"DAHLIA, mari makan dulu. Nak pergi mana tu?" tanya Naurah yang sedang menghidangkan menu makan tengah hari.
"Nak pergi keluarrrr. Eh, aunty" Dahlia tersenyum manis ke arah Auliya dan Qaireen. Tangan kedua-dua wanita itu disalami.
"Lewat dah, mama. Lia nak pergi jumpa kawa- Eh? Tok ma! Tok yah!" Dahlia terus berlari ke arah kedua-dua datuk dan neneknya badan Datin Nora dan Dato' Tengku Ridzwan.
"Mama! Lia nak makan dulu lah" kata Dahlia sebelum memeluk erat lengan Datin Nora.
Seluruh isi keluarga, kawan-kawan dan saudara-mara milik mama dan papanya memenuhi kerusi di meja makan tersebut. Menu tengah hari pun dah macam makan malam.
Dahlia memerhati seluruh saudara-mara dan juga kawan-kawan mama dan papanya. Yang dia kenal hanyalah...
Uncle Daniel, Auliya, Qaireen, Damia, Qayyum, Hans, Hannah, Qaisara, Ah! Semualah. Kecuali sepasang suami isteri yang berada di samping mamanya.
"Tok ma, tu siapa?" tanya Dahlia sambil menunding jari ke arah Nadeera dan suaminya.
Datin Nora hanya berdiam diri. Masih dia ingat kisah yang pahit. Nadeera pernah menjadi musuh kepada menantunya sendiri. Namun, kini mereka sudah pun berbaik. Jadi, tidak baiklah jika asyik bergaduh, kan?
"Itu adik tiri mama Lia lah" balas Datin Nora sebelum menguyah nasi goreng. Eee! Comel betul orang tua makan! Dahlia hanya mengangguk faham.
"Ha. Sara nak kerja apa? Result SPM Sara kan cemerlang" tanya Auliya secara tiba-tiba. Qaireen sempat lagi mengerling ke arah kawan baiknya.
"Nak jadi doktor" balas Qaisara.
"Hans nak kerja apa?" tanya Qaireen pula. Kali ini, Auliya yang mengerling ke arahnya.
"Komando" balas Hans selamba.
"Hah?! Komando?!" tanya Max dan Harith serentak.
"Sesuailah kalau dua orang ni kahwin. Dua-dua tak ada masa nak bersama. Sorang tu pergi main tembak-tembak. Sorang lagi main doktor-doktor" gurau Daniel.
"Comel apa. Kalau si Hans tu cedera, si Sara boleh cucikan luka. Kalau ada orang nak buat benda tak elok dekat si Sara ni, si Hans boleh jadi perisai" ujar Max.
"Banyaklah kau punya comel. Anak aku yang jadi taruhan" balas Harith pula.
'Tolonglah jangan tanya aku... Tolonglah.... Tolonglah...' getus Dahlia.
"Lia nak kerja apa?" tanya Qaireen.
"Ultraman!" balas Dahlia selamba.
"Hah? Ultraman?" Masing-masing sudah keliru. Zafrel hanya memandang anak daranya dengan muka yang tenang.
"She want to be a photographer. Right, tulip?" Zafrel bersuara.
"Alah, papa! Janganlah bagitau! Ni nak marah ni! Nanti Lia tukar nama company papa! Dahlah nama company hodoh! Eeee! Bencilahhh!" jerit Dahlia tanpa segan-silu.
"Anak mama..."
"Tulip papa..."
Dahlia menyilangkan kedua-dua tangannya di dada. Dia berpaling ke tepi. Haih, merajuk lah tu.
"Orang dah cakap kan jangan bagitau, dia bagitau jugak. Lepastu, tak jadilah orang nak kejar cita-cita orang. Dia ni. Bencilah kalau macam ni" bebel Dahlia.
Hans yang memerhati setiap gerak geri Dahlia itu terus tersenyum dalam diam. Qaisara yang menyedari senyuman Hans itu terus menjelingkan matanya. Kalau dah suka, cakap!
"Bukan papa yang letak nama syarikat tu macam tu" jawab Zafrel.
"Tok yah yang letak. Saja nak feel feel macam duduk dekat Sepanyol" luah Dato' Ridzwan.
"Cantik sangat! Pandai tok yah fikir!" puji Dahlia. Entahlah ikhlas ataupun tidak.
DAHLIA melangkah keluar dari kereta Zara. Dia melambaikan tangannya sebelum melangkah masuk ke dalam kawasan rumah tiga tingkat itu. Daniella yang sedang berlari-lari ke arahnya dipandang dengan pelik.
"Akak! Ada duda anak satu nak masuk meminang akak!" jerit Dahlia.
Apa?! Duda anak satu?! Biar betul?!
"Kau biar betul?!" jerit Dahlia pula. Dia terus berlari masuk ke dalam rumah.
"University of Oxford" balas lelaki tersebut.
"SPM kau dapat berapa?"
"1A"
"Ekeleh ada h-"
"Yang lain semua A+" sambung lelaki itu pula.
"Berapa gaji kau? Untuk sebulan" tanya Hans. Dia dengan sengaja menekan perkataan 'sebulan'.
"Tak menentu. Tapi, diantara 10k - 30k" balas lelaki itu dengan tenangnya.
"Kenapa kau nak kahwin dengan ex crush aku?"
"Aku tak tahu kenapa. Bagi aku, dia seseorang yang istimewa" balasnya.
"Kau kerja apa?" tanya Hans lagi.
"Dah dah lah tu, Hans. Kamu dah macam seksa dia dah" tegur Naurah sebelum meletakkan dulang yang berisi air.
Senyuman manis dihadiahkan kepada lelaki itu.
"Kamu kerja apa, ya? Aunty bukan nak sindir, aunty nak tahu aje. Ya lah... Setiap ibu kan nak masa depan yang baik untuk anak-anak diorang" kata Naurah.
"Saya pelukis, aunty" balas lelaki tersebut. Kaca mata hitam dicabut...
"Mama! Mana duda t-" Kata-kata Dahlia terhenti apabila matanya bertemu dengan mata kelabu milik Haider.
Sejurus sahaja Haider melepaskan kaca mata hitamnya, barulah Naurah mengenali lelaki itu. Lelaki sama yang telah datang menghantar kuih-muih ke rumahnya dua tahun lalu. Anak kepada kawan sekelasnya ketika di sekolah menengah. Siapa lagi kalau bukan, Haider Akashah?
"Hai... Haider?" Gugup sahaja Dahlia untuk bersuara.
"Dahlia Carissa" Nama gadis tersebut disebut dalam diam. Senyuman yang penuh makna hanya diukir di dalam mindanya.
"Korang berdua kenal satu sama lain?" tanya Hans yang sudah keliru. Retak juga hatinya.
YOU ARE READING
Haider Akashah: His Bidadari (Slow Update)
Romance-Spin-off Jangan Hampakan Cintaku TENGKU DAHLIA CARISSA, seorang gadis yang lebih mementingkan kebebasan. Walaupun dilahirkan di dalam keluarga berada, dia langsung tidak tertarik dengan harta dan kekayaan. Baginya, semua itu bukanlah penentu kebaha...