CHAPTER 26

34 1 3
                                    

Awak nak tahu tak macam mana kitorang boleh berkawan?" Tanya Eider dengan mata yang masih lagi fokus di hadapan.

"Nak!" Jawab Bunga dengan laju. Lalu memandang ke arah Eider yang sedang memandu.

"Saya dengan Qash dulu kan sebenarnya macam dipinggirkan la dari kolej.. tak ada siapa pun yang nak berkawan dengan kitorang.. tapi saya tahu kenapa tak ada siapa pun nak berkawan dengan kitorang.."

"Sebab apa?" Soal Bunga.

"Sebab..saya bukan yang jenis suka bergaul dengan orang.. Bunga tahu kan.." Bunga balas dengan anggukkan.

"Manakala Qash pula..sama juga jenis tak bergaul dengan orang dan tak banyak cakap, apahal sebenarnya dia tu yang paling hyper sekali.. tak erti duduk diam langsung, tapi orang ingat Qash jenis pendiam sama macam saya sebab tu tak ada seorang pun nak berkawan dengan kitorang.."

"..tapi Qash tak ambli peduli tentang hal tu, sebab dia tahu ramai lagi yang nak berkawan dengan dia." bicara Eider panjang.

"Saya tengok Qash tu okay aje.. saya lagi suka bila ada kawan yang hyper ni, tak lah sunyi hidup kita ni."

"Memang la okey..tapi kalau Bunga ada rahsia nak bagitahu kat Qash lebih baik jangan, dia tu tak pandai jaga rahsia orang tau." Kata Eider seraya berpaling ke arah Bunga yang turut sedang melihat ke arah dia.

Bunga tergelak kecil lalu
mengangguk. Terkesima Eider untuk seketika tatkala melihat tertawa manis dari Bunga.

Tanpa Eider sedar yang dia sekarang ini pun turut tersenyum. Begitu juga dengan Bunga, mereka saling berpandangan dan mata mereka saling bertembung dengan perasaan yang mereka sendiri tidak tahu untuk mereka berdua ungkapkan.

Rasa cinta?

Tak lama itu perasaan malu mula timbul di hati dan terpancar di wajar Bunga yang kelihatan sedikit kemerahan. Nasib baik sekarang ini tengah jem!

Pin pin pin..

Bunyi hon dari kereta belakang menyentakkan mereka berdua, lalu dengan pantasnya Bunga melarikan pandangan ke arah tingkap. Eider berdehem perlahan untuk hilangkan perasaan malu dan janggal diantara mereka berdua. Lalu kereta dipandu semula oleh Eider dengan perlahan.

••༺☆༻••

Tak lama selepas itu mereka berdua selamat tiba di sebuah mall. Kereta diparkir dengan berhati-hati di tempat parkir. Tali pinggang di buka oleh Eider, begitu juga dengan Bunga. Dengan pantasnya Eider keluar dari perut kereta nya dan pintu ditutup. Lalu berlari anak mengorak langkah ke tempat pintu Bunga dan membuka nya untuk Bunga.

Bunga yang memerhatikan gerak gerik Eider pun turut tersenyum bahagia. Siapa aje yang tidak suka dengan tindak laku seorang lelaki kepada wanita nya dengan begitu romantik dan gentle?

"Awak ni Eider..buat saya malu tau." Ujar Bunga seraya keluar dari perut kereta tersebut.

"Nak malu apanya.. lagipun semua perempuan suka tau kalau lelaki layan diorang dengan cara macam ni, macam dalam novel la." Eider menutup pintu kereta nya sebaik saja Bunga keluar dari perut kereta nya.

"Awak ni banyak sangat tau baca novel."

"Saya kan kaki novel." Kening dinaikkan ke atas untuk berapa kali. Tertawa kecil Bunga dibuatnya. Lalu langkah kaki mereka menuju ke pintu masuk mall itu.

"Awak ada barang ke nak beli?" Ujar Bunga sambil kaki nya berjalan mengikut retak kaki Eider yang laju itu. Tahu la kaki tu panjang tapi perlahan la sikit.

"Ada! novel terbaru dari Jasmin Adira Bukan Cinta Biasa.. tapi kalau bookstore ada diskaun saya beli lah..kalau tak ada saya tak beli." Balas Eider lalu memandang wajar Bunga yang berjalan beririangan di tepi nya.

Dengan tundukkan sedikit kepalanya supaya Bunga dapat mendengar suara nya dan senang untuk dia melihat wajar Bunga yang comel itu.

Dengan ketinggian Bunga yang hanya 158 cm itu yang sama paras dengan dada nya sahaja, manakala ketinggian Eider pula mencapai 182 cm.

"Lah macam tu pula..takkan buku aje yang awak nak beli?"

"Kalau saya beli awak boleh?" Gurau Eider seraya kening sebelah kiri dijongket ke atas.

"Ish awak ni..saya ni bukan barang tau nak beli beli." Bunga memukul lengan Eider dengan kasar. Eider mengosok lengan nya dengan laju,

Bapak ah sakit doh.

"Saja je nak bergurau..itupun tak boleh." Tutur Eider dengan nada seakan merajuk. Kepala nya dikalihkan ke arah lain supaya Bunga tidak melihat wajar monyok dia.

"Alolololo..merajuk pula dia ni, nanti saya belanja awak novel okey?" Pujuk Bunga sambil menyenggol lengan Eider untuk berapa kali.

"..sorry la saya tersengaja terpukul awak tadi."

"Yeke?...tak sengaja?" Ujar Eider seraya menjeling ke arah Bunga dengan muka cemberut. Ketawa saja Bunga apabila melihat wajar cemberut Eider.

"Yela kot, hehe." Balas Bunga tersengih lebar.

Eider menjeling manja sekilas ke arah Bunga.

"Saya pegang tau kata-kata awak tadi, jangan tak beli pula..saya dah excited ni." Kata Eider teruja.

Ada orang nak belikan novel untuk dia. Of course lah dia excited!

"Yaa, nanti saya belikan, cuma awak bagitahu saya..novel apa yang awak tak ada lagi?"

"Rose's, novel paling saya nak tapi asyik sold out je setiap saya nak beli!" Muka cemberut ditayangkan oleh Eider.

"Tak apa nanti saya belikan, saya promise okey." Janji Bunga pada Eider. Seraya itu dia menbuatkan gaya peace tanda janji.

"Promise." Senyuman lebar ditayang oleh Eider. Dia pun turut buat gaya peace.

Nak buat pinky promise tak boleh sebab belum halal lagi.

••༺☆༻••

••༺☆༻••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
WE MEET AGAIN [OG] Where stories live. Discover now