Tengku Syaza yang sekadar diam. Tahu, adiknya belum tahu perkara sebenar.

" lama sikit misi hari itu. Banyak musuh abang kena lawan. " tipunya. Aulia mengganguk polos. " abang tak ada luka-luka kan? "

" Aulia...kalau abang balik tanpa luka, abang bukan tentera lah namanya. " Jibrail tayang senyuman usiknya. Satu tamparan lembut hinggap di bahu lebar lelaki itu. Aulia mencebik. " abang ni! "

" Aulia...tolong abang kamu angkat beg dia. " suruh Tengku Syaza. Aulia mengganguk laju. Diangkat beg pakaian itu. Dek kerana tubuhnya kecil beg itu hampir sepenuhnya menutup tubuh Aulia. Jibrail menahan tawanya.







GADIS itu mengganguk laju. " iya, hari-hari kakak Ari datang sini bila Aulia balik dari asrama. Seronok sangat bila dia datang! " kata Aulia yang membuka cerita dengan riang.

Jibrail sekadar menayangkan senyuman manisnya. Sudah lama dia tidak merasai suasana begini. Ditemakan oleh Mama dan papa dan mendengar cerita dongeng si adik. Lucu.

" abang dengar ka tidak? "

Jibrail tersentak. Satu cubitan hinggap di pinggangnya. " aduh! " adunya. Melihat Aulia sudah memandangnya dengan tajam.

" Bazir air liur Aulia jer bercakap dengan abang ni! " marah Aulia. Jibrail menyengih suka. " abang dengar lah... "

" ya ka? Tak boleh percaya! "

Jibrail ketawa kecil. " bila pula kamu nak balik Kem? " soalan Tengku Lutfi buatkan dia lantas menoleh ke arah pemilik suara. " Arfan dapat cuti tiga minggu. Insyaallah kalau tak ada apa-apa panggilan tiga minggulah Arfan mengusik si kecil. " pipi tembam Aulia dicubit geram.

" abang!! " marah gadis itu.

Tengku Syaza menggeleng perlahan melihat gelagat anaknya. Satunya suka mengusik, satunya lagi pula suka emosi.

" ha baguslah tu. Bolehlah kita ke rumah kawan papa tu. Bincang tarikh kahwin. " kata Tengku Lutfi. Jibrail sekadar diam namun tetap mengganguk.






MAJALAH yang dipegangnya dilempar ke katil. Kepalanya diurut perlahan.

" siapa dia. Siapa dia sebenarnya? " soalnya sendiri.

Disaat si Jibrail sedang bersama keluarga. Dia pula memikirkan siapa lelaki itu sebenarnya.
Gaya percakapannya tempoh hari berubah drastis. Lain dari Jibrail yang dia kenal.

Telefon bimbit yang tergeletak di atas meja solek dicapai. Nombor Lili di dail sebelum dia mendekatkan ke cuping telinga.

" halo Lili- "

" kau dah kenapa telefon aku dua pagi?! Aku punya helok mimpi dengan tuan putera, sikit lagi aku nak sampai ke happy ending, kau dah menggangu ketenteraman mimpi aku! " jerit Lili dihujung talian sana.

Dijauhkan sedikit telefon itu dari telinganya. Sempat dia mengerling ke arah jam dinding.

2:23 a.m.

Kembali dia dekatkan telefon bimbit itu ke cuping telinganya. Boleh pekak dirinya kalau dia tidak bertindak pantas tadi.

" maaf lah ya aku mengganggu ketenteraman hidup mimpi kau tu. Tapi aku ada hal mustahak yang perlu tuan hamba ingin sampaikan. " kata Emily. Sedikit bergurau.

" mustahak apa sampai dua pagi juga nak kene call. " dengus Lili. Dia bergolek ke kiri dan ke kanan di atas katil empuknya.

" Jibrail. Dia- "

" diam! Esok lah kalau kau nak cakap pasal mamat tu! Sekarang ini, tuan puteri ingin bertemu tuan puteranya kembali. Cau! " langsung panggilan dimatikan.

" macam tu ja?! " Emily mendengus kasar. Dilemparkan telefon bimbitnya ke katil. Dia melabuhkan punggung di atas katil empuknya.






SECAWAN coffee di ambil lalu diteguk perlahan. " sedap. " komennya. Gadis dihadapannya menayang senyuman manis.

" biasa-biasa saja. Aku baru belajar. "

" baguslah tu kau cuba belajar. Cuma kau tu malas. " usik Lili.

" eh malas-malas aku pun, baik juga aku jaga dua kembar tu ha. " Eliena mencebik. Lili ketawa. Fariesha dan Faris sedari tadi bermain permainan mereka dia pandang.

" cepat betul anak kau membesar ya. "

Eliena mengganguk. " itu lah. Rasa tak puas bila dia orang dah membesar. Waktu bayi, comel saja. " kata Eliena. Lili mengganguk.

" suami kau mana? " soal Lili. " ada di belakang. Tengah kira stok kopi ". Lili mengganguk mendengar jawapan Eliena.

" Emily sihat? "

Lili terdiam.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Mr. Forest: Arfan Jibrail ✔Where stories live. Discover now