"Awak abang pelajar ni ke?""Oh, tak. Saya bukan abang dia." Kepala digeleng laju.
"Habis tu? Teman lelaki? Atau suami?"
Habis jatuh rahang Luth apabila ditebak seperti itu. Teman lelaki? Suami? Peh! Jauh lagi nak pegang kedua-dua title tu.
"Lagilah bukan. Saya tak kenal dia. Kebetulan saya nampak dia jatuh pengsan di tepi jalan." Ringkas dan padat penjelasan Luth. Namun dia perasan akan dirinya seperti dipandang serong oleh jururawat perempuan tersebut.
Dah kenapa pandang macam tu?
"Baiklah kalau macam tu. Sekejap lagi doktor masuk bagi penjelasan."
"Bagi penjelasan kat saya ke? Tapi saya tak kenal pun perempuan ni. Rasanya saya tak perlu tahu apa penyakit dia."
"Tapi awak yang bawa dia ke sini. Jadi awak diminta tunggu doktor masuk sementara parents dia belum sampai." Setelah itu jururawat keluar dari bilik kecemasan zon hijau.
Luth menyebak rambutnya ke belakang sehingga menampakkan dahi sambil membetulkan beg selimpang di tubuhnya. Kedengaran dia merengus. Kerusi kosong dia tarik merapati sisi katil dan dia hempas punggung di atas muka kerusi kasar.
"Aduhai. Aku dahlah nak cepat. Stuck pula kat sini. Perempuan ni pula tak reti nak bangun-bangun." Rungut dia berdecit kecil.
Sesekali hujung matanya melirik ke arah Adra yang terbaring pucat di atas katil. Kelopak mata yang dihiasi bulu mata panjang dan lentik itu masih tertutup rapat. Branula pula tercucuk kemas di belakang telapak tangan kanannya. Bersambung dengan beg air yang tergantung di sisi kepala katil.
Terimbas kejadian tengahari tadi, gadis itu seperti sengaja berlanggar bahu dengan dia semasa berjalan di kaki lima deretan premis bangunan di bandar. Dia yang tinggi lampai macam ni pun tak nampak ke sampai boleh berlanggar? Mahu saja Luth menempiknya kuat namun tak sempat.
Adra terlebih dahulu meminta maaf berkali-kali kepadanya tanpa menoleh dan meneruskan langkah yang sugul.
Pelik. Dia berjalan penuh longlai. Tak bermaya. Pandangan juga nampak kosong seperti tiada hala tuju. Sehingga dia hampir kena langgar dengan sebuah kereta semasa dia ingin melintas. Nampak benar dia tak tengok kiri kanan. Main pakai jalan aje.
Mujur Luth nampak. Pantas dia berlari dan tarik tubuh kecil Adra ke tepi jalan raya. Sempat juga dia herdik dan marah pada gadis itu sebelum dia terjelepok tidak sedarkan diri di tangan Luth.
Gila ke?! Sudahlah dia langgar bahu orang, lepastu dia pula mahu dilanggar dengan kereta pula?! Tambah lagi, dia pengsan. Bertubi-tubi ujian menimpa Luth.
Aih, bala apa ni?
Oh, Luth yang duduk di kerusi di sisi katil mula buka beg yang berselimpang pada tubuh sasanya itu. Sekeping gambar ultrasound milik perempuan itu dia keluarkan. Dia tatap lama sebelum pandangan beralih pada Adra semula.
Dahi berkerut.
Hurm, gambar apa ni? Macam bentuk janin pun ya.
Sedang dia ralit belek-belek gambar tersebut, tiba-tiba keping gambar itu direntap kasar. Luth terkejut! Dia lihat gadis di hadapannya sudah sedar. Terkocoh-kocoh dia sorok gambar ultrasound itu masuk ke dalam beg.
"Kau..dah sedar?"
——
"Luth. Kenapa duk kuis-kuis aje nasi tu? Fikir apa dari tadi?" Encik Hisyam menegur.
"Tak ada apa, abah."
"Kalau tak ada apa-apa, makan. Bukan buat main. Rezeki tu. Tak baik buat macam tu." Tegur si ayah.

ANDA SEDANG MEMBACA
My Beautiful Moon [OG]
Roman d'amourLuth Erden x Dr. Adra Roselle 🕊️🥀 "Encik Luth. Saya tak suka awak panggil saya signorina, Roselle atau Bidadari atau what so ever. Tolonglah. Hormat saya." "But Roselle is your name, Roselle." "Saya tak suka." "Tapi saya suka." "Encik Luth Erden...