ғ ᴀ ʜ ɪ ᴍ | 49

1.4K 57 3
                                    

"TAPIKAN AKU DAH MINTA CUTI SEBELUM ISTERI AKU BERANAK?"
Dengan wajah yang tegang Fahim bercakap di panggilan telefonnya. Dia menyelak rambutnya yang terjuntai ke hadapan itu ke belakang

"Aku tak tahu Fahim. Tuan suruh kau ambil alih tempat Amir sebab mak dia meninggal kelmarin"
Fahim terus menegakkan tubuhnya apabila mendengar penjelasan dari sahabatnya yang berada di pangkalan iaitu Asyraaf.

Dia mengeluh seketika sebelum dia menyambung percakapannya kembali
"Tengok lah dulu. Nanti esok aku bagi kau jawapan. Kau pun tahu lah isteri aku tengah sarat sekarang ni"
"Hm ok"

Fahim menamatkan panggilan telefonnya sebelum ia mencampakkan telefonnya itu di atas katilnya lalu dia melabuhkan punggungnya dibirai katil itu.

Pelipis dahinya di picit sebelum dia mengeluh. Bukan tidak ingin menerima arahan dari Tuannya tapi sekarang ni isteri dia sedang sarat entah-entah esok boleh terberanak

Tidak sampai hati pula ingin menolak tugasan yang perlu diambil alih olehnya apabila memikirkan tentang kematian ibu sahabatnya pada hari kelmarin. Tiba-tiba pintu itu dibuka dari luar muncullah wajah Liyanna yang sedang tersenyum nipis kearahnya lalu Fahim membalas senyuman isterinya

"Sayang kenapa naik ni kalau jatuh tangga macam mana?"
"Dah abang tu tak turun-turun. Jomlah mama ajak makan petang"
Fahim mengangguk sebagai jawapan sebelum dia memeluk badan isterinya dengan erat

"Abang ok ke? Abang tak sihat ke?"
"Give me 5 minutes please"
Liyanna mengangguk jua dengan permintaan Fahim sebelum dia mengelus-ngelus tepi kepala suaminya

"Ok dah jom turun"
Fahim terus memimpin tangan isterinya untuk menuju ke bawah

"Sayang, lepas ni abang nak cakap something dekat sayang"
"Ok"

**

   "LAMA KE ABANG PERGI?"
Soal Liyanna sambil menunduk lalu dia membawa tangannya ke perutnya yang sudah semakin membesar. Dielus perutnya dengan perlahan

"Abang tak pasti lah sayang"
Fahim turut mengelus perut isterinya itu
"Anak papa tunggu papa balik ya"

Liyanna hanya tersenyum melihat Fahim mengelus perutnya sambil bercakap
"Abang"
"Ya, sayang"

"Sebelum abang pergi Liya nak minta maaf atas segala silap yang Liya lakukan sebelum ni. Abang halalkan makan minum Liya ya. Liya minta maaf kalau Liya tak dapat nak jadi isteri yang cukup solehah untuk abang"
Setelah berkata Liyanna tunduk bersalaman dengan Fahim. Lama.

Fahim mengelus kepala isterinya sebelum dia menyeka air mata isterinya
"Abang maafkan sayang. Bagi abang sayang dah menjadi isteri yang cukup solehah dekat abang. Selama abang tak ada ni tolong jaga diri sayang ya"
Liyanna mengangguk sebagai jawapan sambil tersenyum nipis

"Jom teman abang simpan barang untuk esok"
"Jom"
Fahim menarik lengan isterinya untuk mengikuti langkahnya

**

  LIYANNA hanya menghantar kereta suaminya dengan ekor matanya sahaja. Air mata yang jatuh setitis diseka dengan perlahan. Entahlah sejak kebelakangan ini hatinya selalu berasa tidak sedap.

"Liya, Fahim dah pergi ke?"
Liyanna terus memusingkan badannya ke belakang apabila mendengar Puan Sri Sofea memanggilnya
"Dah mama baru je"

"Jomlah masuk"
"Ok"
Lalu Liyanna dan Puan Sri Sofea melabuhkan punggung mereka diatas sofa yang disediakan disitu

"Mama, Liya nak cakap sesuatu boleh?"
"Boleh"
Liyanna tersenyum manis kepada Puan Sri Sofea sebelum dia memegang tangan Puan Sri Sofea dengan erat

"Liya just nak minta maaf dekat mama sekiranya Liya ada buat mama sakit hati ke dan Liya juga nak minta maaf kalau Liya tak dapat menjadi menantu yang baik untuk mama"
Liyanna langsung tunduk bersalaman dengan makertuanya

Puan Sri Sofea hanya tersenyum manis sambil mengelus pipi sang menantunya
"Mama maafkan menantu mama yang seorang ni"
Puan Sri Sofea terus menarik tubuh Liyanna kedalam pelukannya









    Do votes and comment✨
Maaf pendek sebab otak tak boleh
nak keluarkan banyak idea hari ni🤭
TYPO ABAIKAN SAHAJA

Fahim:Attractive Husband [C]Where stories live. Discover now