𝓣𝓪𝓴𝓵𝓾𝓴𝓲 𝓒𝓲𝓷𝓽𝓪𝓴𝓾 || 04

44 16 0
                                    

Dalam sebuah bilik yang gelap dan hanya ditemani lampu tidur sahaja, membuatkan Razaleigh Shah lagi menikmati ketenangan dengan tubuhnya berbaring dikatil dan tangan kanan yang berehat diatas dahi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dalam sebuah bilik yang gelap dan hanya ditemani lampu tidur sahaja, membuatkan Razaleigh Shah lagi menikmati ketenangan dengan tubuhnya berbaring dikatil dan tangan kanan yang berehat diatas dahi.

Tiba-tiba dia mengukir senyum, cukup sinis bila mengingatkan wajah Qaisara yang menangis tadi dia rasa sangat puas hati.

Dia nampak Qaisara menangis.

"Aku boleh buat lebih dari ni lagi Sara, kau sendiri yang datang dan tunjuk yang kau tu hero depan nenda. Tunjuk yang kau tu baik sangat padahal kau wanita yang paling buruk aku jumpa. Perempuan hati busuk macam kau hanya layak hidup dengan penderitaan je dan aku akan pastikan setiap penderitaan yang kau rasa itu semuanya dari aku," sekali lagi, dia tersenyum sinis dan lebih sinis.

𓍢ִ໋🌷͙֒𓍢ִ໋🌷͙֒

"Raza, nenda nak ajak kamu pergi rumah Qaisara petang ni," berkerut dahi Razaleigh Shah, rasa hilang terus seleranya. Benda ni lah dia paling rimas, kenapa sampai nak ke rumah bagai?

"Buat apa nenda? Raza banyak kerja harini. Kita pergi next time je lagipun rumah dia tak lari," Raza mesti mengelak, walau macam mana pun dia mesti bagi alasan.

"Kenapa dengan kamu ni? Rumah Qaisara memang lah tak lari tapi apa salahnya kalau kita pergi? Bukan rumah orang lain, rumah bakal isteri kamu kan. Nenda nak kamu ikut nenda, cancelkan semua kerja kamu tu," balas nendanya.

Malas sungguh dia, nak jumpa bagai buat apa. Dia memang tak boleh nak pandang muka Qaisara, rimas!

"Raza bukan nak bantah nenda harini, tapi kerja Raza memang penting. Apa kata lain kali je kita pergi sana?" Dia mengambil kopi yang ada diatas meja lalu meneguknya perlahan.

"Kerja lagi penting ke berbanding bakal isteri kamu? Kamu lebih pentingkan kerja sangat, nanti bila dah kahwin kamu nak layan Qaisara macam ni? Nak beri perhatian kat Qaisara dengan cara kamu ni?" Soal neneknya dengan nada dan muka yang serius.

'YA!'

Nak je Razaleigh balas macam tu. Bukan setakat ni je, lebih lagi dia akan buat kat Qaisara sebab memang itu impiannya. Melihat Qaisara menderita.

"Bukan nenda, bila dah berkahwin tu dah lain la sebab Raza dah memikul tanggungjawab yang besar," loya rasa tekaknya bila cakap macam tu.

"Tapi untuk hari ni, Raza memang tak boleh nenda sebab client Raza untuk harini penting sangat. Kalau cancelkan rugilah Raza, boleh bangkrap. Nanti nak jaga Qaisara macam mana?" Sekali kali, kalau tadi dia rasa loya sekarang dia rasa nak muntah. Kenapa tiba-tiba nama Qaisara boleh terkeluar lagi sekali?

𝐓𝐀𝐊𝐋𝐔𝐊𝐈 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀𝐊𝐔 Where stories live. Discover now