Macam mana Bunga tahu yang tu syarikat saya punya." Kening dinaikkan ke atas. Dia belum bagitahu lagi tentang syarikat the royal ace itu pada Bunga. Yang itu difikirkan kemudian.
"Sebab Bunga selalu nampak Eider keluar masuk dekat bangunan tinggi tu.. setiap kali Bunga lalu dekat situ." Jelas Bunga.
Bunga memang selalu nampak kelibat Eider yang selalu keluar masuk dekat bangunan tinggi itu. Tapi dia buat derk aje sebab malas nak cakap biar Eider sendiri yang terus terang dengan dia nanti.
Lagipun Eider masa tu kan pekerja dia. Jadi Bunga hanya diam saja jela.
Jarak dan kawasan diantara cafe Bunga dengan syarikat Eider tidak lah jauh sangat hanya mengambli masa 30 minit saja kalau berjalan kaki la.
"Okey, tapi persoalan nya.. boleh jadi orang lain punya tau..sebab ramai je yang keluar masuk kat dalam syarikat tu." Eider menyoal.
"Fikir logik lah erk..mana ada orang keluar ada banyak bodyguard dekat tepi lepastu ada personal assistant juga kat tepi.. siap bukakan pintu kereta lagi, kalau orang lain mana tak ada semua tu." Bebel Bunga panjang.
"Yeke..kalau orang lain punya macam mana tu?" Saja aje dia nak mengusik Bunga.
"Syarikat tu memang awak punya kan." Geram Bunga dibuatnya.
"Hehehe, memang syarikat saya pun." Balas Eider selari mengangguk.
"Kan senang bagitahu je tadi, ni tak banyak bunyi betul lah." Bunga tayang muka marah.
"Saja aje jangan lah marah, budak comel tak boleh marah-marah tau nanti tak comel.. macam sekarang ni." Jari telunjuk dituding ke arah muka Bunga.
Muka marah Bunga menbuatkan dia tertawa suka. Asal comel sangat ni!marah pun comel!
Angau dah si Eider ni.
Bunga menjuling mata ke atas.
"Esok datang tak, cafe." Kembali normal.
"Datang lah macam biasa."
"Awak tak penat ke buat dua kerja." Bunga masih memandang wajar kacak Eider.
"Mesti la penat.. tapi bila saya jumpa awak.. penat saya terus hilang bila tengok awak yang cantik ni." Eider menutur dengan ayat-ayat manis nya.
Ketawa Bunga apabila mendengarnya ayat-ayat manis dari Eider. Tapi dia suka!.
Seseorang berdehem. Terus kepala mereka berdua berpaling ke belakang untuk melihat siapakah empunya suara itu.
"Assalamualaikum, maaf ya ganggu kalian..saya mahu tanya dimanakah pintu masuk rumah ini ya.. sebab dari tadi lagi saya cari tapi gak jumpa-jumpa sih." Ujar Qhalis dalam bahasa indonesia.
"Waalaikumussalam, yang kau ni dah kenapa tiba-tiba cakap indo.. pintu sebesar tu takkan kau tak nampak?" Balas Eider lalu tunjuk ke arah pintu masuk.
Qhalis tersengih saja.
"Baru lepas marathon citer indo sih."
Bunga yang berada disitu pun hanya gelak ayu saja.
"Ah lagi satu sorok-sorok sikit ada Aurora sekali kat dalam tu." Pesan Eider.
"Baik Pak." Kata Qhalis sebelum menapak pergi dari situ.
"Haih macam-macam Qhalis ni." Eider geleng kepala.
"Ehh sekejap..dia?" Bunga pandang Eider. Lalu memusingkan tubuhnya belakang untuk melihat orang tadi itu.
"Nama dia Qhalis..yang asyik tenung Aurora waktu kat cafe haritu."
YOU ARE READING
WE MEET AGAIN [OG]
Romance✦ 𝐖𝐄 𝐌𝐄𝐄𝐓 𝐀𝐆𝐀𝐈𝐍 ✦ ╰┈➤ slow update 𝓔𝓲𝓭𝓮𝓻 𝓦𝓪𝓴𝓮𝓮𝓵 ⋆ 𝓑𝓾𝓷𝓰𝓪 𝓑𝓪𝓽𝓻𝓲𝓼𝓱𝓪 Walaupun dirinya dulu pernah dibuli dan dipukul dengan teruk oleh rakan sekelasnya hanya disebabkan dia seorang yang pandai dari segi pembelajaran...