My Mikael is sooo reallll.. wykyk. Hahah
LORENZO, Liam, Arjuna, Armand dan Armin. Kelima-lima mereka berdiri di kiri dan kanan demi mengawal ketat keselamatan Mikael. Kedatangan Mikael ke kelab malam terkemuka itu disambut penuh hormat oleh para pengawal sebaik sahaja kaki melangkah turun dari sebuah kenderaan mewah. Beberapa pasang mata pengunjung kelab malam tidak mampu menahan diri mereka daripada mencuri pandang ke arah sosok tegap Mikael yang tampan mengenakan sepasang kot labuh beserta cermin mata hitam di wajah. Namun, disebabkan orang kuat Mikael berkawal ketat di kiri dan kanan, privasi Mikael terus terjaga daripada tatapan umum. Bahkan sesiapa sahaja yang didapati memiliki gambar Mikael di dalam telefon, gajet tersebut automatik akan dirampas dan dihancurkan serta-merta.
Mikael pula seperti biasa dengan wajah dinginnya melangkah masuk ke kelab malam buat memenuhi jemputan clientnya yang mengadakan parti secara tertutup di situ. Hanya mereka yang unggul sahaja akan dapat ditemui di tempat tersebut dan Mikael adalah antara salah satu individu yang diberikan layanan bertaraf VVIP oleh pemilik kelab malam tersebut.
Bebola mata coklat Mikael liar memerhati di sebalik kaca mata hitamnya itu. Kelab malam tersebut padat dengan pengunjung. Rata-rata mereka hadir demi hiburan dan memenuhi kehendak nafsu sendiri. Mikael bosan melihat pandangan sedemikian. Baginya, yang menari dan terkinja-kinja di lantai kelab malam itu bukanlah manusia, tetapi hanyalah haiwan berkaki dua, busuk dan tidak berakal.
Kakinya terus melangkah membuntuti seorang lelaki yang merupakan pengawal di kelab malam tersebut. Dia memasuki sebuah lorong yang menghubungkan ke ruang VVIP. Ruangan tersebut khas untuk tetamu kenamaan sepertinya dan sudah tentulah parti yang dihadirinya itu tidak akan bercampur dengan orang biasa.
"Please come in," jemput pengawal tersebut kepada Mikael. Lorenzo dan yang lain pula tidak dibenarkan masuk. Mereka hanya berkawal sahaja di luar.
Masuk sahaja ke dalam, bunyi dentuman muzik semakin meriah dimainkan oleh DJ. Beberapa penari kelas atasan liar beraksi di atas pentas dan ada juga yang berani menggoda VVIP lain dengan tarian ghairah mereka. Minuman keras pula sudah semestinya menjadi hidangan utama yang dibawakan oleh pelayan.
Parti tersebut semakin rancak apabila pemiliknya, Mr. Que membuat kemunculan bersama sepuluh orang perempuan yang berpakaian api neraka. Tidak lain dan tidak bukan, sudah semestinya mereka itu ialah pelacur kelas atasan yang bekerja di kelab malam Mr. Que.
Mikael membawa langkah menuju ke sebuah sofa mewah yang memang disediakan khas untuknya. Beberapa orang kenamaan yang sememangnya dikenali hanya dipandang sahaja tanpa berniat untuk menyapa. Macam mana nak bertegur jika masing-masing sudah khayal. Mabuk dan jatuh dalam pelukan wanita yang memang kerjanya melayan nafsu para lelaki. Bodoh seperti lembu dicucuk hidung.
Mikael menggeleng. Baru dia ingin mengeluarkan telefon, datang pula seorang pelayan lelaki yang membawakan sebotol minuman keras lalu dihidangkan kepadanya. Mikael hanya membiarkan sahaja tanpa berkata apa. Cuma matanya yang tajam memerhati setiap gerak-geri lelaki tersebut.
"I don't drink this. Bring me something else."
"Terrifying criminal. But doesn't drink alcohol. Strange." Mr. Que entah dari mana tiba-tiba mencelah sambil ketawa mengejek. Mr. Que mengambil tempat di sofa berhadapan dengan Mikael. Di kiri dan kanan tidak sah jika tidak diapit dengan wanita-wanita seksi. Mikael senyum tipis.
"Oh, so a criminal with a taste for the unexpected... Who knew avoiding alcohol was part of the 'terrifying' package?" Sindir Mikael kembali. Ketawa kuat Mr. Que apabila ejekannya dimatikan oleh Mikael.
"Don't be so serious. I'm just joking bro."
Mikael hanya melayan sahaja clientnya itu. Cermin mata hitam ditanggalkan lalu diselitkan di sebalik kot labuh yang masih tersarung di tubuh. Jelingan menggoda wanita di samping Mr. Que hanya dipandang sebelah mata.
YOU ARE READING
MIKAEL: FIRST SCAR
Storie d'amore•4 TH BORN• (DARK-ROMANCE) "Miss Maria." Pemilik sebaris nama Maria tidak pernah luput dari ingatan sejak peristiwa rompakan yang berlaku dua tahun lalu. Gadis beku itu ialah definisi cinta pertamanya. Tetapi sayang, jejak Maria terlalu misteri untu...