AKU ni, mimpi pun tak mahu kasi can.
Orang lain kemain berfalsafah, 'realiti tak seindah mimpi.' Sekurang-kurangnya mimpi dia orang indah.
Tiba tang aku, mimpi aku sendiri pun mengkhianati aku. Kejam dunia nyata, kejam lagi alam mimpi aku.
Kenapa?
Boleh pula malam ni aku pergi mimpi Zahir bunuh aku. Tapi Zahir dilepaskan daripada hukuman mahkamah lantaran tidak cukup bukti. Zahir berparti tujuh hari tujuh malam celebrate.
Lepas tu Zahir diangkat jadi presiden Amerika menggantikan Joe Biden. Lepas tu dia jadi manusia terkaya di bumi, lepas tu kahwin dengan isteri Barack Obama dan ada anak.
Lepas tu dia hidup bahagia. Happily ever after.
Tak guna punya mimpi. Ptuih!
Aku mengeluh berat. Pasrah dah hidup aku ni. Kucelik dua mata.
Gelap di hadapan aku.
Aku hela nafas dalam. Cari semangat sat.
Wangian tubuh lelaki meresap di deria hidu aku. Aroma maskulin lagi harum. Aroma kacak.
Dek aroma itu, dengan ajaibnya aku rasa ketenangan jadi milikku. Aku eratkan pelukan pada bantal peluk. Aku betul-betulkan letak kepala di atas bantal.
Anehnya bantal peluk dan bantal kepala aku pada malam ini terasa kental. Tidak gebu seperti biasa.
Terganggu, aku angkat kepala yang tadinya menyembam di dada bantal peluk. Aku dongak.
Terkebil-kebil aku di tengah kegelapan itu bila wajah terasa ditampar oleh nafas hangat seorang lelaki.
Aku pejam celik mata, hinggalah mata aku sebati dengan kegelapan.
Rapat di hadapan wajah aku, adalah wajah Abang Reez sedang lena.
Aku tersentak. Abang Reez?!
Waktu itu juga baru aku teringat. Semalam aku kahwin, weh! Semalam aku kahwin!
Aku tak sedap hati. Kujeling objek yang menjadi lapik kepala aku sepanjang malam tadi.
Lengan dia!
Aku tunduk pandang objek yang sedang sedap kupeluk. Objek yang aku sangka bantal peluk.
Nah, tubuh kekar Abang Reez!
Aku melopong. Apa kau dah buat ni, Cinta?!
Menggelupur aku jauhkan diri dari lelaki itu.
Aku berundur ke hujung katil. Berpusing. Membelakangi lelaki itu.
Trauma!
Macam mana aku boleh tersesat pergi ke kawasan dia pula tadi? Apa aku mimpi malam tadi, woi?
Aku mengerekot selimutkan diri hingga ke kepala. Kukenang-kenang semula mimpi tadi.
Seingat aku, mimpi aku tadi masih dalam kategori normal. Tak adalah buang tebiat ke apa.
Aku mimpi mati kena bunuh aje. Mimpi yang Zahir tetap menang besar walau selepas dah bunuh aku. Bunyi macam ngeri dan kejam sangat tadi.
Tapi sumpah. Bila sedar-sedar dah tersesat peluk Abang Reez ni, aku rasa mimpi yang aku label sebagai tragis awal-awal tadi tu, sekarang aku rasa, mimpi itu jauh lebih murni daripada kejadian terpeluk Abang Reez ni.
Sekarang baru aku setuju, realiti tak seindah mimpi. Oh Tuhan!
Mommy... help me!!!
Aku tumbuk-tumbuk tilam. Tak boleh maafkan diri sendiri. Tak boleh buang pemandangan wajah kacak Abang Reez daripada mata aku. Dan tak boleh lupakan aroma sensual tubuh Abang Reez tadi. Urgh, tak guna! Tak guna! Tak guna!

YOU ARE READING
STORIETTE: OVERPROTECTIVE HERO [:FAST UPDATE:]
RomanceKalau aku mati, adakah dia pun akan mati sekali? - QAISARA