𝓣𝓪𝓴𝓵𝓾𝓴𝓲 𝓒𝓲𝓷𝓽𝓪𝓴𝓾 || 03

46 16 0
                                    

"Awak jangan risau, saya akan bagitahu nenda yang saya tak nak lanjutkan berkahwinan ni," balas Qaisara dengan wajah yang terlihat takut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Awak jangan risau, saya akan bagitahu nenda yang saya tak nak lanjutkan berkahwinan ni," balas Qaisara dengan wajah yang terlihat takut.

Matanya melihat Razaleigh, siapa sangka Razaleigh telah memandangnya dengan pandangan yang susah diteka. Senyuman mengejek ditayangkan.

"Tak payah sedaya upaya mencuba, kau pun tahu nenda macam manakan? Aku tahu kau cukup kenal nenda ni macam mana," Razaleigh tahu, nendanya itu sayang sungguh kat Qaisara Mailana, apa yang Qaisara Mailana buat pun dia tak tahu sampai nenda boleh sayang sangat kat si Qaisara Mailana ni.

"Kau tahukan yang aku takkan mampu menolak keinginan nenda termasuk dengan perkahwinan ni, jadi aku akan teruskan perkahwinan ni tapi kau kena lekatkan dalam kepala kau yang perkahwinan ni takkan didirikan atas sebab cinta,"

"Tapi didirikan atas sebab dendam. Aku akan pastikan perkahwinan ni akan menyeksa zahir dan batin kau," Razaleigh terus bangun meninggalkan Qaisara tercengang seorang diri setelah berjaya melontarkan kata-kata yang menyakitkan hati itu.

Hilang sahaja Razaleigh dari pandangan, Qaisara terus menangis. Benci sungguh Razaleigh kat dia sampai belum kahwin lagi dah ada niat untuk menyeksanya. Ya Allah, macam mana dia nak hadapi semua ni seorang diri...

Ingin saja dia mempersoalkan takdir yang ditulis, tak layakkah dia untuk bahagia? Setelah apa yang dilaluinya seorang diri, dia juga ingin merasakan bahagia lagi-lagi soal pasangan, dia nak rasakan kebahagiaan tu. Kebahagiaan yang kekal selamanya.

𓍢ִ໋🌷͙֒𓍢ִ໋🌷͙֒

"Kau dari mana Sara? Lewat balik, nak dekat pukul 10 kot." Setelah rapat menutup pintu lalu dikunci pintu tersebut. Langkah yang perlahan dibawa menuju ke Nadierah, dilabuhkan dirinya disebelah Nadierah.

"Kerja aku habis awal je cuma aku keluar ambil angin. Saja, perlukan ketenangan," Qaisara senyum tipis.

Aih, menikmati ketenangan seorang diri Qaisara ni dahlah tak ajak dia.

"Tak ajak aku pun, aku boring tau duduk rumah je," mencebik bibir Nadirah.

"Apa yang duduk rumahnya, kau pergi kerja kan harini. Ke kau tak pergi?" Serius Qaisara menatap wajah Nadierah.

"Takkanlah dah first day kerja Nadierah dah tak pergi, masa interview hari tu bukan main semangat lagi. Terbalik ni.

"Eh! Mana ada. Aku pergilah kerja harini," bantah Nadierah.

Sekarang dia dah boleh baca isi fikiran Qaisara, mesti nak kata dia pemalas.

"Dahtu? Keluar jugakkan? Bukannya duduk terperap pun, apalah kau ni." Qaisara menepuk bahu Nur Nadierah.

𝐓𝐀𝐊𝐋𝐔𝐊𝐈 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀𝐊𝐔 Where stories live. Discover now