PROLOG

76 6 0
                                    

"Aiden, Aidan, Zarif, Aryan, Arfan. Bangun lah, dah pagi terang menerang ni" Ummar Qalish mengeluh perlahan. Susah betul nak kejutkan budak budak ni. Makan apa la sampai keras kepala haih.

Tengku Eskandar mendekati lima orang jejaka yang sedang lena tidur di ruang tamu rumahnya itu. Dia menyinting lengan kemeja yang dia pakai ke siku sebelum tangan kanannya naik mencubit paha jejaka jejaka itu.

"Ahhh ahh daddy, sakit" kata Tengku Arfan. Dia bangun dan mengusap pahanya. Mesti merah ni.

"Padan muka Arfan. Kalau ikutkan hati daddy tadi, bukan setakat cubit. Nak suruh daddy campak Arfan dalam kandang harimau pun daddy boleh buat" kata Tengku Eskandar.

"Umur masing masing dah 22 tahun tapi perangai tak ubah macam budak budak. Sekali tengok, hm patut la ikut perangai bapak kauorang rupanya" kutuk Ummar.

"Ummar Qalish!" Marah Tengku Eskandar, Ariq Rafael dan Arqif Aiman serentak.

"Apa? Aku cakap benda betul je. Sampai anak anak aku pun dah terlibat sekali" kata Ummar lagi dengan wajah selamba.

"HAHHAHAHAH" Zarif, Aiden dan Aidan memandang ke arah pintu dapur saat mendengar suara merdu ketawa dua orang gadis.

"Athena" sebut Aiden dan Aidan serentak. Athena tersenyum manis ke arah abang abangnya.

"Adeena, sini dekat abang" panggil Zarif. Zarisya mengepit hidungnya, seolah olah Zarif seperti baru keluar dari tong sampah, busuk. Walhal lelaki itu tidak berbau langsung.

"Tak nak, abang busuk wleuk!" Kata gadis itu. Membulat mata Zarif.

"What did you say, little girl? Busuk? Meh sini dia" Zarif bangun lalu mengejar adiknya.

Athena ketawa kecil lalu mendekati abangnya. Dia duduk di atas riba Aidan.

Aidan hanya mengosok lembut kepala adik perempuannya.

Athena Andrenna, adik bongsu Aiden dan Aidan manakala Zarisya Adeena, adik bongsu kepada Zarif Adli. Kedua dua gadis ini seumur.

Aiden mengucup dahi adiknya. "Abang sayang adik tau" katanya.

"Adik sayang abang juga!"

TBC.
VOTE.

ADIRATNA MILIK QAYRENWhere stories live. Discover now