Prolog

13 1 0
                                    

KRING!!

Loceng menandakan sudah tamat sesi persekolahan berbunyi. Semua murid dan pelajar berlari keluar kelas dek kerana tak sabar nak balik.

Zizzie menunggu ketibaan van sekolah di taman permainan yang ada di situ bersama Ashreef Renzio, sepupu lelaki Zizzie.

"Nur, nak beli yum yama tak dekat kantin?" Ashreef menyoal sambil bersandar di tepi gelongsor.

"Yum mama? Hmm mesti lah tak nak. Nur nak beli air je" Zizzie menjeling ke arah Ashreef. Dah tau orang tak suka pedas, dia tanya lagi.

Ashreef tersenyum kecil memandang sepupunya itu. Dia saja je tanya walaupun dah tau Zizzie tak makan pedas.

"Oke la. Jom pegi beli. Kalau lambat nanti van campai pula" ajak Ashreef seraya menarik tangan Zizzie menuju ke kantin yang berada tak jauh dari taman permainan itu.

Sesampainya mereka di kantin, mereka berjalan menuju gerai yang menjual air terlebih dahulu. Selepas membeli air baru lah mereka menuju gerai yang menjual Yum Mama.

"Eh Ashreef, Nur. Nak beli yum mama ya?" tanya makcik Sirwana kepada dua orang cucu kawannya itu. Sirwana merupakan kawan dan jiran Riana, nenek a.k.a. nekma kepada Zizzie dan Ashreef.

Ashreef mengangguk.

"Oke. Nur tak nak cuba ke makan yum mama?" tanya makcik Sirwana kepada cucu sulung kawannya pula.

Umi Zizzie merupakan anak pertama dari 11 adik-beradik, manakala umi Ashreef pula anak kedua. Zizzie dan Ashreef lahir pada tahun yang sama, beza sebulan ja. Zizzie bulan September dan Ashreef bulan Oktober.

Zizzie hanya menggeleng sambil meminum Ovaltine Ice Blend yang dibeli tadi.

Makcik Sirwana mengangguk. Dia sudah sedia maklum yang Zizzie memang tak suka makanan pedas. Kemudian, dia membuat yum mama yang dipesan Ashreef. Setelah siap dia menghulurkan Yum Mama tersebut.

Ashreef menyeluk poket seluarnya kemudian menghulurkan duit bernilai 5฿.

"Terima kasih, hati-hati balik naik van tu" ucap makcik Sirwana sambil tersenyum.

Mereka berdua pun berjalan menuju ke taman permainan semula. Zizzie duduk di atas buaian menunggu van sekolah yang masih belum tiba.
Ashreef hanya berdiri di sebelah Zizzie, matanya memandang ke arah pagar sekolah. Kut lah van dah sampai. Dan betul, van tersebut baru saja melintasi pagar sekolah.

"Nur, van dah campai" beritahu Ashreef kepada sepupunya itu.

Mereka pun berjalan menaiki van untuk pulang ke rumah.






Kampung Benting Tanjung, Thailand.

Zizzie dan Ashreef keluar dari van tersebut kemudian berlari menuju ke arah aunty dan uncle mereka.

"Kak Daw! Bang Fur!" Zizzie dan Ashreef memeluk mereka berdua.

Firdaw Nide a.k.a. kak Daw, anak kesembilan nekma. Zizzie dan Ashreef memanggil dengan gelaran kak kerana Firdaw beza 4 tahun saja dengan mereka. Furqan Nide a.k.a. bang Fur pula anak kesepuluh nekma. Furqan beza 3 tahun dengan mereka.

"Ish nasib baik tak tumpah yum mama tu Ashreef" marah Firdaw kepada Ashreef. Ya la, boleh dia berlari sambil bawa yum mama. Laju pulak tu.

Ashreef hanya tersenyum menampakkan giginya yang masih tersusun.

Angels Or Devils? Where stories live. Discover now