9 : Pengadilan

10 3 5
                                    

Dengan bukti yang ada, mereka semua dapat membuka semua kes kematian Medina. Didapati bahawa pembuli yang dimasukkan ke juvana kerana dituduh sebagai pembunuh hanyalah kambing hitam.

3 hari berlalu dan kes dibawa ke mahkamah. Menggunakan rakaman yang ada sebagai bukti, Cikgu Syazwan akan dipenjarakan seumur hidup. Dia telah merampas kesucian Medina dan mengambil nyawa gadis malang itu.

Tidak lupa juga Doktor Sarah yang memalsukan maklumat bedah siasat Medina. Dia dipenjara 10 tahun. Talia, Maria dan Suraya kini telah berusia 18 tahun dan dihukum penjara 5 tahun.

"Megat, ini pengadilan untuk kakak kau." Ain berkata sebaik sahaja mereka keluar dari mahkamah.

"Terima kasih, Ain. Kau buat sesuatu yang sepatutnya aku buat. Sekarang arwah mesti dah tenang di sana." Wajah Megat tenang, tidak lagi serabut dan baran seperti selalu.

"Kak Haura, berdamai dengan realiti ya? Memang susah tak terima bila kita rasa kita salah... Tapi Allah dah tentukan untuk segalanya terjadi. Kak reda tau?" Ain mengusap lembut tangan Haura.

"Selama ni akak takut nak bersuara sebab tak ada bukti. Terima kasih Ain, terima kasih semua sebab tegakkan keadilan untuk Medina." Haura memeluk Ain erat. Air matanya tumpah untuk kesekian kali.

"Tengku Medina Zulaikha deserve justice. Walaupun takkan bawa arwah kembali ke dunia, tapi sekurangnya kita dapatkan keadilan dan satu dunia tahu kebenarannya." Zik menepuk bahu kakaknya, memujuk.

"Sudahlah adegan banjir tu. Ain kena pergi check up, kita orang pun nak pergi tengok Aiden ni." Qizz segera menutup mulut Fatihah.

Haish! Kacau salah scene!

"Haa, pergilah. Nak akak tolong hantar?" Tanya Haura. Air matanya diusap kasar.

"Tak apalah, biar aunty je bawa dia orang ni Haura. Lagi pun, tu muka-muka bawa motor tak ada lesen kecuali Ija. Kami dah biasa gerak sama-sama." Tuan Emelda mengusap lembut kepala Haura.

"Hmm, saya balik dulu. Jaga Zik ya aunty, ibu kami kata kalau dia degil tibai je guna hanger. Emm ni ibu ada bekalkan hanger sekali." Haura mengeluarkan hanger dari beg sandangnya.

"Haa ya lah. Fatihah, simpankan hanger ni untuk aunty." Hanger dihulurkan pada Fatihah. Fatihah apa lagi, macam kera dapat bunga lah.

"Apa kejadahnya kak oi!" Merah wajah Zik. Dahinya diurut perlahan.

"Tanya mak. Mak suruh, aku ikut je." Haura dengan wajah tak bersalah masuk ke dalam kereta.

"Gerak dulu, Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam. Haa kita pun marilah bergerak ke hospital ya anak-anak terlebih gula. Ija dengan Tiha satu motor kan? Hati-hati. Yang mana naik dengan aunty jom. Yang lain tu aunty dah order kan grab." Tuan Emelda menarik lembut tangan Ain. Mereka semua bergerak ke kenderaan masing-masing.

Di sekolah bolehlah tak ada lesen, pergi hospital ni susah sikit. Maka perlulah mereka tahan niat nak bermotosikal.

Sesampainya mereka di hospital, Fahim, Ija dan Qizz terlebih dahulu berlari ke tandas. Ain bersama Tuan Emelda pergi ke ruangan pemeriksaan. Yang lain pergi ke kafeteria sementara menunggu waktu untuk melawat Aiden.

Dan kini, Ain berdiri di hadapan pintu wad peribadi Aiden. Yang dia tidak pernah jejaki selama ini.

"Masuklah. Aku teman." Qizz memegang tangan Ain.

"Assalamualaikum..." Perlahan pintu wad ditolak.

"Waalaikumussalam. Eh, Ain. Qizz pun ada. Marilah masuk." Tengku Mellisa tersenyum ramah.

Ain dan Qizz menyalami tangan wanita itu.

"Tu, Aiden tengah termenung macam biasa. Kamu berbuallah, aunty tunggu di luar." Tengku Mellisa menepuk bahu Ain. Dia melangkah keluar, meninggalkan tiga sahabat itu.

"Aiden. Aku ni, Ain. Kawan kau dari lahir." Ain melutut di sisi Aiden yang berkerusi roda.

"Ain...?" Wajah putih itu kelihatan polos dan kebingungan.

"Ya. Tuan Ain Irrisa, sahabat Tengku Aiden Idris." Ain menahan rasa sebak melihat Aiden tidak mengenalinya.

"Ain... Siapa Helena Marissa? Aku... Teringat nama tu," tanya Aiden, dengan wajah kosong. Ain terkedu mendengar nama yang meluncur dari mulut Aiden.

Sepupunya, juga pembenci abadinya... Helena Marissa.

"Itu... Sepupu aku. Hahaha," jawab Ain, dengan teragak-agak.

"Oh..."

"Aiden, aku dah gunakan kemampuan aku lagi. Sekarang aku boleh guna 2 kali je lagi. Maaf sebab langgar janji. Maaf sebab degil... Tapi ini je cara untuk dapatkan pengadilan." Ain berbicara seolah Aiden mengingati semuanya.

Dia tahu Aiden lupa, tapi biarlah.

"Ain, aku... Tak ingat apa-apa. Aku tak ingat kita. Aku cuma ingat ibu, Helena dan... Bloody Moon?"

Ain terpempan.

Mengapa harus Aiden mengingati masa lalu yang itu?

"Lupakan Bloody Moon. Itu masa lalu yang kelam. Kita dah tinggalkan semua tu. Kita sekarang Setalamz, sekumpulan orang-orang random yang berjumpa secara random dan sama-sama menikmati kehidupan bersahabat. Menyokong satu sama lain. Sekejap bermakna selamanya." Panjang Ain berbicara. Qizz menepuk bahu Ain perlahan.

"Sabar Ain. Jangan paksa Aiden, dia belum sihat sepenuhnya," ujar Qizz.

"Sorry. Aku cuma rasa bodoh bila tahu yang kawan aku sejak kecil dah tak ingat apa-apa tentang aku, keluarga, kawan dan... Segalanya." Ain kalah dengan perasaannya. Air mata tumpah membasahi pipi mulus Tuan Ain Irrisa.

"Bukan salah kau, bukan salah Aiden, bukan salah sesiapa. Ini semua takdir," pujuk Qizz.

Di luar wad...

"Macam mana keadaan Aiden, Mel?" Tuan Emelda bertanya.

"Tak tahulah nak cakap apa. Dia sihat, tapi memori dia... Yang dia ingat cuma aku, Helena dan Bloody Moon." Tengku Mellisa mengeluh.

"Helena...? Helena Marissa?" Membulat mata Tuan Emelda.

Buat apa mengingati anak saudaranya yang biadab lagi tidak diperlukan itu?

"Aku risau Helena pergunakan dia nanti. Kau sendiri tahu budak tu macam mana," ujar Tengku Mellisa seraya menggeleng.

"Anak saudara aku tu. Mestilah tahu. Ular licik sebiji macam mak dia. Padahal umur baru 16 tahun." Jelas kemarahan Tuan Emelda masih ada terhadap adik ipar dan anak saudaranya.

Kerana ular licik berdua itu, adik lelakinya harus sakit dan kecewa.

Ain keluar dari wad itu bersama Qizz. Jelas wajahnya kepenatan.

"Aunty balik dululah ya. Nanti kamu semua ibu bapa jemput, kan? Balik elok-elok. Mel, temankan dia orang ni. Kesian Ain, lemah lagi badan dia ni." Tuan Emelda merangkul tubuh Ain.

"Haa, kau baliklah. Aku jaga budak-budak hyper ni. Jangan risau, dia orang ni anak aku juga." Tengku Mellisa tersenyum.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

Setalamz : Nanti...Where stories live. Discover now