BAB 1

2 0 0
                                    

"Bagi baliklahhh!!" Jerit Arya sambil mengejar makhluk yang mencuri kasutnya.

Tetapi, makhluk itu tidak mengendah jeritan yang dibuat oleh Arya. Kakinya masih kuat berlari sepanjang bangunan sekolah. Maklumlah, makhluk yang satu ini tinggi manakala Arya pendek. Jadi, langkah yang mereka gunakan sangat berbeza.

"Woi, jawline senget! Bagilah!" Jerit Arya untuk kali kedua.

Serta merta makhluk itu berhenti. Dia memusingkan badannya 90 darjah dan berjalan mendekati Arya. Terpapar nama "Arsyad" pada nametagnya.

"Kau kata apa tadi? Jawline senget?" Dahi Arsyad berkerut dan rahangnya diketap kuat.

"Ya. Jawline. Kau. Se. Nget!" Arya tersenyum puas.

Mereka saling bertatapan, tidak puas hati antara satu sama lain.

Semuanya bermula apabila...

2 minggu yang lalu, Cikgu Maya meminta pengawas pusat sumber untuk merakam gambar guru sempena Hari Guru pada 16 Mei 2024, Hari Jumaat. Jadi, Arya, Batrisha dan Indah bertugas untuk menjalankan amanah yang telah diberikan oleh Cikgu Maya.

Mereka memulakan operasi mereka dengan merakam gambar Cikgu Sufian, guru sejarah juga mengajar pendidikan Seni.

"Weh, kau pergilah tanya cikgu. Aku tak nak." Indah menggeleng kepalanya laju lalu menyorok di belakang Arya.

Batrisha membuat mimik muka mendatar.

"Apa yang kau nak takut. Cikgu bukan makan orang pun." Balas Batrisha.

"Jomlah pergi sama-sama. Apa susah." Arya terus menapak ke meja Cikgu Sufian.

Cikgu Sufian mengangkat kepalanya lalu memandang mereka bertiga dengan bingung.

"Ye? Nak apa?" Soal Cikgu Sufian.

"Err... Assalamualaikum cikgu. Kami nak rakam gambar cikgu boleh? Untuk Hari Guru nanti." Ujar Batrisha.

Cikgu Sufian menarik sehelai kertas yang berada di atas timbunan fail lalu melihat jadual yang terpapar di kertas itu.

"Hmm...bolehlah. So, kat mana nak shooting ni? Kat sini ke?" Soal Cikgu Sufian lagi.

"Hmm...tak. Kita buat dekat luar bilik guru. Kat koridor tu." Balas Arya. Dia berlari keluar untuk mencari cahaya yang bagus.

"Jom." Cikgu Sufian bangkit dari kerusinya lalu membetulkan bajunya dan tali leher. Tidak lupa juga rambutnya yang masih kelihatan kemas tetapi tetap dibetulkan.

Sepanjang mereka merakam gambar Cikgu Sufian, Indah yang paling banyak mengarah. Itu tak kena, ini tak kena. Tapi, hasil rakaman tidak mengecewakan. Itulah Indah. Banyak mengarah tapi hasilnya sangat menakjubkan.

"Terima kasih cikgu. Kami pergi dulu ya." Pamit Arya bersama rakannya.


...


Setelah dapat beberapa rakaman dari guru yang lain, akhirnya, mereka menuju ke bilik darjah 2 Jupiter untuk rakaman yang terakhir. Arya mengetuk pada pintu dahulu sebelum memberi salam.

"Err... Assalamualaikum ustazah. Boleh tak kami nak ambik masa ustazah sekejap?" Soal Arya sambil tersenyum kekok.

"Oh. Kenapa ya?" Balas Ustazah Siti dengan lembut.

"Umm...boleh kami masuk?" Ustazah Siti mengangguk. Ketiga-tiga makhluk ini terus melangkah masuk dan berdiri di hadapan meja Ustazah Siti.

"Kami sebenarnya nak rakam gambar ustazah sempena Hari Guru nanti." Batrisha dan Indah mula memberi penerangan dengan panjang lebar.

"Aduh...nak kena rakam ke? Saya ni pemalu orangnya." Ujar Ustazah Siti sambil menutup mukanya.

Arya tersenyum lebar.

"Alah takpe Ustazah. Ustazah kena bagi ucapan sikit je. Janganlah malu." Pujuk Arya.

"Eh apa ni. Janganlah paksa ustazah kalau dia tak nak!" Jerit Arsyad.

Arya memusingkan badannya 90 darjah. Matanya terus mencari makhluk yang menjerit tadi. Pandangannya jatuh pada Arsyad, yang tersengih seperti kerang busuk.

"Kau pahal?" Ujar Arya geram.

"Eh eh. Dahlah ganggu ustazah lepastu kurang ajar pulak?" Arsyad masih lagi tersengih.

"Tutup mulut dan diam."

"Tak nakkk."

"Mulut kau tu aku selotep baru tahu!"

"Buatlah kalau berani!" Arsyad terus bangkit dari tempat duduknya.

"Tak nak. Haram. Tak layak untuk disentuh."

"Kau ni-"

Belum sempat Arsyad membalas, Indah terus memotong percakapannya.

"Eh eh! Budak berdua ni! Diam! Orang tengah rakam ni!" Teriak Indah geram. Dia pula yang sakit telinga mendengar mereka berdua berdebat.

Tulip untuk Si DiaWhere stories live. Discover now