𝑆𝑤𝑒𝑒𝑡𝑖𝑒♡'4

23 0 0
                                    

Di kantin.

Berbagai jenis gerai makanan menarik perhatian Hanizz Adriana dan Anisya Zufira. Tertiba perut rancak menari.

Siap membeli makanan mereka berdua menjamu selera tanpa bunyi.

Masing-masing lapar....

Yang paling ketara Anisya Zufira. Macam tak makan 3 tahun. Buat malu 7 keturunan betul budak tu

"abang kau mana? dari tadi tak nampak" air blackcurrant disedut sehingga habis. Mata beralih kepada Anisya menanti balasan. Bukan nak mengorat abang orang tapi mahu ambil barang

"dia solat tadi, kejap lagi sampai la tu" pantas Anisya membalas sebelum menyambung semula kerja makannya.

Sedap sungguh, sampai masuk pinggan kedua.

"sampai hati makan tak tunggu" tegur Hafiz Naim dengan nada merengek seakan merajuk. Bahu adiknya ditepuk perlahan sebelum tempat kosong sebelah adiknya diambil.

"laju sampai. rasanya baru tadi adik call, ni mesti sebab adik beritau Izz ada kat sini kan?" merajuk abang nya tidak dilayan malah sakan Anisya mengusik abangnya.

"suka hati kau ja buat cerita pasal aku, bilik solat tu dekat sebab tu aku sampai awal" Pipi tembam adiknya menjadi tempat melepas geram.

Hanizz Adriana diam seribu bahasa dengan usikkan Anisya. Bukan setakat Hafiz saja geram tapi Hanizz Adriana juga geram dengan perangai usikkan Anisya.

Bikin panas hati

"kau ingat aku tak tahu yang kau suka Izz dalam diam" perlahan suara Anisya berbisik kepada abangnya agar tidak dapat didengari oleh orang lain, lagi-lagi Hanizz Adriana

Namun tanpa mereka sedar Hanizz Adriana turut mendengar bisikan dua beradik itu.

'Cari pasal betul minah ni' bertambah panas suasana hati Hanizz Adriana bila Anisya tayang muka tak bersalah.

Nak bisik pun agak-agak la Anisya Zufira oii, kalau boleh dengar sampai dubai. Tunggu kau. Aku tonyoh mulut sampai lumat

"baik aku cari makan daripada layan perangai 3 suku kau ni, tak ada faedah" balas Hafiz dengan geram sebelum bangun mencari makanan. Tidak senang duduk dengan adiknya itu.

Sebelum dijadi bahan usikkan baik lari awal-awal

"Alhamdulillah kenyang" ucap Anisya sambil mengusap perutnya. 2 pinggang nasi ayam bersama 1 set chicken chop mahu tak kenyang.

Hafiz Naim menggeleng kepala dengan telatah adiknya. Bahagia la tu dapat makan.

Perempuan kan

Beralih pula kearah Hanizz Adriana yang menatap skrin iPhonenya dari tadi. Berbagai soalan bermain di pikirannya mengenai jejakanya itu.

Chat tak balas balas

Call tak angkat angkat.

Entah elok atau tidak dia sendiri tidak pasti

Anisya dan Hafiz memandang sesama sendiri sebelum berbahasa isyarat.

'kenapa tu?' soal Hafiz. Anisya yang faham akan pertanyaan abangnya hanya mampu angkat bahu tanda tidak tahu.

Sebenarnya dia tahu tapi dia sendiri tidak pasti tekaannya betul atau tidak

"kau kenapa Izz? dari tadi aku tengok gelisah semacam ja?" Akhirnya Anisya Zufira memecahkan kesunyian diantara mereka bertiga. Naik hairan dengan perangai sepupunya itu.

"Siapa lagi yang nak buatkan aku risau kalau bukan dia? dari tadi tak nampak, aku bukannya apa aku cuma...." Terhenti ayat Izz setengah jalan, bila Anisya laju mencantas

 HQQ: It's Mine SweetieWhere stories live. Discover now