Berkali-kali Adra menggosok kedua-dua belah matanya. Biar betul?! Tak! Tak mungkin! Macam mana...?Tiba-tiba dia selubungi rasa takut dan keliru. Kit ujian mengandung dicampak jatuh di atas lantai tandas tak jauh dari dia. Ianya bergaris dua merah.
Adra terduduk di atas mangkuk tandas yang bertutup. Mulutnya ditekup tanda tidak percaya. Dia menggigil. Resah. Ah, rasa sesak di dada mula menghimpit diri. Dahinya tak berhenti-henti berkerut.
Macam mana boleh positif? Tak mungkinlah selama hampir 3 bulan tak datang bulan, dia mengan— . Ya, pada mula dia beli kit ujian itu hanya mahu periksa suka-suka kerana sudah lama dia tak datang bulan. Perutnya juga asyik rasa tak selesa saja. Seringkali rasa sebu.
Tak sangka pula...
Sumpah, tak mungkin! Adra menepis segala sangkaan negatif. Kit ni dah rosak! Atau mungkin ada masalah lain?
Ya, pasti ada masalah lain. Takkanlah tiba-tiba ada isi? Mana datang mengandung jika tiada pasangan? Kahwin pun tidak? Masih sekolah pula tu! Gila!
"Adra. Adra." Tiba-tiba rasa lengan disenggol Sariyani yang duduk di sebelah mejanya. Suara Sariyani juga kedengaran perlahan seperti berbisik. Kini dia berada di dalam kelas.
"Ya?" Adra menoleh. Kening diangkat hairan.
"Madam Fatihah soal kau tu. Kau tak dengar ke?" Bisik Sariyani. Spontan kepala Adra terarah kepada seorang tenaga pengajar perempuan lewat lewat 30-an sedang merenung redup ke arah dirinya.
"Adra, are you okay? Saya perasan awak asyik mengelamun sejak saya masuk. Awak langsung tak fokus seperti hari biasa." Soal Madam Fatihah, guru subjek Biologi.
"I am sorry, madam. Izinkan saya ke tandas sekejap." Pinta Adra sambil berdiri. Tiba-tiba dia rasa mual.
Iris mata Sariyani mengekor musykil setiap gerak-geri Adra hari ini. Rakan semejanya itu sudah pun keluar dari kelas setelah dapat pelepasan dari Madam Fatihah.
——
"Adra, kau okay?" Entah berapa puluh kali dia bertanya soalan sama kepada rakannya itu. Sudah seminggu Sariyani nampak Adra kelihatan seperti kusut.
Prep malam sudah pun berakhir. Semua penghuni asrama telah masuk ke ruang bilik masing-masing untuk berehat dan tidur. Adra letak beberapa buah buku di atas meja belajarnya.
Tiba masa untuk dia tidur.
"Aku okay." Pendek Adra. Dia melabuhkan duduknya di atas birai katil sebelum berbaring. Selimut yang terlipat kemas di hujung katil dicapainya.
Sariyani mengeluh berat. Jawap sepatah-sepatah macam ni kata okay? Okay celah mana? Adra yang dia kenal bukan begini. Rakannya itu seorang yang sangat ceria dan juga periang.
"Tak. Aku tak rasa kau okay. Kau mesti ada sorok something dari aku. Kau tak nak story ke?" Tanya Sariyani ingin menggali rahsia yang selama ini dipendam Adra seorang diri.
"Aku okay, Sari. Don't worry about me." Jawapan sama Adra itu sungguh tidak memuaskan hati Sariyani. Beberapa buah buku yang dipeluk Sariyani tadi kini dihempas di atas meja.
Adra berbaring membelakangi rakannya itu mula menoleh ke arahnya hairan.
"Kau kenapa hempas-hempas buku?" Soal Adra berkerut. Sariyani gigit bibir. Menatap geram iris hazel Adra.
"Aku ada buat salah dengan kau ke?" Soalan berbalas soalan. Adra kembali baring menghadap dinding.
"Tak ada, Sari." Respon Adra mendatar.

ANDA SEDANG MEMBACA
My Beautiful Moon [OG]
RomanceLuth Erden x Dr. Adra Roselle 🕊️🥀 "Encik Luth. Saya tak suka awak panggil saya signorina, Roselle atau Bidadari atau what so ever. Tolonglah. Hormat saya." "But Roselle is your name, Roselle." "Saya tak suka." "Tapi saya suka." "Encik Luth Erden...