------------------------------------------
hati ingin menulis jalan cerita kita, belum berlabuh ke muka sebelah, sudah bertanda noktah yang tiada sambungannya
--------------------------------------------
Angin malam menusuk tulang Hanif yang masih termenung menghadap siling bilik. Lengannya diletakkan di bawah kepala, mendongak ke atas. Matanya langsung tak dapat dipejam. Fikiran lelaki itu bercelaru sebaik sahaja panggilan telefon Umairah dimatikan.
Apa salah dia? Perlu ke wanita itu meninggalkan dia yang jelas telah melakukan segala-galanya untuk mendampingi Umairah Maisarah sehingga di hujung nyawa?
2 tahun yang lalu...
"Lepas ni kita pergi tengok rumah baru kita tau," suara manja Umairah Maisarah kedengaran di telinga Hanif.
Lelaki itu senyum melihat wanita pujaan hatinya yang sudah memeluk lengan Hanif. Sejak berkenalan dengan Umairah, Hanif seakan-akan dapat membina diri dia yang baharu.
Dia masih teringat akan kali pertama mereka berjumpa di Universiti Malaya. Pada ketika itu, dia kelihatan seperti budak kampung yang baru sahaja menjejakkan kaki ke bandar dek kerana tidak tahu mengikut outfit trend.
Kaca mata yang dipakai, dibetulkan sebelum mata dialihkan ke arah Umairah. Itu lah kali pertama dia melihat betapa cantiknya ciptaan Tuhan. Senyuman yang diberikan kepada Hanif, berjaya membuatkan jantung lelaki itu berdegup kencang.
"Oi, kau nak jadi boyfriend aku tak?" Soalan yang tak pernah dia duga, terdengar jelas di telinga.
Umairah yang masih bercekak pinggang, memandang Hanif yang berkerut seakan tak percaya.
"N-nak t-tapi," tergagap-gagap Hanif ingin menjawab.
"Tapi apa?"
"Aku... Aku tak handsome. K-kau lawa, cantik. Aku tak pandai fesyen," jujur Hanif.
"Itu bukan satu masalah. Aku boleh je ubah kau jadi handsome, segak dan bergaya. Sekarang ni, kau on ke tak on?" Jawab Umairah.
"Jap, jap. Kenapa kau tiba-tiba ajak aku couple dengan kau?"
"Aduh kau ni. Aku ajak sebab aku nak couple lah, member-member aku semua dah ada boyfriend. Telinga aku tak tahan nak dengar diorang menganjing, mat. Dah berbulu telinga aku, kau tahu?"
"Errrrr. Takkan sebab tu je?" Balas Hanif.
"Ye. Sebab tu je. Kau ingat aku jahat sangat ke sampai nak buat benda-benda yang tak senonoh?" Perli Umairah.
Hanif senyum kambing. Seketika, fikirannya lupa akan Aisyah. Melihat sahaja peluang yang ada, takkanlah dia nak sia-sia kan sahaja?
"So, are you in or out?"
Hanif diam. Otaknya ligat memikirkan keputusan yang jelas sukar untuk dibuat. Bukannya dia tak pernah bercinta tapi, entah kenapa dia rasa was-was pula untuk berkata ya.
"Bagi aku masa, boleh?" Tanya Hanif.
"Boleh. Tapi, dua hari je. Aku tak suka nak tunggu lama-lama. Lepas tamat tempoh dua hari, kau kena bagi jawapan kau. Faham?"
Hanif angguk setuju. Ah! Sebenarnya, dalam masa sehari je, dia boleh buat keputusan. Dia tak nak lah terburu-buru. Nanti, orang kata dia yang terkinja-kinja nak bercinta dengan Umairah Maisarah.
Ye lah, siapa je yang tak falling in love bila bersemuka dengan wanita itu? Dah lah cantik, pandai bergaya pula tu. Lain lah dia yang bagai rusa masuk kampung. Tercengang apabila melihat mahasiswa dan mahasiswi berfesyen. Culture shock lah katakan.
Pejam celik pejam celik, dua hari telahpun berlalu. Tiba masanya dia memberikan kata putus kepad Umairah Maisarah. Mesej yang diberikan kepada Umairah, menunjukkan bahawa dia perlu berjumpa dengan wanita itu di kafe.
"So?"
"Aku boleh jadi boyfriend kau, tapi kau kena tolong aku berfesyen. Aku tak nak orang tengok aku macam student yang selekeh. Lagi satu, what you give, you will get back. If kau buat sesuatu belakang aku, kau akan terima padahnya. Amacam? Setuju?" Balas Hanif. Bibirnya mengukir senyuman sinis.
Bukan dia sengaja meletakkan syarat tersebut. Tetapi, peratus kemungkinan untuk orang lain merampas Umairah daripada dirinya, sangat lah tinggi.
Kali ini, Umairah pula yang diam. Fikirnya, budak kampung seperti Hanif mudah diperbodohkan. Mendengar sahaja syarat yang diberikan, dia perlu setuju. Dia yang mengajak, takkan lah dia pula berkata tidak?
"Okay, okay. Whatever. Tomorrow aku akan call kau. Maybe around 3 or 4pm. Kita pergi bundle. For a beginner like you, bundle is a go-to place to buy thrift items," putus Umairah.
Sejak dari itu, hubungan Hanif dan Umairah semakin erat sehinggakan berjaya membuat rakan-rakan wanita itu cemburu. Hanif juga bahagia apabila dirinya dilayan dengan penuh perasaan cinta.
Hari berganti minggu. Minggu berganti bulan. Tujuh bulan mereka bercinta, Hanif mula menjejakkan kaki ke kelab malam. Mereka juga selalu sahaja check in mana-mana hotel yang terdekat untuk berasmaradana.
"You janji jangan tinggalkan I tau? I ada you seorang je," Umairah mula bersuara. Kepalanya dibaringkan di atas dada Hanif.
Tubuh yang jelas hanya ditutup dengan sehelai selimut tebal, dipeluk erat. Dahi kekasihnya dicium beberapa kali sebelum Hanif tersenyum manis.
"I janji I tak akan tinggalkan you, sayang. Whatever happens, we will fix it together, okay?"
Umairah mengangguk. Alangkah indahnya hidup jika hubungan mereka bertahan sehingga akhir hayat. Baru bergelar kekasih, Hanif telah menunjukkan segala love language terhadap Umairah. Siapa je yang tak jealous saat lelaki itu sanggup melakukan apa sahaja demi melihat Umairah tersenyum gembira?
Namun, apa yang dijanjikan oleh mereka, terputus apabila dikhianati oleh Umairah sendiri. Hanif masih ingat, tatkala dia yang sedang terùja ingin menyambut hari ulang tahun mereka yang pertama, pada ketika itulah Umairah membuka segala rahsia.
Wanita yang dia anggap setia, bermain kayu tiga. Sudah lah curang, hamil pula tu. Apabila ditanya, Umairah hanya mengatakan bahawa semuanya berlaku tanpa sedar.
Segala rancangan yang dibuat Hanif pada ketika itu tamat dengan begitu sahaja. Tiada ucapan dari surat yang gigih dia tulis dua hari sebelum. Makanan yang cantik dihidang, langsung tak diusik walau sedikit.
Hati lelaki itu remuk melihat Umairah yang mencuba sedaya upaya untuk menceritakan tentang apa yang berlaku. Namun, sudah dikata oleh lelaki itu, apa yang kamu berikan akan kamu dapat kembali. Tanpa berfikir panjang, Hanif menamatkan hubungan mereka, meninggalkan Umairah yang masih menangis meraih simpati.
Kini...
"Apa lah salah aku..." ujar Hanif perlahan.
Wajah Aisyah ditatap lama. Kata rakannya, kisah yang lama tak perlu diungkit kembali. Nanti buat sakit hati.
Walaupun cintanya kepada Umairah masih bersisa, dia perlu mencuba untuk melupakan wanita yang pernah menjadi punca kebahagiaan dirinya ketika di universiti dahulu.
Sekarang, Aisyah sudah berada di dalam genggaman. Fokusnya hanya pada isterinya sahaja. Tiada siapa yang mampu memisahkan dia dan Aisyah.