Bab 10

536 82 5
                                    

Hadi pantas masuk ke dalam pejabat. Dia tanggalkan tanda nama di pintu masuk pejabat Faqih dan dia sorokkan table name plate yang ada di atas meja kerja Faqih. Disebabkan Faqih mahu merahsiakan yang dia pemilik Ladang Pertiwi maka semua itu haruslah disorok. Tidak lama kemudian kelihatan Faqih dan Dhiya melangkah masuk ke dalam pejabat.

Pejabat Faqih yang terletak di dalam Ladang Pertiwi tidaklah begitu besar dibandingkan bangunan ibu syarikatnya. Ianya hanyalah bangunan dua tingkat bagi menempatkan pekerja yang menguruskan semakan stock hasil ladang. Memandangkan Faqih selalu sibuk dengan ceramah dan kelas maka ayahnya lah yang selalu membantunya menguruskan ibu syarikat.

"Dhiya boleh duduk di sofa tu dulu ya. Abang ada kerja sikit nak kena check file dengan Hadi." Ucap Faqih.

Dhiya angguk kepalanya lalu dia duduk di atas sofa. Sesekali matanya merenung ke arah Faqih yang sedang sibuk menyemak file bersama Hadi. Entah apa yang dua orang manusia itu bincangkan dia malas mahu ambil tahu. Dikeluarkan Iphone lalu dia main video game. Setelah hampir sejam menunggu Dhiya merasa bosan.

"Faqih, saya nak pergi toilet. Tandas kat mana ya?" Soal Dhiya. Dia sebenarnya rasa mengantuk sebab itu dia malas duduk saja di situ.

"Keluar dari pejabat belah kanan Dhiya akan nampak lorong. Jalan terus je. Nanti Dhiya akan jumpa tandas. Tandas tu tak jauh dari surau." Kata Faqih. Dhiya mengangguk faham lalu dia terus keluar.

Dhiya cuci wajahnya yang terasa mengantok di tandas. Selepas itu dia keluar semula untuk menemui suaminya. Terkedu seketika Dhiya apabila melihat ada dua gadis cantik sedang berbual dengan Hadi dan suaminya. Entah kenapa dia tidak suka cara salah seorang gadis itu memandang Faqih.

"Abang Faqih. Harini Kak Ayu ada masak asam pedas ikan tenggiri tau. Ini favourite abang kan. Jadi Kak Ayu memang sengaja masakkan untuk abang sebab dia tahu harini abang datang sini. Jomlah kita semua makan sama-sama. Kitaorang ada bawa nasi semua ni. Rugilah kalau tak makan masakan Kak Ayu. Sebab Kak Ayu ni, kalau bab memasak memang superb." Kata Rohana. Rahayu hanya tersenyum apabila adiknya memujinya.

"Uihh, macam tahu-tahu je kitaorang ni tengah lapar kan. Bak kata orang rezeki jangan ditolak." Ucap Hadi.

"Terima kasih ayu masakkan untuk abang. Buat susah-susah je." Faqih tersenyum pada sepupunya itu. Rahayu hanya senyum dan menunduk malu. Memang sengaja dia masak lauk kegemaran Faqih kerana dia tahu hari ini Faqih datang ke sini. Sejak dulu dia memang sukakan anak Pak Ngahnya itu.

Dhiya yang melihat Faqih senyum pada Rahayu sudah ketapkan bibirnya. Entah kenapa dia tidak suka apabila suaminya senyum pada perempuan lain. Apatah lagi Rahayu itu cantik, pandai masak, pakaiannya sopan dan nampak lemah lembut. Jauh sekali jika nak dibandingkan dengan dirinya yang tidak ada apa-apa kelebihan. Faqih yang menyedari kehadiran Dhiya pantas menegur isterinya.

"Dhiya, mari sini. Boleh kenal-kenal dengan sepupu abang." Ucap Faqih. Dhiya melangkah dan berdiri di tepi suaminya.

"Kenalkan ini Ayu dan Ana. Anak Mak Long abang. Kalau Dhiya nak tahu diaorang ni kerja di ladang ni. Ayu, Ana ini Dhiya Kamila isteri abang. Korang pernah tengok dia masa majlis nikah abang dulu kan?" Soal Faqih. Kini Rahayu pandang wajah Dhiya. Diukirkan senyuman yang terpaksa. Hatinya merasa pedih apabila melihat tangan Faqih yang melingkar di bahu Dhiya.

"Ermm, dah tengok. Tapi masa majlis tu tak sempat nak kenal-kenal." Jawab Ana dingin. Dia memang tidak sukakan Dhiya. Kerana dia tahu kakaknya Rahayu mecintai Faqih sejak dulu. Tapi tak sangka pula, tiba-tiba saja tak ada angin tak ada ribut Faqih berkahwin dengan Dhiya. Dia tahu betapa kecewanya kakaknya dengan berita itu.

"Takpe lepas ni ada banyak masa korang boleh kenal-kenal dengan isteri abang." Ucap Faqih. Dhiya hanya mengukir senyuman terpaksa.

"Dah la sesi kenal-kenal tu. Banyak lagi masa lepas ni. Jom la kita makan dulu. Dah lapar ni." Bebel Hadi.

Ustaz Faqih RuzainWhere stories live. Discover now