BAB 15: SAILANG

7 1 0
                                    

Sambungan...

"Hah????? Kau nak bercerai dengan Raisha?????"

Serentak mereka berlima menjerit bersama reaksi terkejut memandang Eidil.

"Aku takde pilihan... Surat mahkamah dah sampai rumah."

"Astargfirullahalazim... Macam mana boleh jadi macam ni?"

Soal Fahri bersama raut bimbangnya.

"Aku takde pilihan dah..."

Air matanya langsung mengalir dari kelopak matanya yang sudah bengkak. Mereka semua hanya terdiam memerhati Eidil yang sedang menangis.

"Semua salah aku..."

Tangisannya itu membuatkan mereka di sekelilingnya menjadi pilu. Bibir masing-masing turut terkunci rapat.

"Bukan salah kau pun..."

Serentak mereka berpaling dan memandang ke arah Wafiq yang baru sahaja tiba di hadapan pondok fakulti itu.

"Semua ni salah dua perempuan tu."

Eidil memandang ke wajah Wafiq dengan perasaan tidak puas hati. Dia langsung berdiri lalu mendekati lelaki itu. Kolar baju Wafiq dicengkam sehingga mereka yang lain turun tangan untuk meleraikan ketegangan yang terjadi.

"Salah kau jugak sebab suka dekat isteri aku."

Masing-masing langsung terlopong.

"Oi, kau biar betul Eidil???"

Soal Hairy bersama riak terkejut.

"Kau fikir dengan perwatakan kau yang dingin ni kau boleh tutup semua benda ke hah??? Kalau tak kerana kes semalam, sampai mati pun kau akan simpan rahsia kau kan??? Eh, kawan jenis apa kau ni yang suka dekat isteri kawan sendiri???"

Wafiq terdiam seribu bahasa. Biarpun riak wajahnya nampak tenang, namun hatinya sudah terbit rasa gelisah.

"Aku tak sangka kau sanggup tikam aku dari belakang ya? Jadi selama ni yang kau bagi alasan dekat aku pergi fakulti Sains Sosial untuk jumpa lecturer tu kau tipu la? Kau sebenarnya nak jumpa isteri aku kan? Nak stalk dia? Tergamak ea kau buat aku macam ni? Jantan jenis apa kau ni? Sial sangat?"

Fahri langsung menghalang Eidil dari terus menghampiri Wafiq apabila tersedar sahabatnya itu hampir-hampir sahaja ingin menumbuk wajah Wafiq.

"Sampai matipun aku takkan maafkan kau!"

Jerit Eidil sekuat hati.

"Betul ke semua benda yang Eidil cakap tu?"

Soal Hairy sambil memandang ke wajah Wafiq.

"Engkau ni kenapa tergamak tikam belakang kawan semata-mata sebab seorang perempuan hah? Selama ni aku fikir kau ni lelaki yang baik tau tak. Kenapa kau jadi macam ni?"

Tangannya digenggam sekuat hati.

"Aku suka dekat Raisha dari awal aku masuk uni! Bukan masa kau dah kahwin dengan dia!"

Jerit Wafiq sambil memandang tepat ke arah Eidil.

"K–kau! Berani kau menjawab ya!"

Eidil ingin melangkah menghampiri Wafiq, namun dihalang oleh Fahri.

"Mana kau kenal Raisha ni?"

Soal Hafiy pula bersama perasaan hairan.

"Aku kenal dia masa orientasi. Dia banyak bantu aku masa tu. Sebab tu aku suka dia. Sebab dia baik."

Hafiy langsung terdiam setelah mendengar jawapan Wafiq itu. Kemudian dia menoleh memandang Eidil.

"Aku tak kiralah kau kenal dia dari awal ke, akhir ke, tapi yang kau kenal tu isteri aku tahu tak!"

EIDIL SAFWAN | EUNSEOK | 16+ [COMPLETE]Where stories live. Discover now