Bab 25 (half part)

921 51 11
                                    

Takkan pisah : eren cover

              Tit , tit , tit ......

            Hanya bunyi mesin yang memenuhi ruangan Khalish . Harini ini , genap 8 hari Khalish tidak sedarkan diri . Dia ditidurkan selama 6 hari selepas pembedahan beberapa tulang rusuk dia yang patah.

            "So far , carta pemeriksaan Encik Khalish saya tengok semua dalam keadaan yang baik dan mengikut apa yang kita harapkan . So maybe, dia akan sedar tak lama lagi .."

            Aariz yang mendengar penjelasan doktor tentang keadaan Khalish hanya menganggukkan kepala . Izz dan Aariz setia menunggu sahabat mereka untuk bangun seperti sediakala.

            "Isteri dia ? macam mana dengan keadaan isteri dia ? ada apa-apa perubahan?" soal Izz pula. Tangan yang bersilang dada menghadap doktor dengan riak wajah seriusnya.

             Doktor hanya menggeleng .

             Aariz dan Izz yang faham dengan maksud dari gelengan itu hanya mengeluh berat. Berat sangat-sangat. Kalau Khalish bangun , apa patut mereka cakap pada dia tentang keadaan isteri dia yang belum ada perubahan serta kehilangan satu-satunya bakal anak mereka.

            "Saya ada kerja sikit , kalau ada apa-apa boleh panggil nurse . Saya minta diri dulu..." ujar doktor itu sopan . Dia melangkah pergi selepas selesai membuat pemeriksaan keadaan Khalish untuk harini.

           Izz jalan mendekati katil Khalish sebelum dengan berat dia melabuhkan punggung di kerusi . Terdengar keluhan yang sangat berat keluar dari mulut dia .

           "Tak sangka aku akan cakap benda ni dekat kau tapi ....please wakeup bro , kitaorang perlukan kau terutama Kayla . She's need you , Khalish.."

          Perlahan nada suara Izz . Mata dia memandang sayu pada Khalish terbaring lemah di katil. Pelik . Orang yang selalu membuat masalah dan ceria kini terbaring lemah di sini . Harian mereka menjadi sunyi tanpa celoteh seorang Muhammad Khalish Khalaf.

           Aariz mendekati Izz sebelum sebelah tangan dia singgah di bahu Izz. "Jangan risau , dia akan bangun nanti . For now , just let him rest .."

           Izz memandang Aariz sendu . Kepala dianggukan setuju dengan apa yang dikatakan Aariz. Khalish terlalu penat , jadi biarkan lah dia berehat .

          Keesokkan harinya....

   
          Perlahan mata indah Khalish dicelikkan . Cahaya bilik membuatkan mata dia silau . Dikerjap kan beberapa kali cuba meneutralkan kembali pandangan dia .

           Dengan keadaan yang masih lemah , Khalish menoleh kan kepala ke kiri dan kanan cuba mencari seseorang .

           "S...sayang.."

          Khalish mencari isteri dia . Mata dia mula berkolam apabila mengingatkan kejadian sebelum ini . Dalam fikiran dia , kini mula muncul segala kemungkinan negatif berlaku pada anak dan isteri dia.

           "S..sayang.."

          Kedengaran lemah suara Khalish memanggil Kayla . Wajah yang memakai topeng oksigen perlahan dibuka dan dibuang ketepi.

           Khalish cuba bangun dari baringnya sambil tangan kanan memegang dada dia yang terasa sakit.  "E-erghh...sayang..." mata yang masih belum sepenuhnya jelas cuba melilau mencari seseorang.

           Iv drip yang dicucuk ditangan dia , disentap kuat sehingga membuatkan tangan dia berdarah sedikit.

          Buk!

Mia Moglie  (C)Where stories live. Discover now