Bab 15

50 3 1
                                    

BERKERUT dahi Iskandar melihat pintu rumah yang terbuka luas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BERKERUT dahi Iskandar melihat pintu rumah yang terbuka luas. Perlahan kakinya melangkah masuk memerhati setiap sudut rumahnya sama ada mencurigakan atau tidak.

Lantai yang basah beserta kesan telapak kaki membuatkan Iskandar bertukar kepada mood berjaga-jaga. Dengan langkah perlahan langkah diatur mengikut jejak telapak kaki. “Leeya…”

“Leeya…” sekali lagi nama isterinya dipanggil.
Darah yang menitis di sepanjang jalan membuatkan Iskandar semakin cemas. ‘Aleeya dah balik dari kafe kan waktu-waktu macam ni?’ Apabila menoleh kereta milik isterinya sudah terparkir di garaj.

“Aleeya awak dekat mana?”

Tiada sahutan dari Aleeya membuatkan Iskandar semakin berdebar. Pistol yang diselitkan di pinggang iseluar segera dicapai. Dia harus berjaga-jaga jika benar perompak atau musuh sedang menceroboh di rumahnya.

Ktak! Ktak!
Laju kepala menoleh ke arah belakang di mana dapur yang menghubung ke bilik air sebelum mengacukan pistol ke arah bunyi tersebut.

“Meow!”

“Meow!”

Terkebil-kebil mata Iskandar melihat anak kucing yang yang keluar sambil mengiaw memandang ke arahnya.

‘Anak kucing?’

“Astaghfirullahal'adzim! Is…” Terus Aleeya mengurut dadanya melihat Iskandar yang berdiri di hadapan tandas dengan wajah yang serius.

Melihat wajah terkejut Aleeya cepat-cepat pistol di tangan disimpan kembali. “Aleeya…” Iskandar melepaskan hela.

“Ya, ada apa yang berlaku?” soal Aleeya dengan wajah terpinga-pinga lagi-lagi melihat suaminya sedang memegang pistol malah sedang mengacu ke arahnya.
Tubuh Aleeya yang basah kuyup diperhati.

“Saya yang patut tanya apa yang berlaku. Pintu rumah dibiarkan terbuka luas. Lantai sepanjang jalan basah dan berlecak dan darah ni pula, darah apa?” soal Iskandar dengan wajah yang tegang. Tajam matanya menikam memandang Aleeya.

"Hah... maaf, tadi saya jumpa anak kucing dekat longkang hujung simpan kafe saya. Kesian dia kesejukan sebab hujan lebat, jadi saya bawalah dia balik. Pasal darah ni, memang darah saya, sebab tadi saya terjatuh longkang masa nak selamatkan kucing ni.” Kaki yang masih berdarah belum lagi dibersihkan ditunjukkan.

“Allahuakbar!” Iskandar cepat-cepat beristighfar. Punyalah dia risau jika ada perompak masuk ke rumahnya rupa-rupanya isterinya yang punya onar.

“Aleeya! Awak kalau tak buat sesuatu yang buat saya risau tak boleh ke?” Bergerak-gerak rahang Iskandar. Hampir gugur jantung melihat keadaan rumahnya seperti itu.

“Tapi saya kesiankan kucing ni, sudahlah hujan lebat dekat luar tu. Tak akan saya biarkan aje dia dalam longkang.”

Wajah polos dan bersahaja membuatkan Iskandar urut kepala. Jika dulu dia kenal wanita itu tampak dingin dan sangat sukar didekati. Tetapi selepas mereka bernikah wanita itu jelas polos dan suka buat sesuatu di luar jangkaan.

Hati Untuk diaWhere stories live. Discover now