JEALOUSY IN ROMANCE IS LIKE SALT IN FOOD

334 16 0
                                    

Author's POV

"Ian....talk to me...dari petang tadi you diam je.I have said like million times of sorry!!"

Andrian memakukan pandangannya pada cermin.Butang kemeja dicantumkan satu persatu.Kata kata maaf isterinya langsung tidak diendahkan.Hatinya masih terasa dengan tuduhan Seroja pagi tadi.

"Iannn..pleasee...I tahu I salah.I tak patut tuduh you bukan bukan.Im sick of her.Please talk to me."

Seperti tadi, Andrian hanya mendengar bicara Seroja seperti angin lalu.Andrian mencapai tuxedonya pula.Tuxedo disarungkan pada tubuh.

Usai menyarung pakaian tersebut, Andrian melangkah ke pintu keluar.

"Dumm"

Pintu ditutup rapat meninggalkan Seroja yang berdiri tegak dihujung katil.

Seroja terkebil kebil melihat suaminya yang berlalu sebentar tadi.Dia memandang dirinya yang masih memakai bathrobe.

Seroja bingkas mencapai gaun di dalam almari.Gaun dihamparkan di atas katil.Perang dingin yang dilancarkan oleh sang suami benar benar mendera emosinya sebagai isteri.

"Baiklah..let's see how long you can avoid me Mr.Husband"

Seroja mencapai beg berisi segala alat soleknya.Dia mula menata rias mukanya sendiri.Solekan pada bahagian mata diberi sentuhan ekstra agar matanya kelihatan galak. Usai kerja menyolek Seroja segera menyarung gaun hitam ke badannya.

Rambut palsu berwarna hitam yang panjang dan beralun disarungkan berhati hati pada kepala.

"Perfecttt!!"

Pewangi disemburkan pada nadi dan seluruh badannya.Seroja berjalan persis model di hadapan cermin.Dia tidak kira malam ini Andrian akan ditawan.Rajuk Andrian akan dihentikan.

Seroja membuka rak kasut pula.Rockstud dari Valentino Garavani disarung selaju mungkin.Dia perlu cepat.Bimbang Federa si wanita puaka menempel pada suaminya.

Clutch di atas katil dicapai segera.Seroja menghela nafasnya sebelum menarik pintu bilik.

_________________________________________

" Tapppp!!!Tappp!"

Bunyi tumit menghentam permukaan lantai.Aras atas rumah agam ini kelihatan sunyi.Jam pada pergelangan ditilik seketika.Keluhan keluar dari bibirnya.Seroja agak lewat menghadiri majlis makan malam keluarga Kobayashi.Dia seorang yang menepati masa.Rasanya ini kali pertama dia terlewat.Semua gara gara Andrian.

Ketika ingin menuruni tangga Seroja
mendengar tawa dari bilik bertentangan dengan tangga.Tawa yang benar benar menjelikkan hatinya.

"Pappp!!

Pintu dibuka kasar dari dalam.Tersembul wajah Junko dan Federa.Federa seperti biasa memakai pakaian terlalu menjolok mata.Seroja mencebik.Dia lekas lekas menuruni tangga.Tidak mahu Federa merosakkan moodnya ketika ini.Misinya cuma untuk menambat hati suaminya kembali.

"Run little bitch.Run as long as you can!I'm not gonna stop until he is mine.!!"

Jeritan Federa bergema dari atas tangga.Seroja menggelengkan kepalanya.Kalau dia tidak terlewat, sudah lama dia naik ke atas dan mencepuk wajah tidak tahu malu wanita itu barang sekali dua.

Kakinya dihayun ke arah belakang rumah agam.Majlis makan malam ini diadakan di bahagian belakang rumah agam.Dari kejauhan Seroja melihat laman yang sederhana luas dipenuhi oleh jemputan.Seroja berdiri seketika dibingkai pintu.Matanya melilau mencari Andrian.Pandangan mereka bersatu.Andrian turut melihat Seroja.Tidak pula Andrian menggamit Seroja untuk menghampiri dia malah lelaki itu meneruskan perbualannya bersama beberapa orang lelaki.

FORCED TO BE HIS ( COMPLETE )Where stories live. Discover now