04

0 0 0
                                    

⚠️ Triggered Warning :
• dirty language
≿━━━━༺❀༻━━━━≾

Fathiya keluarkan isi beg kertas itu satu demi satu. Ada pakaian dalam dan sebuah dress.

Fathiya buka lipatan dress. Ia amati reka bentuk pakaian yang diberikan.

Cantik, diam - diam Fathiya memuji. Nampaklah ciri seorang yang ada darah bangsawan pada Tengku Wafiq melalui jenis pakaian yang lelaki itu pilih. Sofistikated.

Dress kelabu asap itu dibawa ke tubuh sebelum dia cuba gayakan.

Bibir yang sedari tadi tersenyum kini lantas pudar serinya.

Fathiya gelengkan kepala saat melihat pantulan tubuh pada cermin. Pakaian itu kembali dimasukkan ke dalam beg tanpa berfikir dua kali.

Sumpah, Fathiya tarik semula pujian yang ia lemparkan terhadap lelaki itu tadi.

Tak guna ada citarasa tinggi, kalau pakaian yang diberi serupa suruh Fathiya menjual diri; terdedah sana sini.

Macam nak jadikan dia anak ayam.

Atau bapa ayam memang profesion kerjaya Tengku Wafiq yang sebenarnya? Kerjaya yang disembunyikan daripada pandangan mata umum yang memuji.

Maknanya, boleh jadi juga selepas dia rasmikan Fathiya lelaki itu mahu dagangkan dia pula?

Fathiya gigit kuku sendiri. Tipulah, walau sedaya - upaya dia cuba pujuk diri untuk kekal tenang, tetap ada sekelumit rasa resah yang mula bersarang.

"Fathiya? Sweetheart?" Tersentak Fathiya seketika apabila suara Tengku Wafiq kembali kedengaran di balik pintu sana.

"Ya?" Lain nada yang Fathiya guna untuk menjawab panggilan Tengku Wafiq. Itupun setelah dia curi sedikit masa untuk betulkan kotak suara.

Masih meremang sebenarnya ketika nama timangannya lelaki itu selitkan sama tadi.

"Apa yang lama sangat kat dalam tu?" Tidaklah marah, Tengku Wafiq sekadar menyoal untuk cari tahu.

"Saya..."

Fathiya kibas wajahnya. Apa yang dia mahu beritahu lelaki itu? Bolehkah dia jujur sahaja?

"Baju ni..."

"Kenapa dengan baju tu? Tak ikut saiz you ke?" Tak sempat Fathiya habis menutur kata, Tengku Wafiq terlebih dahulu mencantas dengan andaiannya.

"Eh, bukan. Saya yang tak..."

"You tak suka dress tu? Kenapa, sebab dia Versace ke? Nevermind, you nak bawah jenama apa? Yves Saint Laurent? Chanel?"

Fathiya pejam mata seketika. Cuba tenangkan diri yang kala itu terasa seolah diasak dari pelbagai penjuru oleh pertanyaan Tengku Wafiq.

"Bukan, dress ini pendek. Terdedah sangat. Saya tak nak pakai. Tak selesa," Fathiya akhirnya suarakan pendapat diri dengan sekali nafas.

Wajah Fathiya berkerut. Pelik apabila Tengku Wafiq boleh pula keluarkan ketawa.

"You ni kelakarlah, sweetheart. Paras macam tu benda biasalah untuk dress. Labuh sampai bawah orang biasa bawa pergi event je,"

"Saya tak biasa," Fathiya tetap tak mahu kalah.

"Kalau macam tu, you kenalah biasakan diri. Cuba pakai, I berani kerat jari you mesti nampak cantik nanti,"

Fathiya berdecit. Dah berkali dia menafi, takkan masih tak nampak lagi?

Dress itu direnung sekilas sebelum Fathiya tarik nafas dalam.

"Kalau macam tu tak apalah, saya pakai baju saya yang semalam," putus Fathiya pada akhirnya. Lantaklah segala yang mahu dikata.

Wafiq'sWhere stories live. Discover now