Prolog

2 0 0
                                    

Present, 2022

"Iris. Boleh panggil Iris." Wanita itu berkata sambil mengukir senyum dengan harapan dapat menutup rasa gugupnya apabila bertemu dengan orang-orang yang akan menjadi rakan sekelasnya untuk sepanjang semester itu. Dia memandang seluruh ruang itu, meneliti setiap raut wajah mereka. Satu persatu dia teliti tanpa terlepas satu pun.

Dan matanya terpaut pada seorang lelaki yang duduk tidak jauh darinya. Lelaki itu mempunyai iras seperti kacukan cina dengan kulitnya yang putih dan mata sepetnya yang dilindungi dengan cermin mata berbingkai bulat. Satu sahaja fikirannya ketika itu.

'Such my type.' Iris terleka sebentar sebelum dia menumpukan semula pada seorang wanita yang sedang memperkenalkan dirinya.

Sekejap-sekejap matanya tertumpu semula pada lelaki itu. Entah kenapa lelaki itu seperti menariknya untuk memerhatikan dirinya. Mungkin aura lelaki itu yang sangat diminati wanita. Atau mungkin juga kerana lelaki itu juga seperti memandang ke arahnya.

"Ariq Zafran. Panggil Ariq." Giliran lelaki itu tiba dan Iris rasa terganggu apabila Ariq seperti berkata kepadanya apabila mata mereka bertentangan semasa dia memperkenalkan diri.

Iris segera mengalihkan pandangannya selepas teringat apa yang dia janjikan pada dirinya sebaik sebelum dia menjejakkan kaki ke tempat ini. Janji yang dia betul betul ingin tunaikan tetapi kedatangan lelaki ini seperti membuatkan dia ingin buang janji itu jauh dari dirinya.

Dia telah berjanji pada dirinya sendiri untuk tidak mula jatuh suka pada mana mana lelaki sekali pun kerana dia sudah penat melayan karenah lelaki yang dia rasa entah apa-apa. Itulah janjinya.

Sebaik sahaja semua orang sudah memperkenalkan diri sendiri, mereka mula bermain beberapa game yang boleh 'merapatkan' lagi hubungan mereka. Dan lama-kelamaan, dia seperti terlupa apa yang difikirkannya tentang lelaki itu tadi.

Future, 2023

"Iris, Nuf. Nuf, Iris. Nuf junior bawah kita. Iris classmate aku." Iris dan Nufail bertukar pandangan tanpa mengetahui apa yang akan jadi pada mereka di masa hadapan.

Kita Where stories live. Discover now