BAB 20: LUKA

2 1 0
                                    

Sambungan...

Puan Haryati mula memandang ke arah pintu pagar rumah setelah terdengar bunyi enjin kereta. Paip air ditutup dan getah paip di letakkan di atas lantai. Tangannya yang basah di kesat di bajunya beberapa kali.

"Wafiq... Makcik ingat siapa tadi... Sebab kereta lain."

Wafiq yang tersenyum manis mula menutup pintu kereta Honda Civic-nya. Kebiasaannya dia akan membawa kereta Honda CRV milik ibunya. Kini dia membawa kereta baru yang dibeli oleh bapanya. Bapanya memberikan kereta tersebut kepadanya.

"Assalamualaikum makcik..."

"Walaikumsalam... Taknak parking dalam rumah ke?"

"Takpelah makcik... Luar pun takpe..."

"Jap makcik bukak pagar."

"Raisha mana makcik?"

"Ada je dekat dalam... Elok jugaklah Wafiq datang... Nasihat sikit Raisha tu, dia tu selalu skip makan. Makcik pun tak tahulah kenapa..."

Wafiq langsung mendiam.

"Wafiq tidur sini ke? Ke balik jugak ke KL hari ni?"

"Saya dah booking hotel. Tidur hotel je. Lusa balik. Memandangkan lusa takde kelas."

"Ohhh... Okay la tu. Nanti bawak la Raisha keluar. Dia tu asyik berkurung je kat rumah. Makcik ajak dia keluar dia taknak. Tak tahulah kenapa dengan dia tu. Tak faham jugak makcik. Nak marah-marah karang takut dia merajuk pulak. Maklumlah tengah mengandung. Emosi tak stabil."

"Insha Allah makcik."

"Tu kereta baru ke?"

"Erm. Papa bagi dekat saya."

"Ohhh... Patutlah tak pernah nampak."

Wafiq hanya tersenyum.

"Jomlah masuk."

Mereka berdua mula masuk ke dalam rumah. Kawasan rumah diperhati seketika. Bersih. Biarpun di rumah tersebut cuma dihuni oleh dua orang.

"Wafiq tunggu kejap, makcik panggil Raisha. Dia dalam bilik."

Wafiq langsung mengangguk. Kemudian dia memerhati seketika suasana di ruang tamu rumah. Biarpun serba sederhana, namun rumah tersebut terlihat bersih dan tenang.

Setelah muncul sahaja Raisha dari pintu bilik, dia mula melangkah ke arah Wafiq di ruang tamu. Wafiq hanya tersenyum nipis memandang wanita itu.

"Awak okay tak? Sihat?"

"Ermmm... Camnilah..."

Raisha melabuhkan duduk perlahan-lahan di atas sofa. Keningnya berkerut sedikit kerana terasa lenguh di bahagian pinggang.

Anak mata Wafiq jatuh di perut Raisha. Semakin besar perut itu memandang kandungan sudah hampir 7 bulan. Kemudian dia memandang ke wajah Raisha. Seperti biasa, seri ibu mengandung sentiasa terhias indah di wajah wanita itu.

"Ni, saya ada bawak buah tangan. Nanti makanlah dengan mama awak."

"Susah-susah je..."

"Tak susah la... Kebetulan singgah tadi kejap."

"Awak takde apa-apa aktiviti ke hari ni?"

"Takde... Sebab tu saya datang sini jumpa awak."

Raisha mengeluh kecil.

"Saya rasa macam saya susahkan awak pulak. Yelah, sanggup awak drive jauh-jauh dari KL ke sini hampir setiap minggu semata-mata nak jumpa saya."

"Tak susah pun... Bukan jauh sangat... Dalam 3 jam je..."

EIDIL SAFWAN | EUNSEOK | 16+ [COMPLETE]Where stories live. Discover now