Bab 24

988 53 26
                                    

Let's potong bawang together ✊🏼🔪
Rahsia Tuhan : Ippo Hafiz


Sunyi .....

Selepas kejadian yang baru sahaja berlaku , Khalish dan Kayla tidak sedarkan diri seketika. Keadaan kereta mereka yang terbalik dan habis remuk di bahagian penumpang , sangat mengerikan. Lori dan 2 buah kereta yang mengekori mereka serta merta hilang .

Tak lama kemudian, Khalish perlahan mencelikkan mata dengan sakit di sekujur tubuhnya . Separuh muka Khalish dipenuhi dengan darah. Dia tak mampu nak menggerakkan setiap anggota badan terutama bahagian leher . Sakit . Sakit sangat !

"M-mi ...amore ..." dengan susah payah Khalish cuba memanggil isterinya. Dia tak boleh bergerak! dia cuba memandang dari hujung ekor matanya.

"N-no...nonono erghh...b..bangun . Sayang bangun..." Khalish menelan air liur kelat . Sakit teramat di tubuhnya tetapi dia cuba fokuskan pandangan pada isterinya yang tidak sedarkan diri.

Perlahan airmata dia jatuh . "D..do you hear me ? sayang abang ...please bangun ..." dia nampak . Dia nampak keadaan isterinya yang tergantung dari atas kerana kereta mereka terbalik . Mata yang dipejam rapat . Muka disimbahi darah seta tangan yang setia memeluk perutnya.

"O-oh God please ...please ...sayang buka mata , sayang d..dengar tak ?" sebak suaranya . Keadaan isterinya sangat sadis ! Khalish cuba membuka tali pinggangnya namun tersekat!

"Open it , damn it !" Khalish cuba namun sia-sia . Disebabkan hentaman yang kuat tali pinggang dia sangkut ! dia menangis . Air mata jantan dia kini mengalir di pipi , wajah Kayla dipandang .

Mata dia tertumpu pada darah yang menitik ke bawah . Darah yang mengalir dari celahan peha isterinya buatkan tangisan Khalish semakin kuat.

"Nononono , sayang ! sayang k-kejap ..." dia gelabah ! dia meronta cuba melepaskan diri . Sakit ditubuhnya diabaikan . "P-please God ...let me help my wife ...please.." gumam Khalish perlahan sambil fokus untuk menanggalkan tali pinggangnya .

Tiba-tiba....

Buk!

"Argh!" tali pinggang dia terlepas ! dia berjaya ! Tubuhnya yang tergantung tadi kini jatuh kebawah yang penuh dengan serpihan kaca berderai .

"A-aku kena bangun ..." Khalish cuba duduk sebelum pintu kereta ditendang kuat berulangkali .

Dush! Dush! Dush!

Setelah beberapa kali ditendang , Khalish merangkak keluar dari kereta dengan susah payah sebelum dia terlentang seketika . Sakit , kepala dia terasa berdenyut-denyut dan pandangan dia sekejap kabur , sekejap jelas sebelum....

"A-abang..."

Tersentak Khalish mendengar suara lemah yang sangat dia kenali . Dia bangun dan melihat ke arah Kayla . Dia sedar ! isterinya sedar ! terus dengan keadaan terhincut-hincut Khalish berlari ke arah sebelah penumpang.

"S-sayang ! k-kejap . Abang cuba buka pintu...pejamkan mata ..."

Kayla menurut. Dengan lemah dia memejamkan mata sepertimana diarahkan suaminya.

Khalish cuba membuka pintu . Ketat! tetapi setelah beberapa kali dia cuba , akhirnya dia berjaya . Dia masuk ke dalam dan cuba dapatkan isterinya yang masih tergantung di atas.

Wajah Kayla yang bersimbah darah ditekup lembut . Tangan Khalish menggigil . Airmata nya jatuh . "Kayla boleh dengar suara abang ?"

Mia Moglie  (C)Where stories live. Discover now